Monday, February 17, 2014

BIAR GARANG JANGAN GEDIK..

Usai sudah tanggungjawab yang di amanahkan pada aku. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan gembira sangat sebab berpeluang berkumpul dengan Syaera, Syaza, Bella, jugak yang lain-lain..

Balik dari kenduri Ana, Acu ada kat rumah. Dalam perjalanan balik dari Shah Alam ke Manjung singgah sekejap, mama cerita kat Acu dan Mak Su yang aku jadi pengapit Ana.. Apa lagi kemain dia orang mengusik aku..

Malasnya nak balik S.Iskandar hari ni. Tak nak balik boleh???.. Dah lah aku dengan mood malas nak balik, Pian pulak menyuruh aku balik.. Tak seronok tau tak, duduk kat sana tu.. Lepas solat Maghrib bertolak balik. Uda pulak tak habis2 mengusik aku dengan si Farhan tu. Naik rimas aku..

Jika di lihat dari pandangan mata kawan -kawan yang mengenali Uda (Syairah) memang ada perubahan dari segi penampilan. Alhamdulillah, tapi perangai suka MENGUSIK, MENYAKAT DAN MEMBAHAN tetap sama macam dulu..Memang aku kena teruk dengan dia.. Bab ni memang tak pernah berubah..

Syaza tak terkecuali jadi bahanannya, menurut Uda.. Cinta Syaza cinta zaman sekolah rendah manakala cinta aku pulak cinta zaman sekolah menengah..Memang MEMANDAI,,tentang cinta aku tu ler..Cinta Syaza tu memang tepat sekali..

Untuk pengetahuan kau.. Uda, aku dan Syaza tak mampu untuk mengapai CINTA MUKA BUKU macam kau yang kekal hingga ke hujung nyawa dan bakal menyusul Ana, Bella dengan Iwan jugak CINTA MUKA BUKU cuma Ana pilihan keluarga..

Menanti giliran selepas Ana dan Bakri di antara Uda yang bakal bergelar isteri kepada seorang guru jugak Syaza menjadi seorang isteri kepada ****..Insha Allah jika ada jodoh..Siapa yang mendahului ye.. Excited sebenarnya tak sabar menanti..

Lepas tu Bella dan Iwan, Iwan dari sem lepas dah bercerita dengan aku tentang perancangan dia..

Uda, nampaknya aku tetap orang terakhir ok.. Bermula dengan F (Farhana) dan yang terakhir pun F, aku le orangnya..Saja nak perangat Uda kasi dia bengang sikit..

Buat semua sahabat baik aku tika di sekolah jugak di UiTM, tolong la jangan dok jadi match maker sangat. Pening kepala aku ni. Aku ni perempuan kena jaga maruah dan harga diri..

Uda dengan orang pilihannya untuk aku, Bella dan Iwan jugak nak kenalkan aku dengan pilihan dia orang, Syaza dengan orang lain.. Itu cerita kawan-kawan sekolah..

Kat kampus lain pulak ceritanya, Aliya ni satu hal.. Lepas sorang, sorang.. Ada je ceritanya..Sakit kepala aku.. Sis..sudah-sudah le tu.. Aliya dok membahan aku dengan senior pulak.. Abang Afzan sorang lagi tak habis2.MengANJING aku je kerjanya.. Semua gara2 Aliya..

Pada asalnya Abang Afzan nak membahan Abang Fathi gara2 berbaju melayu dan berkain pelikat serta berkopiah time photo shoot.. Semuanya kerana nak kejar masa selepas solat Jumaat.. Tiba2 Aliya cakap yang aku suka tengok lelaki berpakaian begitu.. Apalagi aku jadi bahanan.

Tak menjadi satu kesalahankan kalau kita suka tengok lelaki pakai baju melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau kopiah tak gitu Abang Afzan??..Apapun kagum dengan Abang Fathi yang berbaju melayu, kain pelikat dan berkopiah sepanjang photo shoot dari petang hingga ke malam.. Tak ramai yang mampu buat begitu di zaman serba canggih ni termasuk Abang Afzan kan??.


Tapi pelik, kenapa dia tak tukar baju hek??..Ini semua gara2 Aliya dan Abang Afzan la..Abang Afzan ni senior aku.. Aku kenal dia sebab terlibat dengan photo shoot..Begitu jugak member dia Abang Fathi , dia orang ni dah ada gf..Dah bercadang untuk berkahwin pun..Hihi..


Dia orang ni matang dan profesional tapi bab MEMBAHAN aku, memang tip top.. Huhu, sedih.. Tapi kenapa asyik aku je yang kena?? Ini tidak adil.. Mungkin kerana Aliya dah ada bf dan member yang sorang lagi ni pun dah ada tunang tapi mengcover dan tak mengaku tapi abang2 senior ni tahu, so aku la jadi sasaran.. Aliya memandai beritahu aku single kononnya.

Aku tak puashati betul petang ni , dengan member yang ikut kami, kalau nak mengedik jangan buat kat depan mata aku.. Jadi profesional ok. Respect sikit dia orang tu senior..

Aku ni tak suka dengan pompuan GEDIK MENGADA,, bila ada lelaki je suara pun bertukar, alamak berbulunya aku.. Kalau nak tarik perhatian senior pun jadi diri sendiri itu lebih baik.. Tengok aku siap jadi GANGSTER lagi.. Abang-abang senior kata aku GARANG.. Biar GARANG jangan GEDIK..

Kenapa tetiba masuk bab ni, hanya aku dan Aliya yang tahu sebabnya tapi aku rasa dua orang senior yang aku mention nama kat atas tu pun tau cerita di sebalik apa yang berlaku..GERAM dan MEMALUKAN..Aku dan Aliya hanya mampu bersabar..Buat malu je..

Terlibat dengan photo shoot memang letih so untuk yang nak mencuba tu fikir habis-habis, tapi aku nak ingatkan tak perlu nak mengedik untuk tarik perhatian lelaki..Euwww, menggelikan..

Buat macam aku ni haa, jenuh abang-abang senior memujuk, aku buat tak tau je.. Sorry le abang2 ye, hari ni Farah tak de mood jadi model tapi jadi photographer, yeay .. Hasil usaha aku dapat pujian dari senior photo.. Jangan ingat budak OM tak boleh buat semua tu. Hihihi..









No comments:

Post a Comment