Friday, November 22, 2013

TUNAIKAN PERMINTAAN MR. S


MR. S dok beriya sangat minta aku buat PAVLOVA..Mulanya aku tak berapa ambil kisah sangat..tapi bila dah banyak kali dia cakap,,time jumpa aku,,text pun cakap benda yang sama..kat twitter jugak,,whatsapp pun ada dia cakap..Aku mula terfikir yang dia memang bersungguh-sungguh..Aku dah kenal dia lama dan faham sesangat dengan sikap dan perangainya..Selalunya apa yang dia kata,,itulah yang di maksudkan..

Sementelah dia tengah cuti mid sem dan cutinya pun dah nak habis so aku bercadang nak tunaikan permintaan dia..Aku tanya dia bila nak balik Shah Alam..Jawapannya..."bila tiba masanya"..Inilah jawapan yang selalu aku dapat kalau bertanya bila nak balik T.Intan ataupun balik ke Shah Alam..Geram sebenarnya tapi nak buat macamana dah memang perangai dia begitu..redha je lah..Kalau ada dekat aku memang kena penampar dan penumbuk dah..Baru padan muka..

Keluar pergi cari bahan-bahan untuk memasak dah terlanjur keluar, aku cari buah strawberry..masuk ke setiap supermarket tapi tak de so aku beli buah kiwi,,anggur dan plum..Time aku nak..tak de pulak kalau tak,,ada je buah strawberry ni..

Balik rumah terus masuk dapur..mixer aku rosak tak nak berpusing pulak dah..so kena pukul telur secara manual..alaa kakak sado setakat pukul putih telur apalah sangat..Haaa,,nak cerita sikit ni..KAKAK SADO gelaran yang Aliya bagi kat aku,,actually dia jealous dgn lengan aku..hihihi jangan jelous akak.

Sebenarnya senang je nak buat pavlova ni..bahan-bahannya pun simple je,,dah siap bancuhannya masuk dalam oven dan bakar..Lepas tu keluar ambil Damia..Mama aku sibuk hari ni, nak siapkan kerja cos esok nak cuti..nak balik Batu Gajah ziarah mak saudaranya meninggal..Al Fatihah buat arwah Opah Chik..moga rohnya dicucuri rahmat..

Lepas ambil Damia aku sambung balik kerja aku kat dapur..Adik aku Hadi buat hal hari ni asyik nak menumpahkan air je kerjanya dah aku kemas rumah pepagi tadi..dia pergi berselerakkan balik,,tak larat nak bercakap dengan adik bongsu aku ni..

Lepas solat Jumaat aku text Pian tanya dia free tak..dia ni asyik sibuk memanjang, balik kat sini pun sibuk kalau kat Shah Alam dah tentulah bertambah sibuknya..Hmm katanya free..dia tanya aku kenapa..Aku beritau dia yang aku nak minta tolong sikit dan suruh dia datang rumah..Kemudian aku keluar pergi hantar Damia kat SAR AN Naim kat area rumah Pian..

Balik rumah kelam kabut ke dapur sambung kerja..aku campak je tudung kat meja komputer terus berlalu masuk dapur..Tak lama lepas tu terdengar bunyi motor..Alamak jangan kata dia dah sampai, sedangkan kerja aku tak siap lagi ni..Bila aku amati betul-betul memang bunyi motor dia..tak puas hati aku menjengguk ke luar..Memang betul dia tengah bersembang dengan abah..Kelam kabut aku di buatnya..

Capai tudung dan pakai..tak kemas pulak tu,,dah lah dia datang 2 hari lepas aku pakai tudung macam hape jer,,malunya tak terkata..Alamak kenapa baju aku sama colour dengan baju dia..sibuk jer pakai baju sama warna dengan aku..

Nasib baik mama ada boleh nyembang dengan Pian sementara aku siapkan kerja aku kat dapur,,mama baru bercadang nak ke sebelah sambung kerja dia..Hamboi kau Pian, dengan mama aku boleh pulak sembang elok-elok dan cakap elok-elok..dengan aku ada je benda nak di bahan..

Kelam kabut punya pasal aku dah tak boleh nak fokus dengan kerja yang aku buat..Ini memang kelemahan aku..Hadi jadi mangsa hantar air, bab air ni ada ceritanya yang buat mama aku tak puas hati..nanti la aku ceritakan..Aku bawa masakan yang aku masak tu ke depan..Ini lagi satu bab yang mama aku tak puas hati..sudu dan garfu besar..Pian pun ada komplen..aku buat pekak jer..

"Ooo..ini le yang nak mintak tolong tadi.."Pian bersuara..aku tersengih je..Jeng-jeng PAVLOVA yang di inginkan dah mengalah orang mengidam..My first trial tau,,but not bad la..Air tangan aku itu yang pentingnya..See,,aku boleh masak tak perlu tengok tutorial kat You Tube ok..Sedap tak percaya tanya Pian dia puji kat mama aku tapi dengan aku biasalah Pian tak mungkin akan memuji punya..kalau korang tak pernah buat cubalah..Senang je..Resipinya aku ambil kat blog tapi gula kena kurangkan jangan ikut resepi asal..nanti manis sangat..

Tetiba Pian mengadu dengan mama..aku tumbuk dia sampai berbekas,,siap tunjuk kat lengan dia lagi..Alamak,,aku hanya mampu tersengih dan cakap kat dia.."hishh..jangan buka aib orang tak baik"..nasib baik aku dah cerita kat mama so mama aku tak terkejut..kalau tak memang nahas lah aku,,tak pasai-pasai kena depan Pian..Mulanya mama aku ingat Pian nak bagi tau yang mulut aku bising..Pian cakap kat mama aku "bukan mulut dia je makcik tapi tangan dia sekali.."Tak payah nak mengadu sangat lah,,aku buat semua tu sebab kau suka sangat cari PASAI dengan aku..Aku ni kan GANGSTER..


Adusss..naya aku,,nasib baik mama tak cakap banyak kalau tak memang best ler Pian,,boleh membahan aku..Hmm tak boleh jadi ni asal jumpa mama je mesti nak mengadu..hishhh geram betul aku..nanti kau nak kena lagi..aku dapat kau siap lah..Lepas tu bolehlah pergi ngadu lagi kat mama..Haa,,kat abah tak nak ngadu..gi lah mengadu..Banyak cantik,,cerita kat mama apa yang aku buat kat dia tapi tak cerita apa yang dia buat kat aku..


  Lepas mama keluar,,Pian makan pavlova,,mengomel sorang-sorang sambil makan..hai cik abang ooiii,,jangan amal cakap sorang-sorang nanti orang kata awak tu tak betul tak pasai-pasai masuk Hospital Bahagia pulak..

Habis makan komplen pulak tak de tisu..aku ke dapur ambil sekotak tisu..dah tu  dia nak hantar piring ke dapur,,aku tergamam..biar betul,,dah lah aku tak sempat nak kemas meja makan dan kabinet yang berselerak..Nasib baik dia tak teruskan niat dia nak hantar piring kat dapur..Adik aku Nabila ada kat dapur..kalau tak mesti dia kena dengan Nabila..Riuh pulak lah..


Dia cakap dengan aku nak balik..time dia berpaling nak keluar aku nampak "lengan" dia dah ada perkembangan..SIKIT la..memang ada perubahan tapi belum mencapai tahap ABANG SADO ok..so tak usah nak perasan sangat..Eleh,,saja pakai baju yang agak ketat..kuang kuang kuang..Dia jugak cakap dengan aku nak balas dendam..Ada aku kisah..balas le..sikit pun tarak goyah punya..

Pian dok mengusik dan membahan aku..Hadi adik aku boleh sokong dia..fuhhh,,geram pulak dengan adik aku yang sorang ni,,aku perhatikan gelagat Hadi..Pian perasan riak muka aku,,siap cakap kat Hadi call dia kalau aku marah..Aku bukan marah kat Hadi tapi pelik macamana dia boleh menyokong Pian..tak aci betul..


Pian marah aku main fon,,membebel sambil bangun nak balik..Part ni yang paling BEST,,paling aku GERAM dan rasa macam nak tumbuk dan tampar jugak cubit orang jer..Ingat mama ada,,kalau tak memang dah kena ORANG tu..Herhh,,dia pergi buat DRAMA sebabak di petang hari..mama aku nampak tau tak..dia tanya "kenapa dengan Pian tu??".."Saja mengada"..jawab aku..Sabar je lah..

Tak lama lepas tu abah balik..abah dok bising kenapa tak masak mee ke bihun ke,,tak kan jamu dessert je..memang mama nak masak mee bandung tapi aku cakap dengan mama tak payah..Kemudian startlah mama pertikaikan aku,,pasal air,,Pian kata tak manis,,mama pulak kata kenapa bubuh kordial sikit dan tak pekat,,kenapa guna gelas tu,,gelas tu dah lama tak pakai,,kenapa tak bubuh air dalam jag,,kenapa tak guna dulang,,kenapa tak guna garfu dan sudu kecil..ada banyak lagi persoalannya.."Alaa Along kan dah lama tak balik so mana Along tau..itu jawapan aku"..Alaa Pian je kut yang datang..Mama cerita dengan abah yang aku tumbuk Pian sampai berbekas..apa lagi memang kena le aku dengan abah..

Apapun air tangan aku tu memang sedap..aku dah tunaikan janji aku pada Pian..harap-harap dia berpuas hati..



 

Baru mula dibakar dalam oven..


Siap untuk di makan..


Air tangan aku..


Jemput makan..





No comments:

Post a Comment