Thursday, December 12, 2013

MULUT TAK ADA INSURANS

Hujan turun dengan lebatnya..Terasa malas nak bangun..tapi teringin nak makan nasi lemak yang sedap tu..Usai solat subuh..buka wifi,,online..slownya internet..P14G..dh teruk sekarang,,dah macam Astro kalau hari hujan..mula bermasalah walaupun baru bayar..MENYAKITKAN HATI JE..

Panaskan enjin kereta,,ketagih sebenarnya nak bawa kereta manual..Aku dah boleh bawa kereta manual..so Iwan BF Bella tu tak payah nak bising menanya bila nak belajar bawa kereta manual..Hari tu dia bertanya kat aku katanya "Farah,,macamana kalau suami kamu nanti pakai kereta manual,,kamu tak reti nak bawa..macamana nak hantar anak pergi sekolah.."

"Aik,,baru part berapa dah fikir pasal kahwin.."jawab aku dan terus menambah.."untuk yang nak jadi suami aku,,dia kena beli kereta auto la..."Akhirnya dia mengalah dengan aku..

Itu dulu tapi aku yang sekarang dah mahir..aku suruh abah repair satu-satunya kereta manual yang ada kat rumah ni..Bukan rosak pun cuma tak di gunakan je..Hari tu Pian cakap dengan aku "Nanti boleh le tukar blog ke *Mizz Toyota* pulak.."Aku cuma tersenyum je..

Mizz Perdana dah sedap dah,,buat apa nak tukar..Dia tak tau cerita sebenar,,kenapa kereta tu dah keluar dari tempat PERTAPAANnya,,sebenarnya aku yang paksa abah bawa keluar kereta tu..Malas aku nak cerita nanti kena BAHAN..tapi dia tau aku tak boleh bawa kereta manual,,itu dulu sekarang dah boleh..Jom drift..Ada BRAN ke??..

Petang ni aku buat Pavlova,,tapi kali ni toppingnya menggunakan Nestle Natural Set Yogurt..SEDAP,,korang boleh cuba tapi yogurt tu di campur dengan sedikit gula castor dan pewarna merah..Letak topping time korang nak makan pavlova sebab yogurt agak lembab berbanding dengan krim yang selalu di gunakan..Dan yang pasti lebih berkhasiat jugak lazat serta menyelerakan..Di hidangkan dengan jus lobak merah dengan yogurt serta jus kiwi dengan yogurt..SEDAPPP...Menu petang ni hasil air tangan aku..

Pagi Ahad,,keluar dengan Mama,,Nabila dan Yasmin nak beli tudung..Abah keluar dengan Damia dan Hadi..Sempat sarapan kat luar..lepas tu menghabiskan duit..SHOPPING...Huh,,rambang mata di buatnya...

Petang ni nak balik S.Iskandar..MALASnya..Abah tanya aku,,"Along,,esok kelas pukul berapa?.."alamak,,jangan kata nak balik esok..sebab mama dah cakap dengan aku balik esok je.Dengan lambat aku jawab pertanyaan abah.."Pukul 11 pagi Abah..Akhirnya abah kata balik esok je lah..Hmm,,ok.

Selepas solat subuh,,fon berbunyi..Aliya whatsapp katanya kelas pukul 8 pagi..jadual dah tukar.. Bersiap untuk balik kolej..Pakai jubah hitam berbunga putih dan bertudung warna krim..Pakai sarung kaki,,terus keluar..Abah terkejut..Mana taknya anak sulung kesayangannya nampak islamik..Biasalah bergaya ala muslimah ke kelas itu kan bagus..Tak payah nak bergaya sakan..Kelas bukan tempat untuk bergaya..
Sampai kolej terus naik atas,,ambil apa yang patut..Kemudian abah hantar sampai kat depan fac..dah hampir pukul 11 pagi sebenarnya..

Selasa..tetiba teringin pulak nak bergaya dengan shawl yang baru aku beli,,kebetulan ada baju yang belum pernah aku pakai lagi so..bergaya sikit lah..Akak puji aku hari ni..Masuk kelas,,Madam kata dia tak suka tengok student yang pakai tudung berbelit-belit dan berlilit-lilit..Alamak,,AKU KENA..Hari ni hanya aku dan Aliya je yg pakai shawl..Nak buat macamana DIAM je lah..Malunya..

Eyfa whatsapp aku,,jemput datang rumah dia hari Sabtu selepas Asar..Hmm,,MALASnya aku nak jumpa MAKCIK ni..Minggu ni tak ada kelas pada hari Jumaat,,so petang Khamis boleh balik rumah..hujan turun lebat..tapi semangat nak balik rumah tu berkobar-kobar,,apa lagi REDAH je sambil whatsapp dgn mama..Sempat mama sentuh pasal payung...Ok,,aku TERKENA..tacink dengan mama sekejap..

Ramai jugak yang balik minggu ni termasuk junior aku masa sekolah dulu...Hadi anak arwah Pakcik Paza...Berlakon kononnya tak kenal aku,,hishh MELAMPAU BETUL si Hadi ni..Lepas tu dia cakap dengan aku.."Ayah kau banyak kereta,,kenapa tak suruh ayah kau ambik??.."
"Diam lah kau,,jangan nak kecoh-kecoh kat sini..member-member aku dengar nanti"..geram aku dengan budak ni dah lah cakap kuat pulak tu..

Actually,,arwah bapa Hadi berkawan baik dengan Abah aku..Mama aku jugak rapat dengan mak dia..Tengah leka bersembang,,Aliya ambil fon aku,,katanya nak dengar lagu..Lepas tu aku tengok dia dok tersenyum dan tersengih sorang2..Mesti baca whatsapp aku dengan mama..Aku buka Twitter..tengok dia tweet yang dia terbaca conversation antara aku dan mama..dia sedih teringat kat arwah mak dia..Sabar yea Aliya..Sejuknya,,dah lah basah kena hujan lepas tu pulak duduk dalam bas dengan aircond terpasang..MENGGIGIL..

Duduk kat rumah asyik membuli adik bongsu aku.Seronok mengusik dan menyakat..Petang ni aku ada jemputan kenduri..Mama dah ingatkan aku berkali-kali.."Maa,,boleh tak kalau Along tak pergi?.."aku mohon simpati dari mama..Mama suruh aku pergi jugak dah berapa kali aku janji dengan Eyfa tapi aku tak tunaikan.."Mama,,along dah boleh agak dah apa yang akan berlaku dan apa yang dia akan tanya sebab tu la along tak nak pergi"..aku buat muka,,mohon simpati dari mama..Macam la mama aku ni tak faham perangai MAKCIK tu..

Aku tengok tv dengan selamba je..buat-buat lupa lah kononya...Abah keluar,abah lupa kut semalam Pak Gadut call jemput kenduri petang ni..Tetiba fon aku berbunyi,alamak abah..suruh aku pergi jugak kedai Pak Gadut sekarang..NAYAlah aku kalau macam ni nak MENGADAP MAKCIK tu..Dengan BERAT HATI aku bersiap,,ajak Nabila temankan aku..Call makcik tu tanya ramai orang lagi tak..Laju je dia suruh aku datang..Aku suruh dia tunggu kat depan kedai..

Turun kereta,,tika aku melangkah masuk kedai,,MAKCIK tu bercekak pinggang becok mulutnya menegur aku.."Hai Farah..SKANDAL Pian"..Tergamam aku..MULUT TAK DE INSURANS betul..Bila pulak aku berskandal dengan dia tu..Serius aku GERAM TERAMAT SANGAT..Tengok aku diam membisu dia bersuara.."Amboi kau Farah dah macam MODEL aku tengok,,bergaya sakan kau.." Dia mesti ingat aku memang bergaya macam ni kat SI..Pada halnya aku bergaya cuma bila kat sini je kat kampus tak..

Terkejut dia tengok gaya aku hari ni..Peplum merah berskirt pensil hitam dan shawl..Asyik memerhati aku ke atas dan ke bawah..Aku tinggalkan dia lalu pergi berjumpa mak dia dan tetamu yang lain,,sambil bersalam dan bertanya khabar..Kemudian duduk sambil makan MAKCIK tu bersuara,,"Farah,,aku nak tanya kau sikit..kau dengan Pian couplekan?"..Haaa,,dia start dah..Adik aku ada kat sebelah pun dia tak peduli..Puas aku mengalihkan topik perbualan tapi dia tetap dan terus bertanya perkara yang sama..

Jawapan panjang lebar yang aku bagi kat whatsapp tempohari seakan-akan sia-sia belaka..Memang tepat sangkaan serta dugaan aku dia nak sangat jumpa aku hanya nak tahu dan nak menyiasat tentang aku dan Pian..Aku TAK FAHAM,,kenapa dia TAK PERNAH PUASHATI dengan jawapan yang aku beri..Aku tak tahu apa yang ada di fikiran dia..Kekadang aku tertanya-tanya sendiri kenapa tingkah laku dia begini..

Aku hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan..Adik aku dah tersenyum melihat gelagat dan tingkah laku aku yang cuba mengubah topik perbualan dan MAKCIK tu tetap bertanya soalan yang sama ..Akhirnya aku berjaya,,bila dia mula bercerita tentang ada 2 orang lelaki SUKA kat dia..Seorang kerja JPJ dan seorang TM..Parents dia pulak suruh pilih orang kerajaan.."JPJkan kerajaan"aku cuba menelah pilihan dia sambil minta nak tengok gambar..Dah nak masuk meminang mesti la ada simpan gambar kat fon..itukan stail orang bercinta zaman sekarang ni..Katanya dia tak de gambar lelaki tu,,nanti la dia bagi aku tengok..

Kakak dia pun nak bertunang tahun depan,,senang la nanti boleh bersanding sekali..kalau tak de pengapit,,aku ada..sedia membantu..Balik rumah aku cerita dengan mama apa yang terjadi..Aku cakap dengan mama yang aku GERAM SANGAT dengan dia tu..Mama diam je..Itu lah SEBABnya kenapa aku malas nak keluar dengan MAKCIK ni dan malas nak jumpa dia..Tak habis-habis bertanya soalan yang sama..TEKAN aku suruh mengaku,,dan tak pernah PUAS HATI dengan jawapan yang di beri..Kadang-kadang SAKIT HATI dengan mulutnya yang TAK DE INSURANS tu..




















No comments:

Post a Comment