Tuesday, August 27, 2013

MALU DI PERHATIKAN SEMUANYA GARA-GARA TERLALU LAPAR..

Alhamdulillah,, usai sudah test Business Mathametics..kejap lagi nak balik rumah..rindu sangat tak sabar nak balik..sambil tu whatsapp dengan mama..hari ni tak ramai orang kat dalam bas..Kilah tak balik minggu ni..cuma aku dan Kak Mira..sememangnya kami berdua yang kerap balik kalau tak de apa-apa aktiviti..Wak classmate aku time sekolah dulu pun ada sekali..

Mama ambil aku hari ni,,lalu kat depan kedai Eyfa,,hmm jap lagi fon aku aku bakal berdering..Sampai rumah terus ke dapur capai pinggan..senduk nasi dan makan..sedap hingga menjilat jari..tak macam kat S.Iskandar..aku dah tak lalu nak makan,,asyik menu yang sama je hari-hari..

Selesai mengisi perut aku ke depan mengadap tv sambil berbual dengan abah dan mama..deringan fon membuat aku berhenti bercerita..nombor yang aku tak kenal,,tapi suara pemanggil tu macam aku kenal,,sangka aku Bella,,dengan selamba aku menyebut namanya..Hishh,,tak pasal-pasal aku kena perli..Alamak salah orang pulak..Maafkan saya..

Eyfa,,dah betul apa yang aku fikirkan tadi..adik dia nampak aku balik..dia nak jumpa aku..dari bulan Ramadhan aku tak pergi jumpa dia walaupun aku dah berjanji dengan dia tapi ada je hal lain yang menghalang..yang kau ni Eyfa dah tak nampak jalan nak datang rumah aku ke??..Bercerita nampak Pian lepak kat sebelah bengkel kat area kedai opah Syera..katanya "Untung le ko Farah..hari-hari boleh jumpa dan dating dengan Pian"..Dia ni lupa ke yang aku ni hari-hari kat S.Iskandar balik pun cuma hujung minggu je..

Geram jugak aku..lalu aku jawab,,"Memang best le citer dia,,boleh date selalu..kenapa kau jealous ke??"aku ni baru sampai je dari S.Iskandar macamana la dia boleh kata aku ni dating dengan Pian hari-hari,,tak logik langsung..Dia ingat aku tak tau apa yang Pian buat kat situ so nak korek rahsia la tu..Tak payah nak buat cerita la..aku tau kenapa dia ada kat situ ..haaa,,ni aku nak cerita sikit kalau kau nak tau hari tu aku ada pergi jumpa dia kat situ dan lepak sekejap dengan dia,,dia suruh aku hantar dia balik lagi dengan selamba duduk kat belakang skuter aku..Memandangkan kat area tu banyak telefon karat so aku bagi alasan kat dia aku ada hal tak boleh lama..

"Ko jangan risau aku tak nak Pian tu aku pun dah ada boyfriend"..tetiba Eyfa bersuara..huhh minah ni aku tak cakap apa-apa pun..apa masalah dengan minah yang sorang ni..JEALOUS hek aku rapat dengan Pian..Bergosip dengan Pian best ni..cerita hangat..Aku boleh bayangkan macamana mimik muka dia..


Aku bercadang nak ajak mama shopping malam ni,,hujan turun rintik-rintik..malas pulak nak keluar..Esok lah..Online guna fon mama..layan wechat..akhirnya tertidur..

Shopping di hari Ahad memang wajib dalam dairi mingguan aku..aku beli baju sehelai..cantik..Kemudian
teman mama beli bunga..mahal dan tak banyak pilihan jika di bandingkan kat Ipoh..di sebabkan fanatik dengan bunga mama sanggup berhabis duit..hari ni aku keluar berdua dengan mama..besttt..Mama dok bersunggut kesian kat adik-adik aku..aku mendiamkan diri je..Dia orang tu dah hari-hari ada mama,, aku ni..hujung minggu je..

Membantu mama di dapur untuk juadah makan tengahari,,sambil tu ambil fon duduk santai kat atas kabinet (port lepak kegemaran aku di dapur),,online kejap..hari ni aku makan banyak..menunya simple je tapi menyelerakan..terutama kerabu mangga,,ikan sumbat dan ikan masin,,bendi goreng belacan jugak asam pedas,,ulam-ulam dan buah-buahan..Sedappp..

Abah beri aku dua pilihan samada balik pukul 4 petang hari ni atau pukul 6 pagi esok sebab malam ni ada jemputan open house..Aku pilih balik petang ni,,aku cakap dengan abah.."Abah pakai baju biru ye"..Abah aku mengangguk..macam ni la parents aku,,sporting..sempat posing kat depan rumah sebelum balik.. ada yang ingat aku pergi berjalan,,berjalan kemananya,,itu kat depan rumah aku la..

Sebenarnya perut aku lapar sangat tapi abah nak cepat so tak singgah makan seperti kebiasaannya..sampai kolej  pukul 7 lebih..Salam dan cium abah jugak mama..abah bagi duit poket..Alhamdulillah..rezeki..tqsm abah..

Di sebabkan kelaparan aku dan member-member gi makan..aku tak tukar baju,,tetiba jadi perhatian,,abang-abang senior pun perhatikan aku..Mak aik malunya..memalam bergaya,,orang lain simple je..orang bergaya pagi-pagi nak ke kelas..gi makan pakai simple..Lepas ni tak nak aku pakai bergaya untuk makan cukup sekali ni je,,serius malu giler jadi perhatian..itu pun gara-gara terlalu lapar..
















Monday, August 26, 2013

LARI BERTEMPIARAN GARA-GARA POLIS BANTUAN..

Sepanjang minggu agak sibuk..buat preparation untuk test.. CTU jugak Business Mathametics..Entah kenapa RINDU SANGAT dengan orang -orang dekat rumah..ada orang perli aku RINDU sampai buat status kat whatsapp..boleh di katanya aku rindu kat abang yang selalu lepak kat pagar kuning kat depan driving school sebelah Petronas tu,,haishh abang yang mana satu ni,,yang suka duduk berangan kat atas motor petang-petang tu hek,,yang naik motor 125 merah tu..Hmm ada la RINDU jugak kat dia tu,,rindu nak berdebat dengan dia dan rindu nak dengar leteran dia..Kenapa kau jelous ke??haha jangan jealous yea..

Member aku ni memang gitu..kalau pasal abang yang sorang tu memang laju je call aku bercerita dan bertanya itu dan ini..Berminat sangat nak tau tentang abang tu kenapa??..

Situasi di dalam kelas memang membosankan,, aku asyik kena bahan dengan Kak Azian,,Wan,,Faiz dan yang lain-lain..MANUSIA yang SEKOR ni pulak suka MEMALUKAN aku dan MEMPERBODOHKAN diri sendiri..Aku dah naik FED UP,,bila aku diam ada yang kata aku suka padahal aku dah BOSAN,,MENYAMPAH,,BORING,,MELUAT,,LEMAS JUGAK RIMAS DENGAN SEMUA BENDA-BENDA BODOH,,ciptaan MANUSIA TAK FAHAM BAHASA,,TAK TAHU MALU kat kelas ni..Sentiasa ada je BENDA BODOH YANG NAK DI BUAT bukan setakat kat kelas tapi kat mana-mana saja asalkan aku ada,,mesti ada je benda BODOH YANG NAK DI BUAT,,malunya aku tak tau nak cakap macamana..Dah puas bercakap tapi tak pernah nak dengar..Akhirnya aku buat keputusan mendiamkan diri..DIAM LEBIH BAIK DARI BERKATA-KATA..

SEJUJURNYA,,aku TENSION GILER..Siapa pun yang berada di tempat aku pasti akan rasa sepertimana yang aku rasa sekarang..Moga-moga Allah tabahkan hati aku dan di berikan kesabaran yang tinggi,,sebab aku takut KESABARAN aku habis..dan MANUSIA ni kena teruk..Kat kampus ni ada ramai student,,tapi kenapa aku yang kau kejar sangat hah??Herhh,, pi cari orang lain,,tok sah dok kacau hidup aku..MEMBOSANKAN betul..

Malam whatsapp dengan mama dan abah,,member-member aku pelik sebab parents aku sporting..biasa je,,parents aku memang macam ni tiap-tiap hari mesti nak dengar khabar berita dari aku..dia orang rindu aku le tu..lambat sangat nak tunggu mama cos line slow..call je la sementelah aku memang rindu nak dengar suara abah dan mama..Happynya aku boleh dengar suara dia orang sampai nak menitis airmata..

Keluar pergi jumpa member aku dari UiTM PP,,Fazreen..dah lama tak jumpa abang macho ni (terangkat si Fazreen kena puji)..Actually dia member kelas aku sem lepas..lepak ramai-ramai tepi jalan..dah lewat..tapi di sebabkan dah lama tak jumpa sanggup melepak dan menyembang walaupun kat tepi jalan..Hampir kesemua GENG KAMPUNG PUAKA yang rapat dengan kita orang ada kecuali NAZIM..Terasa kekurangannya di situ kalau dia ada dah tentu seronok dan lebih riuh lagi..Hmm,, Nazim tak ingat kat kita orang ke?? dah lupa kita orang kat sini??..ada banyak benda nak cerita dengan kau..

Ijat Ilham aka Ijat Kagawa sempat mengusik aku,,haishh memang seronok pun dah tengah-tengah malam tengok hantu..tengah dok sedap menyembang..TOT TOT TOT TOOOT..polis bantuan lalu Siap membising lagi..alamak kacau daun betul,, apa lagi.. LARIII..lepas tu sambung lepak kat koop,,ada yang kata kejap lagi mesti polis bantuan datang naik motor pulak,,tak lama lepas tu memang betul nampak polis bantuan naik motor pulak dengan hon yang tak berapa nak berbunyi yang selalu jadi bahan gelak tawa student..kita orang semua habis lari bertempiaran meredah kegelapan malam lari balik ke kolej..Letih dan tercunggap-cunggap macam kena kejar hantu...

Cerita Fazreen malam ni tergantung tak sempat nak habis..entah bila boleh jumpa lagi..boleh berkumpul macam ni,, bergurau,, usik mengusik jugak bergosip..Nazim..bila pulak nak turun ke S.Iskandar?? teringat kenangan sem lepas..susah senang suka duka.. segalanya dikongsi bersama Penghuni Kampung Puaka..










Tuesday, August 20, 2013

KETINGGALAN BAS..

Di sebabkan aku beraya sakan dan lewat balik,,kebetulan malam ni ada jemputan untuk open house,,Abah buat keputusan untuk hantar aku balik awal pagi esok..Mulanya aku tak nak tapi akhirnya terpaksa akur,,kelas aku bermula pukul 8.00 pagi..Pasti akan terlewat sebab tu lah aku tak nak balik pagi..Sampai kolej pukul 7.55 pagi..

Berdebar bila mengenangkan final exam tak lama lagi..TAKUT..Lusa test CTU..alamak aku tak baca apapun lagi..memang cuti raya aku penuh dengan aktiviti tanpa buat persediaan untuk test..Business Mathematics jugak aku tak prepare ..Pening kepala..itulah raya sakan lagi..padan muka aku..Sebab tu aku malas balik kampung raya tempohari tapi abah tetap nak balik..Aku ingat nak raya kat T.Intan je..boleh study..kononya lah..

Tengah sedap makan kuih raya bersama member-member dorm..fon aku berbunyi,,tertera nama Aliff Firhan..bila aku jawab..Cis!! Aliff kenakan aku malam-malam buta ni..menyamar jadi cina kedai motor..Agak-agak le bro..kat rumah aku dah ada motor sampai ada yang tak di gunakan,,berhabuk dan bersawang so tak berminat untuk beli lagi..Gelagat Aliff buat aku ketawa..malas nak layan terus off fon..Lepas tu dia text beritau Madhan nak datang beraya kat rumah aku..Aku kat Seri Iskandar..time aku ada kat T.Intan tak nak datang..nanti aku balik korang datang yea..

First time panjat pokok mangga,,Aliya jadi tukang punggut buah nasib baik Abang-abang DM tak nampak kalau tak..malunya..terbayang sedapnya kalau di buat jeruk..Semua member-member rapat aku tau aku ni suka jeruk dan asam..Tapi parents aku marah..

Minggu ni nak balik..May be minggu depan aku tak balik..Sabtu ada test dan Ahad ada aktiviti..Parents aku bercadang nak buat open house minggu depan dah aku tak balik so kena tunda ke minggu yang lain..31 ogos pulak Abah aku terlibat dengan PA System untuk sambutan merdeka..habis tu bila la nak buat open house nya..dah ramai yang bertanya ni..Eh!!Eh!! ada yang minta pavlova.. jangan tak datang sudah aku cari kau sampai lubang cacing..

Dah tak sabar nak balik..malangnya bas dah terlepas,,pertama kali ketinggalan bas,,memang geram dan sakit hati..call ejen bas,,boleh di beri jawapan driver bas tu uzur sebab tu tak sembahyang Jumaat..Agak-agak lah pak cik ooi,,cover-cover la sikit kalau tak pergi sembahyang pun..Ni tak,,time orang sembahyang dia pi selamba bawa bas,,kami jadi mangsa..

Akhirnya gi melepak kat Rahmath Corner sementara nak tunggu bas pukul 6 petang..sekarang baru pukul 2 lebih..memang jenuh nak menunggu..nak berjalan balik kolej memang tak sanggup ,,jauh di penghujung kang kena jalan keluar pulak..Tengah dok menyembang lalat boleh masuk dalam minuman aku..herhh menyirap darah aku,,dah terlepas bas satu hal..Lalat pulak buat hal banyak tempat lain lagi nak hinggap dalam milo ais aku jugak nak landingnya..Kuajaqq betoi.. Nabila adik aku ni satu hal lagi mempermainkan aku..Hari ni aku betul-betul GERAM..Abah dah call berkali-kali tanya sampai pukul berapa??..

Malas nak tunggu bas kat bus stop so tunggu kat depan simpang masuk U je..nampak bas lalu ke Bandar U,,Kilah terus lambai..Sampai kat depan kami,,pakcik driver tu cakap.."cerdik korang ye"..mana tak nya orang lain tunggu kat bus stop tapi kami tak..dengan selamba kami beritau yang kami ketinggalan bas.."OOO,,korang yang telefon tadi??.."pakcik driver bas tu bertanya..Aku buat muka seposen je..dah cemuihh..Rupanya kat bus stop ramai lagi yang menunggu bas..Pak cik-pak cik driver bas,, simpati la kat kami ..jangan le buat kami macam ni lagi..dah lah kena berjalan jauh..dan tak pasal-pasal kena melepak kedai mamak berjam-jam..

Dah Maghrib baru sampai rumah..Alhamdulillah akhirnya sampai jugak..buat adik aku Nur Farah Nabila..hang tunggu tahun depan..kita tengok kat mana pulak kamu belajar nanti..time tu ada balasannya..nanggis le kamu..

Masuk dapur tengok ada sebalang jeruk mangga..memang sedap lah..aku baru je berangan nak makan jeruk tetiba ada sebalang home made jeruk mama aku buat..mangga rumah opah..Sedapnya.. habis sebalang dalam masa beberapa minit je..

Usai solat Subuh..aku online sekejap,,abah ajak pergi beli fon..Aku pandang abah dengan muka minta simpati,,"tak nak la abah,,final dah dekat kalau ada fon baru dah tentu Along leka dan ralit so tunggu lepas final ye abah.."Abah kata itu yang terbaiknya..Along ni kan anak yang baik..huhuhu perasan,, puji diri sendiri..

Nabila adik aku suruh hantar dia pergi beraya,,Husna kawan dia ada datang dari Penang..Hmm seronoknya dia orang berkumpul ramai-ramai..Malam ni cadangnya nak keluar dengan mama.. shopping..Akhirnya malas..mama kata esok je bershoppingnya..

Seperti yang di janjikan semalam..Shopping time..jom..perabih duit yang ada..memang best shopping hari ni coz tak ramai orang kat pekan..Aku beli sehelai jubah moden,, sepasang mini kurung dan kebaya..Nabila beli jubah jugak..cadang nak beli kasut tapi tak jadi sebab nak cepat petang ada jemputan open house..Pergi Giant beli barang keperluan aku jugak barang-barang dapur ,, Nabila beli buku ..trial tak berapa hari lagi so kena study hard..Lepas Isyak aku balik S.Iskandar..Malas betul nak balik..tapi apakan daya..

Harapan aku lepas ni tak de la episod KETINGGALAN BAS lagi..Pengalaman pahit manis ketika menjadi student..nanti boleh le cerita kat anak cucu..



Thursday, August 15, 2013

SELAMAT BERTUNANG SAHABAT BAIK KU..FARHANA JAAFAR DAN BAKRI..

Letih masih terasa,,lepas solat Subuh aku sambung tidur balik..Cadangnya nak tidur sekejap je sebab nak pergi rumah Ana..Hari ni hari pertunangan dia..akhirnya aku terlajak tidur sampai mama kejutkan aku..Alamak dah pukul 10 pagi sedangkan janji dengan Uda nak pergi pukul 10.30 pagi..Call Uda,,aku cakap kat Uda "faham-faham je la pukul 10.30 aku.." Uda kata dia faham bebenor..terima kasih kerana memahami aku..Mandi,,gosok baju dan terus keluar jam dah menghampiri 11 lebih..dah lewat dari waktu yang di janjikan..

Seronok tengok riak BAHAGIA di wajah Ana..Cantik Ana hari ni dengan makeup tipis dan baju sedondon dengan Bakri..Mudah-mudahan kalian bahagia hingga ke akhir hayat..Hmm tak sabar pulak nak melalui detik-detik manis sebegini..Syyh!!dengar kat abah,,mati aku kena bebel..Apapun belajar dulu.. Jodoh tak kemana..In Sha Allah..

Lepas balik rumah Ana aku dan kawan-kawan beraya sakan,,main terjah je pergi rumah member-member sekolah dulu kebetulan dah lama tak jumpa..Ada yang tak mandi lagi..Hampir Maghrib baru sampai rumah..Seronok sangat dapat berkumpul ramai-ramai walaupun tak semua ada..Entah bila akan boleh berjumpa dan berkumpul kembali..Terima kasih buat semua..Ain,,Syahida,,Aizat,,Wak,,Kheril,,Bonzer,,Amir jugak Shahril,,Eira dan Iwan..Dah lama tak jumpa ada yang terpegun tengok aku (time ni yang paling lucu),,katanya aku cute..Terima kasih..Hahaha perasan sebentar..Kemudian tanya aku ada BOYFRIEND tak?? Kenapa pulak dah...

Tapi yang pasti aku agak kecewa sebab tak dapat berjumpa dengan member-member baik aku..Syaza balik UiTM Machang dan Bella pulak balik kampung..susahnya nak berkumpul berlima seperti dulu..Rancangan untuk berbuka puasa bersama pun tak jadi,,namun begitu aku dapat berbuka dengan Bella di S.Iskandar..Harap-harap cuti sem nanti dapat jumpa dia orang..

"Selamat Bertunang.." aku ucapkan buat Ana dan Bakri..Sorry sebab aku tak jumpa kau masa nak balik..Time tu tengah tukar hantaran so aku dan Uda tak nak menggangu..Moga bahagia dan ceria selalu dalam menghitung hari bergelar seorang isteri buat SI DIA TERCINTA..




Tuesday, August 13, 2013

SELAMAT HARI RAYA..



Lagi dua hari je lagi umat Islam akan berpuasa..dan kita akan menyambut Hari Raya Aidil Fitri..Cepat betul masa berlalu..Rasa macam semalam je kita baru mula berpuasa..Terasa sayang nak meninggalkan bulan Ramadhan..Belum pasti lagi kita akan bertemu dengan Ramadhan akan datang..

Apa2 pun aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA TO ALL MUSLIMS..Especially, to my beloved family,, my close friend di UiTM Seri Iskandar dan juga ketika bersekolah di SMK Sultan Abdul Aziz terutama sekali buat Uda,,Syaza,,Bella dan Ana juga Selamat Bertunang buat Ana dan Bakri semoga bahagia hingga ke akhir hayat..

SELAMAT HARI RAYA jugak buat guru-guru di SMK Sultan Abdul Aziz,,Teluk Intan,,kawan-kawan ex Smk SAA batch 2011,,kawan-kawan di Kem PLKN Sinaran Suria,,Sungkai,, Lecturer dan kawan-kawan di Fakulti Pengurusan Perniagaan Uitm Seri Iskandar,,kawan-kawan di UiTM Merbuk dan UiTM P.Pinang..

Dan tak lupe jugak dekat Ketua PSS SMK Sultan Abdul Aziz 2011,,En Muhammad Sofian Shaimi..Aku rasa dengan dia la paling banyak aku buat salah..Tak terkira dan tak terhitung..Bile di ingatkan balik tergelak sendiri pun ada dan SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21,,semoga panjang umur,,murah rezeki,,diberkati Allah selalu dan berjaya di dunia dan di akhirat..Duit raya jangan lupa ye..Dan halalkan segala makan dan minum..jugak cubit,,tampar dan tumbuk kau tu..Huhu..aku sedar aku BANYAK BUAT SALAH dengan kau..Tapi kau jugak kan BANYAK BUAT SALAH dengan aku..

Mintak ampun dan mintak maaf if selama aku kenal korang, aku tersalah cakap..Terkasar bahasa dengan korang, kekadang2, mengusik, menyakat or what ever yang buat korang terasa dengan aku..

SELAMAT HARI RAYA BUAT SEMUA..MAAF ZAHIR DAN BATIN..






#Blog ni blog yang terbaru so tak banyak entry yang di post..untuk membaca entry yang terdahulu sila lawati: mizzperdana.blogspot.com..

LEBARAN

Sibuk dengan persiapan untuk menyambut Syawal..Alhamdulillah adik aku Damia jugak adik bongsu aku Hadi berpuasa penuh..Petang ni nak balik rumah opah..seronok dapat berbuka puasa dengan opah tersayang..dah lama tak jumpa dia..Acu,,Mak Su,,Angah dan Kilah jugak ada..Suasana jadi gamat dan riuh rendah..Seronok,,pelbagai juadah terhidang sampai tak tau nak makan yang mana satu..

Usai solat Maghrib,,bertolak balik ke Kedah..otw balik singgah Ipoh,,shopping,,Raya tahun ni tak ikut warna tema..caca marba bak kata orang Kedah..Aku dengan warna turquoise,,Nabila purple,,Yasmin hitam,,Damia kelabu dan kuning,,Hadi,,purple dan hijau lumut,,Abah purple dan Mama,,hitam merah..Hahaha..colourfull..langsung tak cantik..

Bertolak balik Kedah hampir pukul 11.30 malam..highway sibuk tapi lancar,,biasalah rutin setiap raya..sampai rumah pukul 3.30 pagi..sampai depan pintu,,parents aku baru teringat kunci rumah tertinggal kat kereta lagi satu sedangkan kita orang balik naik kereta lain..Terpaksa pergi ambil kunci kat Sg Karangan cos malas nak pergi ambil kat rumah Pak Jang kat Sg Petani..Nasib baik ada kunci spare..

Pukul 4 pagi baru boleh masuk rumah..Masya Allah habuknya rumah tak tau nak cakap macamana..almaklumlah dah setahun tak balik..Terus capai penyapu,,mop..melilau mencari vacuum..tapi dah tak de..guna penyapu jelah..Letih sangat..Jam dah menunjukkan angka 5.30 pagi,,berhenti sekejap untuk bersahur..

Nasib baik opah ada bekalkan makanan untuk sahur so terus sahur..Selesai solat Subuh sambung mengemas sampai ke petang..baru habis kat bawah kat atas belum lagi,,kebetulan rumah ni agak besar..Letih sesangat dan kurang tidur..

Lepas solat zohor,,Mama sibuk di dapur masak rendang,,rebus ketupat jugak masak kuah kacang dan lontong..Aku memanjat cuci kipas yang dah seinci habuknya..Nabila membantu mama di dapur,,abah mengemas kat luar,,masing-masing sibuk..Apa yang pasti terpancar riak keletihan di wajah masing-masing..Yasmin,,Damia dan Hadi sibuk bermain di tepi kolam,,seronok tengok ikan berenang-renang,,jinak tapi susah untuk di tangkap..Suasana petang menjelang raya di rumah di Pdg Serai..

Abah ajak pergi S.Petani,,berbuka dengan Tok dan family Pak Jang,,baru habis cakap,,Pak Jang sampai ajak gi S.Petani..Berbuka dengan Tok..Lepas berbuka..Shopping kat Amanjaya Mall..shopping sakan sampai pukul 1pagi..Kasut tak banyak pilihan..tak de Carlo Rino..Huhu kecewa..Apapun terimakasih abah jugak mama yang beri peruntukkan yang agak banyak..Sampai rumah hampir pukul 2 pagi sebelum tu sempat singgah ekspo kat pekan Pdg Serai cari apa yang patut..

Pagi raya..selepas solat subuh aku sambung tidur..terlajak sampai pukul 8 pagi..dah tak sempat nak ke masjid..Semuanya gara-gara keletihan yang teramat sangat..Hari ni memang malas nak bergerak kemana-mana nak duduk rumah berehat..Abah balik dari masjid,,aku cakap dengan abah esok nak balik T.Intan,,abah buat tak tau pada mulanya akhirnya mengusik aku,,SAKIT PULAK HATI KITA..Geram punya pasal aku menangis..terus lari ke dapur,,mengemas dapur lebih baik dari duduk kat depan dan kena usik dengan abah







2 Syawal..hari ni nak beraya sakan sebab dah tak letih..beraya dari pagi sampai petang..Hadi dan Damia buat cerita..nak naik lembu dan kambing..Mak aik dah kenapa dengan adik-adik aku ni buat malu je.. First time dia orang tengok orang "gobek" sirih..dia orang bayangkan yang sirih tu sedap makanya Damia dan Hadi pulun menunggu,,akhirnya nak termuntah,,Damia kata "Mia ingatkan sedap,,rupa-rupanya langsung tak sedap.." Hadi pun berkata benda yang sama..Kesian kat adik-adik aku..dah macam rusa masuk kampung..Apapun banyak benda baru yang dia orang belajar..

3 Syawal,,hari ni aku nak pergi beraya kat rumah kawan baik aku semasa aku bersekolah di SKGL Pdg.Serai,,Nabila Asri..dah lama tak jumpa dia..Sampai kat rumah dia,,haishh dia tak de la pulak..keluar ke pekan..terpaksa menunggu..segannya aku..rumah dia ramai orang cos dia orang nak buat open house petang ni..tapi di sebabkan aku nak sangat jumpa dia so terpaksa tebalkan muka..

Tetiba fon berbunyi,,mama call suruh beli ais,,Cik Da dan family datang..gi beli ais,,hantar balik..Tengah ralit menyembang dengan Kak Tin,,Najwa,,Anis,,Ain dan yang lain-lain..sebuah kereta masuk..hmm siapa pulak yang datang ni..Kak Lia dan Rayyan..Riuh rendah suasana dengan gelak tawa..Tapi yang tak seronoknya aku dah jadi "MAK LONG" kepada anak sepupu aku..Alamak,,"Panggil Along je boleh??" pinta aku..mak long tu dah rasa macam tua sesangat sedangkan aku belum pun 19 tahun..Malunya saya..

Tok,,Cik dan Pakcik sekeluarga pergi beraya ke Pengkalan Hulu,, kampung Tok,,raya kali ni aku dan family tak balik sana sebab nak balik T.Intan..Pada mulanya memang dah ajak abah sebab nak pergi menghabiskan duit kat Betong,,Thailand tapi masa tak mengizinkan sebab cuti aku hanya berbaki sehari je lagi dan esok jugak member baik aku Ana bertunang..

Selepas Kak Lia dan Rayyan balik..aku pergi rumah Nabila Asri,,dia dah ada kat rumah,,happynya dia dapat jumpa aku dan mula buat cerita sedih,,selepas aku bertukar sekolah ke T.Intan,,dia tak de kawan..Kesian pulak aku dengan dia,,dulu kemana-mana kami berdua je..aku ni sama dengan dia..pemalu terutama sekali dengan orang yang tak kenal..Sikap tu terbawa-bawa sampai sekarang..Hari tu Pian cakap dengan aku,,katanya" macamana la buat presentation.." Hancur le jawabnya..Sem lepas dia orang siap rakam lagi time aku buat presentation..Malu kut..malu gila sampai tak keluar suara..

Bertolak balik T.Intan pukul 4 petang,,sebelum tu sempat posing dulu..Masuk Butterworth Kulim Expressway..kereta berduyun-duyun..boleh di bayangkan macamana sesaknya di PLUS Highway..Sesak dari mula masuk highway..pukul 10.45 malam baru sampai tol K.Kangsar..Abah buat keputusan keluar ikut K.Kangsar..Singgah makan kat Arena Square,,makan nasi goreng ayam yang langsung tak sedap jugak sotong kangkung pun tak sedap tapi mahal..Di sebabkan tak sempat nak gi makan sotong kangkung kat Pdg Kota,,P.Pinang so abah order sotong kangkung..tak sedap seperti yang kat Pdg Kota..Mama janji nak belanja makan kat Pdg Kota..Tapi tak sempat..dah nak berkejar balik..

Lepas makan,,menghabiskan duit kat ekspo,,beli baju..Alhamdulillah dapat lagi baju baru..bertolak balik dan bercadang nak tidur kat rumah opah kat Batu Gajah malam ni..tapi sampai rumah opah dah pukul 12.45 malam..opah dah tidur,,malas nak kejutkan opah so terus balik T.Intan dan sampai pukul 1.45 pagi..Satu perjalanan yang memenatkan..Kalau biasanya dari T.Intan ke P.Serai hanya 3-4 jam je..











Monday, August 5, 2013

IFTAR DENGAN MR S DAN SELAMAT HARI LAHIR YANG KE 21..



Usai kelas, aku call mama tanya abah nak ambil aku pukul berapa..mama kata abah banyak kerja..Di sebabkan masih awal, (baru pukul 10 lebih sebenarnya) abah suruh aku balik naik bas pukul 2 petang..Alamak, lambat lagi lah jenuh nak menunggunya..Akhirnya aku tumpang Kak Mira..Terima kasih Kak Mira coz tumpangkan Farah..Pukul 1 lebih aku sampai rumah, Alhamdulillah..Tak dapat nak di gambarkan betapa seronoknya boleh balik rumah..

Petang, aku pergi ambil Damia..meredah depan Petronas..Tetiba ternampak seseorang tengah dok menyanyi..sambil duduk atas motor besar..huhuhu..Sempat jugak aku buat tangan kat *bahu mata ke atas kat dia*..dia tweet katanya aku jelir dia..salah tu cik abang oyt..kita tak jelir ye tapi buat tangan kat bahu dan mata ke atas..Seronok jugak kan berangan petang-petang begini kat atas motor besar..

Pagi Jumaat 2 0gos 2013, hantar adik-adik pergi sekolah..balik tolong buat kerja rumah cos mama sibuk kat office hari ni banyak kerja nak di siapkan sebelum nak cuti raya..Tengahari ambil Damia balik dari sekolah, petang hantar dia ke SAR An Naim..

Pukul 5 petang aku pergi ambil dia pulak..hari ni aku tak meredah kat Petronas tapi sengaja memusing jauh sikit takut nanti kena tekan dengan cik abang yang duduk kat atas motor besar tu..dari jauh aku tengok..fuhh selamat dia tak de, tau-tau bila dekat ada orang tegur..aku ingat dia tak nampak aku..

Oppss!! nak cerita sikit..aku ada DATE dengan dia petang ni..Kita orang nak pergi berbuka kat luar..nak "menyoping" sekali katanya..hmm aku ikut je..Kononnya dia nak aku belanja dia..Aku tak kisah,,tapi aku boleh agak mesti dia yang akan belanja sebab dia ni tak pernah nak bagi aku peluang untuk belanja dia..Kekadang GERAM jugak dengan dia..Tentu korang yang kenal dengan aku tertanya-tanyakan siapa DIA ni sebab aku ni bukan jenis yang suka keluar dengan lelaki dan senang-senang dapat keizinan keluar dengan lelaki..

Aku dah lama tak jumpa DIA, rindu nak berdebat dengan dia dan nak gaduh dengan dia..jugak rindu nak dengar leteran dia..Katanya pukul 7 petang dia datang rumah aku..tapi tak nampak bayang, lama jugak aku tunggu dia sampai hujan turun..Cadangnya nak keluar naik motor je, aku dah siap panaskan enjin skuter..tetiba time dia sampai hujan turun..so abah suruh naik kereta, aku faham sesangat perangai dia yang tak suka terperangkap dalam kesesakan jalan raya..memang kebetulan kat pekan T.Intan memang tengah sibuk dan sesak..Di sebabkan hujan makanya naik kereta adalah jalan yang terbaik..Aku risau jugak sebab DIA ni susah sikit kalau naik kereta aku dia akan bising, kalau boleh nak naik kereta dia je..

Berbuka puasa bersama dia di McD..ramainya orang..Di sebabkan kita orang terlewat so orang dah berbuka kita orang masih beratur..Seperti yang dah di jangka, DIA tetap belanja aku untuk hari ni..Dengan selamba dia hulur duit kat aku..Hishh geram betul..Apa pun terima kasih yea..

Lepas berbuka..solat kat surau di Rapid Mall, ada orang kat dalam, kena tunggu turn sebab surau kecil,,dia pulak solat dulu so kena tunggu aku la ye..Lepas selesai solat, keluar dari surau tengok kasut tinggal sebelah..hmm tak de kerja orang lain, nak kena dengan aku ni..main sorok-sorok kasut pulak..Dia boleh buat muka selamba tanpa rasa bersalah aku pulak rasa macam nak tumbuk-tumbuk je dia tapi ingat bulan puasa kalau tak memang dah kena, dia ada mintak aku tumbuk dia ..kelakar betul..rindu nak kena penumbuk aku le tu..

Then kita orang pergi ekspo kat menara condong..terjumpa member-member masa sekolah dulu..tapi yang paling malu bila terjumpa Farid Irfan..alamak..kantoi pulak dengan si Farid siap mengusik lagi,,aku tegur dia kemudian menyorok belakang Pian, opss..hehehe..Sebenarnya aku keluar dengan En. Sofian Shaimi..

Aku biarkan Pian yang menjawab pertanyaan dari Farid..nak tergelak dengan jawapan spontan yang Pian bagi..lepas ni aku mesti kena soal siasat dengan Farid, itu sudah semestinya..Actually Farid ni sebaya aku rapat jugak dengan Pian masa sekolah dulu..Farid beritau aku, member baik aku Syairah ada kat depan..Mak aihh..kalau jumpa Uda, memang MASAK le aku..Tahan telinga je la..

Sampai kat depan terjumpa kakak Farid Irfan..dia pandang aku dan Pian tak berkelip, aku senyum je la..masa kat dalam kereta tadi, Pian dok bising kat aku tak bawa hadiah dia, jangan risau hadiah tu ada..Nanti le aku bagi..Tak berapa hari lagi birthday dia yang ke 21..Selamat Hari Lahir, semoga panjang umur di murahkan rezeki serta sentiasa di berkati Allah dan berjaya di dunia dan di akhirat..Result nak keluar kan..Good Luck..moga DL..Terima kasih banyak-banyak untuk hari ni..Happy sangat..

Sabtu 3 ogos 2013, keluar dengan mama pergi beli barang-barang untuk buat cookies, naik motor je sebab jalan sibuk dan susah nak cari parking..hari ni aku dan Nabila membantu mama kat dapur..buat cornflakes madu dan chocolate chips cookies..Letih dan panas hari ni..siap membakar cookies, fon berbunyi..Pian, katanya dia mengantuk..Aku memang nak jumpa dia hari ni,,nak bagi hadiah..Pukul 5.30 petang aku pergi jumpa dia..Kesian..nampak letih sangat tapi dia ceria..siap naik duduk kat belakang skuter aku lagi..

Malam, dia whatsapp aku beritau dia dah buka hadiah..punya le excitednya Pian sampai tak sempat tunggu birthday dia 8 Ogos ni..Dah tu minta nak hadiah yang lain,,nak aku bawa dia jalan-jalan naik skuter aku..adusss ni yang berat sikit ni, bukan kedekut..tapi..tu laa..Okey macam ni nanti kita pergi dengan kereta aku kay selepas aku balik dari Kedah, raya ke 4 maybe..kau free tak hari tu??..Nanti aku belanja kau..dan fikir kau nak pergi kemana dan kau drive..Ini aku belanja sempena hari jadi kau..Please bagi aku peluang belanja kau..

Hari ni Ahad 4 0gos 2013..Yeayy abah ajak keluar shopping tapi kat The Store je sebab abah ada kerja nak di siapkan..Abah kata otw balik Kedah nanti baru singgah shopping kat Ipoh..ada orang nak menyoping hari Selasa ni jugakkan..jom, jom..kita shopping sekali..

Sesak dan ramai orang kat The Store..nak bayar pun kena beratur panjang..Hadi dan Damia bershopping sakan punya banyak baju yang di beli..aku cakap dengan abah mana aci dia orang berdua dah habis banyak, beratus jugak laa tu pun belum baju kurung dan baju melayu, kasut dan lain-lain..abah kata dia orang tu puasa penuh..dan itu sebagai ganjarannya..

Time dalam kereta tadi Eyfa call mama aku, bertanyakan aku..dah kenapa la dia ni, dah lupa nombor fon aku ke?? atau ada sesuatu yang tak kena ni..Pelik betul perangai minah ni..katanya Pian masuk kampung dia and then tanya aku keluar dating dengan Pian ke??Ooo.. jadi call mama aku nak siasat lah ye..mama aku pulak bagi fon kat aku suruh cakap dengan kau..Tak call fon aku sebab takut Pian yang jawab..Pandai la kau..Mana la aku nak tau apa yang Pian buat masuk kampung kau..Tak salah pun kan..

Okey, dengar sini..apapun hubungan aku dengan Pian yang pasti parents aku tau,,lagi satu kalau aku  keluar dengan Pian, parents aku jugak tau dan dengan izin dia orang..Kalau kita orang keluar..Pian datang rumah dan tak semestinya dia masuk kampung kau untuk jumpa aku..kalau dari rumah dia, dia akan lalu rumah aku dulu baru kampung kau, tak logik le dia masuk kampung kau untuk jumpa aku lebih baik dia terus singgah rumah aku je dan takkanlah orang luar tak boleh masuk kampung tu kut..

Dah kenapa dengan Eyfa ni..apa yang ada dalam fikiran dia aku pun tak tau..Dan jangan ingat aku rapat dengan Pian tanpa pengetahuan parents aku..

Eyfa nak jumpa aku..apalagi la minah ni..Petang ni aku nak pergi jumpa dia, nak ajak dia teman aku pergi cuci skuter aku tu..dah nak jumpa aku sangatkan..jom teman aku gi car wash Cikgu Haniff, aku segan nak pergi sorang-sorang..bebudak kat situ gatal lebih..menggelikan..