Monday, December 30, 2013

CORETAN TERAKHIR UNTUK TAHUN 2013.

Mid term break dua minggu,,cukup membosankan..Parents aku sibuk,,kerja banyak perlu di siapkan..Dah hampir ke penghujung tahun,,tapi kerja masih banyak dan makin bertambah hari-hari ada je kerja yang masuk..Segala yang di rancang tak menjadi kenyataan..Abah kata di tunda ke tahun depan,,cuti Chiness New Year..Aku hanya cuti berapa hari je,,alamatnya tak menjadi lagi la plan yang dah di rancang..
Time tu member baik aku Ana kahwin,,Ana minta aku jadi pengapit dia..Akak jugak bakal bertunang pada hari yang sama..Ana sibuk dengan persiapan perkahwinan sementara Akak pula sibuk dengan persiapan pertunangan..Akak banyak share dengan aku,,wechat aku tanya pendapat..Aku pulak yang terlebih excitednya..Rasa tak sabar nak lalui pengalaman tu..Tapi tak de calon la pulak..GATAL akak kata.."Ada orang nak,,Farah tak nak"..hishh akak ni tengok orang le jugak kalau nak di jadikan calon suami tu..
Doa aku buat akak dan Ana ..Semoga segalanya berjalan dengan lancar dan seperti yang di rancang juga semoga berbahagia..Doakan aku jugak..Seronok tengok dia orang bahagia..
Cantik baju pertunangan akak..rasa macam nak turut serta di hari bahagia akak nanti tapi aku dah janji dengan Ana..Aku pulak tak beli lagi baju untuk majlis Ana ..Aku jadi pengapit di sebelah pihak lelaki atas permintaan aku sendiri kalau di rumah Ana memang aku asyik kena bahan dengan member-member..Memang aku bakal kena..
Pagi ni teringin nak makan nasi lemak.Merata aku cari tapi semua dah habis..Hmm,,tak de rezeki nampaknya,,di sebabkan perut aku lapar terus ke kedai Pak ****..nak beli roti canai..Ramai orang,,malu la pulak..Oleh kerana lapar,,terpaksa tebalkan muka turun kereta dengan laju terus melangkah masuk kedai..
Aku jumpa MAKCIK tu,,salam dan terus order kat dia..Lepas tu berjalan menuju ke dapur jumpa mak dia sempat telinga aku menangkap perbualan di antara mak MAKCIK tu dan kakak MAKCIK tu..Mak MAKCIK tu kata,,"Dia ni la satu-satunya kawan Eyfa yang ok dan hormat orang tua.."Aku berpura-pura tak dengar perbualan dia orang terus bersalaman dengan mak dan kakak MAKCIK tu..
Memang MENAKJUBKAN..MAKCIK tu langsung tak bertanya tentang MR S..aku dah tersenyum sendiri..Haa,,itu la lain kali baca lagi mesej orang..Hari ni dia belanja aku roti canai..Riuh aku sebab sorang pun tak nak ambil duit yang aku hulur..Btw,,terimakasih..
Boringnya,,Uda pun tak de,,kalau tak boleh keluar MENGOPI..Uda aku RINDU kau la.. Bila kau balik T.Intan..Aku tak de member nak melepak dan menyembang,,aku boring sangat-sangat ni,,sedih...Akhirnya bawa adik2 keluar SHOPPING..
Hari ni aku demam,,tak larat cadangannya nak tidur tapi mata tak mengantuk so online,,tetiba teringat pulak kat abang sado yang nak exam tu.. WhatsApp dia,,mulanya takut jugak kut MENGANGGU dia tengah study..Dia suruh aku gerak dia pukul satu pagi..
Sempat jugak dia mengusik aku dan membahan aku siap bagi gambar best friend dia lagi...HANDSOME doh..tapi aku tak boleh nak MENGORAT member dia nanti JEALOUS pulak ORANG TU tak pasal-pasal bergaduh dengan member baik tempat dia lepak malam-malam..Kuang kuang kuang..
Sementara nak tunggu pukul satu,,main game dan layan lagu..Kesian pulak nak kejutkan dia,,sebab baru beberapa minit je dia tidur so aku tunggu pukul satu lebih baru nak gerak dia..Aku call dia dengan fon lagi satu..

Ya Allah,,dia boleh buat cerita SERAM awal-awal pagi ni..Dengan suara yang MENYERAMkan sampai aku letak fon bawah bantal,,serius takut..Pada mulanya aku ingat aku salah orang tapi itu memang suara dia..MAMAI le tu..Tolong la jangan buat lagi cerita macam ni,,SERAM meyh..

Tengah rileks melayan tv sementara nak tunggu time masak untuk makan tengahari,,fon berbunyi..Abang sado ucapkan terimakasih sebab kejutkan dia..Boleh di katanya aku kejut dia macam tak kejut je..Dia tak bangun pun sebenarnya..Kalau dah letih kenapa nak paksa diri,,tidur je lah..

Tak habis lagi episod mengusik aku,,lepas tu tanyakan tentang MAKCIK tu..Aku cerita kat dia yang MAKCIK tu baca whatsapp..And then dia tanya KANTOI ke??...NYARIS-NYARIS dan hampir TERKANTOI nasib baik..Kalau tak HABIS,,MASAK la..Tapi RAHSIA KITA masih SELAMAT..Alhamdulillah.

Tak boleh nak di GAMBARkan macamana kalau RAHSIA tu TERBOCOR..Mati aku,,cik abang ooii..pernah TERFIKIR tak seandainya dia tahu STATUS sebenar kita dan tika tu BOLEH kah anda BERSABAR dengan dia seperti mana SABAR dan SESABAR- SABARnya anda melayan kerenah saya??..Rasanya tak mungkin anda boleh BERSABAR dengan dia tu..Cuba fikir jalan TERBAIK supaya tidak akan ada HATI yang TERGURIS dan takkan ada SAKIT HATI..PERANGAI dia tu memang kita dah tahu tapi kita tak boleh jadi macam dia..Namun begitu dalam hal ni perlu ada PENGAJARAN untuk MENYEDARKAN dia..

"BEKAS AKU"..Punya maksud tersendiri dan mendalam..gara2 perkataan inilah buat aku GERAM,,SAKIT HATI yang tak boleh aku gambarkan bagaimana dan buat aku SAMPAI HATI kenakan orang..Aku nak dia SEDAR yang orang lain jugak punya HATI dan PERASAAN yang perlu di jaga dan PERLU BERHATI-HATI ketika BERKATA-KATA walaupun kadang kala TERBIT rasa KASIHAN di hati aku..BERSALAHkah aku dalam hal ni??..Aku harap satu hari dia akn BERUBAH dan berfikir dulu sebelum bercakap kerana mungkin kata2 yang di ucapkan akan meninggalkan "BEKAS" di hati orang lain..

MR S ingatkan aku,,jangan kerana dia belanja aku,,kemudian aku terus lupakan BAHANAN dia..Tak MUNGKIN aku akan LUPAKAN segalanya..Ianya BERBEKAS di HATI AKU.
Cuba BERSABAR selagi termampu cuma takut KESABARAN aku HABIS..

Menyentuh perkara ni buat hati aku sedikit terusik..Walaupun kadang kala aku cuba bertenang semua kerana dia kawan aku..Susah untuk PUASKAN HATI ORANG..Cuma aku berharap RAHSIA tak akan terbongkar kerana jika TERBONGKAR memang teruk aku kena dengan dia..MR S,,please..pastikan yea..


Aku tak balas WhatsApp dia sebab tertidur,,sorry..Dan malas nak kacau dia yang tengah sibuk dengan final..Good luck,,DEAN LIST yea sem ni..Dan semoga tahun 2014 akan memberi kenangan terindah buat anda..Moga berjaya di dunia dan di akhirat..Dan segala impian menjadi kenyataan..


Coretan ini merupakan coretan terakhir untuk tahun 2013..Aku menyusun sepuluh jari seandainya terdapat coretan yang menguris hati anda yang membaca setiap entry yang aku post..

Mudah2an tahun 2014 menjanjikan sesuatu yang lebih indah buat diri aku jugak anda semua..

Thursday, December 26, 2013

HENTIKAN SEMUA INI..

Alhamdulillah selesai segala aktiviti,,sempat call mama time dalam bas dalam perjalanan balik SI..Suasana kat kolej sunyi sepi..Kilah dah balik,,Aliya dan Ira nak balik esok,,so aku bercadang nak balik esok,,nak temankan diaorang..Aliya tak ada orang ambil hari ni..Tengah ada masalah dengan bf dia..Sabar ye sis,,adat bercinta..Mesti ada gaduh,,tak puas hati dan jealous,,Walau apa pun keputusan yang diambil,,fikir semasak-masaknya..Kerana ianya melibatkan hati dan perasaan..

Call mama,,kononnya nak beritahu yang aku nak balik esok..Mama cakap,,dia kat Petronas tengah isi minyak..Aku hanya mampu gelak je lah..Nampaknya tinggal Aliya dan Eira malam ni..

Kemas apa yang patut,,banyak barang nak bawa balik,mak dan abah angkat aku bekalkan buah rambutan dan buah limau bali..Fon berbunyi mama call,,katanya dah ada kat bawah..

Balik T.Intan,,aku drive..Hujan lebat so tak boleh drive laju..Sampai rumah pukul 8 malam..Letih tapi mata tak mengantuk lagi so kita layan movie dulu la..Hampir pukul 2 pagi baru tidur...

Usai solat Subuh pergi beli nasi lemak tengah sarapan fon berbunyi,,Eyfa whatsapp..ajak aku keluar..Dah banyak kali aku berjanji dengan dia tapi aku tak tepati,,rasa bersalah pulak..

Aku janji dengan Makcik tu lepas Asar nak keluar naik kereta manual hari ni..Tak tau lah dia nak naik ke tak kereta aku ni..Selalunya aku bawa kereta hitam,,nak cari kelainan sikit dan nak tengok reaksi dia..almaklum lah kereta ni kecil je dan kereta lama..Nak tak nak dia kena naik le..Aku harap dia selesa..

Lepak kat McD,,Eyfa beritahu aku yang dia nampak Farid Irfan..FARID IRFAN !!!,,alamak..
Aku tak nampak dia tu pun macamana Eyfa boleh nampak..Aku pandang ke arah yang di beritahu oleh Eyfa ,,Farid dah tersengih..Mula buka mulutnya tegur aku.."Hai Farah,,berdua je ke??".. Aku tersenyum sambil laju menjawab "hmm,,berdua je"..Aku harap dia tak mention nama MR S kat sini..Fuhhh lega..Kalau tak,,ada yang BENGANG GILA dengan aku petang ni..

Hari ni aku belanja Eyfa cos birthday dia,,tapi dia agak BERBEZA DARI SELALU TAK BANYAK BERCAKAP dan TAK BANYAK BERTANYA,,BANYAK MENDIAMKAN DIRI..Oh ya,,lupa nak cerita.
time dalam kereta tadi,,dia ambil fon aku and then tanya aku,,"telefon baru ke?"..Aku cakap kat dia dah lama aku pakai fon ni..dah buruk pun..Dia tunjuk aku fon baru dia..

Lepas tu dia minta nak tengok gambar,,aku bagi je lah..Aku tau dia nak menyiasat dan aku agak dia baca WhatsApp MR S dan MR S ada mention tentang RINDU..Wakaka..hai MAKCIK,,aku tak suruh kau baca whatsapp aku,,tengok gambar je sudah..Apa yang kau dapat..Akhirnya TERDIAM sendiri dan tak bertanya banyak tentang MR S..

Dah baca whatsapp tu tentu kau tau betapa CARINGnya dia tu kan..Itu lah MR S yang kau nak tau sangat..Fikirlah sendiri..Lepas ni tak payah susah-susah nak bertanya lagi kat aku tentang dia..Dan satu lagi kalau ternampak mesej ke apa ke kat dalam fon orang lain.. jangan baca,,itu kan hak peribadi pemilik fon tu tak baik ceroboh hak peribadi orang lain..

Untuk pertama kalinya dia tidak banyak bertanya tentang MR S..Tqsm untuk anda MR S,,kerana WhatsApp anda menjadi penyelamat saya dari di TERJAH dengan berbagai-bagai soalan...

Eyfa tunjuk aku gambar PEMINAT dia yang bekerja kat TM..Tapi dia tak nak sebab tak HANDSOME..Aduhai,,rupa paras tidak akan kemana,,yang penting sikap,,keperibadian,,kejujuran serta keikhlasan seseorang yang boleh menerima segala kekurangan,,kelemahan dan boleh menerima kita seadanya diri kita serta tahu menghormati orang tua serta bertanggungjawab dan boleh membimbing kita ke jalan yang di REDHAI..Itu yang sepatutnya di titik berat di dalam memilih CALON SUAMI bukan RUPA PARAS dan JAWATAN serta HARTA KEKAYAAN..Ini pandangan aku je la..Dan ciri-ciri BAKAL SUAMI yang aku cari..hihihi

Katanya aku BERUNTUNG dan BERTUAH dapat MR S..NO COMMENT hanya SENYUMAN yang mampu aku lemparkan..Tak nak merosakkan mood birthday girl..

Usai solat dan makan malam aku online,,on fb..Masha Allah ada lagi rupanya mamat ni,,dah lama tak MUNCUL dan MENGGANGGU hidup aku..sejak aku post novel yang. MR S bagi kat fb,,dia tak kacau aku dah tapi malam ni MUNCUL pulak..Tak habis2 dan tak sudah-sudah..Tak faham aku..Kat POLI tempat kau belajar tu dah KEPUPUSAN perempuan ke??..Apa hal asyik MENGANGGU dan MENGACAU hidup aku je..

TOLONG HENTIKAN SEMUA NI..aku dah BOSAN..Aku kena tegur dengan mama kerana kau..Kau COUPLE dengan BEST FRIEND aku,,lepas tu asyik mengganggu dan mengacau aku..Hey,,DAH HILANG AKAL APA??..Aku paling tak SUKA dan BENCI dengan LELAKI macam ni.

Aku pernah kena tuduh rampas bf orang dan macam-macam tuduhan yang dilemparkan oleh seorang perempuan,,semua gara2 LELAKI seperti kau..Sakitnya masih terasa walaupun dah setahun lebih berlalu..

Sekarang kau nak aku kena dengan BEST FRIEND aku pulak..Memang KURANG ASAM..Cukup lah dengan apa yang pernah aku lalui..Jangan PENTINGkan DIRI sangat..Fikir HATI dan PERASAAN orang lain sama..GF kau tu member baik aku..Kalau kau dah PUTUS sekali pun dengan dia,,aku TAK KAN TERIMA KAU..CARI perempuan lain..TOLONG HENTIKAN SEMUA NI..Sudah lah jangan dok buat benda MENGARUT..BOSAN,,BOSAN..

Lagi satu aku nak bagi tahu kat kau,,kalau tak de RELAY kat fb tak bermakna orang tu tak de bf dan kalau tak de lelaki yang selalu post apa-apa kat wall tak bermakna perempuan tu SINGLE dan tak de BF..Lepas satu,,satu masalah TIMBUL..Uda,,tolong aku..aku nak jumpa kau..MAKHLUK tu MUNCUL balik.Uda sekarang sibuk dengan macam-macam aktiviti..MR S pulak sibuk nak final..Aku pun sibuk jugak tapi serabut aku dengan manusia yang TAK FAHAM BAHASA ni..TOLONG HENTIkan semua ni..






















Monday, December 23, 2013

PENGALAMAN INDAH YANG AMAT BERHARGA..

Tak sabar nak cuti..Mid term hanya beberapa hari lagi..tapi aku tak boleh balik awal,,sebab terlibat dengan program anak angkat..

Bermacam-macam perasaan timbul..Pada mulanya excited..Satu pengalaman baru.
Dalam masa yang sama takut pun ada,,aku tak pernah tinggal kat rumah orang yang aku tak kenal..Dan bagaimana dengan penerimaan keluarga angkat aku nanti..

Makin menghampiri hari Jumaat 20 Disember 2013,,hati aku makin berdebar,,tak nak pergi..Tapi lecturer aku dah warning.."Kalau tak pergi,,50% markah KOKO kena potong,,gagal kena repeat"..Itu SANGAT KEJAM,,bab REPEAT memang tak sanggup dan sedaya upaya cuba aku elakkan..Huaaa..aku tak ada pilihan,,TERPAKSA turut serta..

Khamis,,19 Disember..Hari ni perasaan aku bercelaru..Mulanya aku excited...Tapi bila member2 mula mengusik..Aku jadi tak keruan,,macam-macam perasaan timbul dari seronok,,teruja bertukar jadi TAKUT dan SERAM..

Member-member aku pulak makin seronok mengusik,,"entah-entah Farah balik cincin penuh kat jari"..Ada pulak yang kata.."Farah,,time ni la nak cari JODOH"..Semua tu sedikit sebanyak membuat aku makin cuak dan seram..

Sambil tunggu Aliya dan Kilah turun untuk pergi makan malam kat down town,,aku cukup gelisah..Akak jadi mangsa mendengar segala luahan hati aku..

Puas meluahkan perasaan kat akak aku masuk bilik dengar lagu..Terlayan lagu One Direction pulak malam ni..They Don't Know About Us..Dah tak tau nak buat apa sementara menunggu Aliya dan Kilah..Jam dah menghampiri 10.30 malam..Dah lewat ni,,sempat ke nak makan kat down town..Kang,, tak pasal-pasal kena kejar dengan polis bantuan pulak..

WhatsApp dengan mama,,baru nak bercerita tentang apa yang aku rasa mama dah hilang,,aku hantar mesej pun tak balas..Frust betul aku.Lepas makan balik bilik,,packing barang..

Tetiba,fon berbunyi..excited,,mama kut,, balas WhatsApp aku..Telahan aku salah,,bukan mama..Tapi SESEORANG yang selalu ada TIKA aku betul-betul PERLUKAN seseorang untuk berbicara..TERIMA KASIH MR S,,kerana selalu ada dan sedia MENDENGAR segala masalah aku..

Mr S,, selalu ada terutama tika aku tengah BUNTU memikirkan apa yang bakal aku lalui seperti saat dan tika ini dan sememangnya aku dah hampir menitiskan air mata..Terima kasih kerana menjadi seorang PENDENGAR yang setia..Lega,,bila dapat berbicara dengan Mr S..Keprihatinan anda amat di HARGAI..

Sempat mengusik aku katanya "Bagus belajar duduk tempat orang,,ni asyik berkepit dengan mak je"..Salah tu,,kat kolej mana ada mak..Lagi satu..kita solat subuh awal tau,,bukan subuh gajah..

Lain kali kalau nak kejutkan orang solat subuh tu awal sikit,,bukannya dah SUBUH GAJAH..MR S,, whatsapp aku pagi ni tanya tak de kelas ke..Jadual baru,,hari Jumaat memang tak de kelas,,sempat jugak mengusik..Katanya pastikan dapat mertua angkat..Fuyooo,,Biar betul,,SERAM meyh..Aku cakap kat dia..NANAK..aku nak mak dan ayah angkat je..Ni nak beritau mentua angkat nak yang dekat je,,tak nak yang duduk jauh..hihi,,BOLEH TOLONG CARIKAN TAK???..

Pada mulanya aku kena pergi area Beruas,,last minute kat Tg Tualang,,tak excited langsung..Tempat yang tersangat FAMILIAR..jalan yang aku lalui setiap kali nak balik rumah opah..

Bertolak pukul 12 lebih tengahari,,pakcik bas tinggalkan kami kat tepi jalan,,berhadapan dengan masjid,,sementara nak tunggu usai solat Jumaat dan berkumpul di masjid untuk penyerahan anak angkat..

First time jumpa mak dan abah angkat,,aku rasa seram..Tengok muka abah angkat aku yang serius..Ya Allah permudahkanlah segalanya,,Mak dan abah angkat aku agak berusia jika di bandingkan dengan parents aku..Keluarga angkat aku tanya nak panggil aku apa??..dan dekat rumah parents aku panggil apa??.."Panggil Along je jawab aku".

Mengikut keluarga angkat aku balik ke rumah dia orang kat Kg Batu Tujuh,,Jalan Tg Tualang menghala ke Seri Iskandar..lebih kurang 6 batu lebih dari rumah opah aku..

Suasana kampung,,tenang..abah dan mak angkat aku penoreh getah..Aku teruja sikit bila dia orang nak bawa aku pergi menoreh getah..Tanya aku tau menoreh tak??..Aku jawab aku tak tau..Sememangnya aku tak pernah tengok orang menoreh..Pokok getah aku pernah tengoklah..

Malam pergi Terminal Bas Aman Jaya ambil anak perempuan bongsu dia orang balik dari Politeknik Pulau Pinang.Sempat pergi Mydin..balik rumah makan malam..Line Maxis teruk kat sini..Dahlah fon aku dua -dua pakai nombor maxis,,pening kepala..

Keesokan paginya,,aku ada aktiviti dan kena pakai t-shirt IM4U,,t-shirt tu berkedut,,aku minta iron kat mak..Rupanya iron akak bawa pergi Poli,,mak kata nanti dia pinjam..Terasa macam bersalah pulak..kerana menyusahkan mak angkat aku..

Pergi bersama mak dan abah angkat aku ke dewan Kg Tersusun Batu 6 Jln Tg Tualang,,Agak MENGECEWAKAN bila program MDAB tidak mendapat sambutan dari kalangan remaja di situ..

Tawaran melanjutkan pelajaran di pandang sepi tapi tawaran temuduga kerja dari agensi lain mendapat sambutan..Kat sini aku nak sentuh sikit tentang sikap,,cara pemikiran remaja melayu yang hanya berpuas hati belajar setakat SPM..Kemudian bekerja..

Alangkah ruginya pada anda yang punya sikap begitu terutama sekali remaja lelaki yang bakal menjadi KETUA KELUARGA pada satu hari nanti..Aku bukan nak menghina,,tapi hanya memberi pandangan.. Cuba fikir dengan berbekalkan gaji setakat SPM,,macamana nak menanggung keluarga terutama sekali dengan kos hidup yang makin meningkat..cuba RENUNGKAN..

Tanpa ilmu kita tidak akan mampu bersaing di pasaran kerja yang memerlukan kelulusan yang tinggi dan skill yang hebat bagi menjana pendapatan yang lumayan..

Tanpa ilmu jugak kita akan terus ketinggalan..Hanya ILMU mampu merubah masa depan dan menjanjikan masa depan yang cemerlang dan kehidupan yang selesa..

Aku rasa jika program MDAB di buka penyertaannya dikalangan remaja asing,,UiTM akan di monopoli oleh mereka dan pelajar melayu hanya boleh di bilang dengan jari..Oleh itu remaja melayu akan terus ketinggalan..Akan terus menjadi pekerja kepada majikan berbangsa asing..Bangsa asing kaya raya,,bangsa Melayu hanya menjadi ???..FIKIRKANLAH..

Betapa ruginya remaja melayu,,ubahlah corak dan cara pemikiran anda semuanya..REBUTlah peluang yang tawarkan..Tuntut lah ilmu agar anda punya skill untuk bersaing di dalam bidang pekerjaan ataupun perniagaan..Jadilah bangsa yang punya daya saing yang tinggi..

Bangga dengan UiTM Seri Iskandar yang berjaya mencipta rekod di Malaysia Book Of Record..Aku bangga menjadi Student UiTM SI,,dan terlibat sama dalam program ni.

Ribuaan terima kasih di ucapkan pada Datuk Radzi Manan yang menaja program bersama keluarga angkat di Gua Tempurung..

Jutaan terima kasih buat mak dan abah angkat aku yang sudi menerima aku menjadi anak angkat,,membawa aku berjalan-jalan..Sempat jugak ke Desa Sentral melawat opah aku,,betapa gembiranya opah..riuh bersembang..Opah tinggal sorang so bila aku datang dah tentu la dia gembira..

Aku di bawa oleh mak dan abah angkat aku pergi kenduri..Tetiba jadi perhatian dah macam RETIS la pulak..Malu..ramai saudara mara datang berkenalan termasuk yang lelaki sampai panjang tengkuk memerhati naik segan aku yang memakai jubah hitam dan bertudung coklat kemerahan..Hmm,, GANGSTER cute..kan MR S,,mesti lah jadi perhatian..

Tapi tak dapat MAK MENTUA angkat la..ini mesti MR S tak ikhlas mendoakan aku hari tu..Mak angkat aku sempat suruh aku posing..ambil gambar aku nak tunjuk kat anak lelaki dia yang kerja kat Shah Alam..

Seriously,,aku gembira dan berpuashati dengan layanan dari keluarga angkat aku..Terasa macam aku menyusahkan dia org pulak..Aku di bekalkan dengan buah rambutan dan buah limau bali..

Pengalaman berbeza tinggal dengan keluarga angkat akan aku kenang selamanya..Selama ni aku seringkali di ingatkan agar bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan,,jangan bandingkan diri kita dengan orang yang LEBIH tapi bandingkan diri kita dengan orang yang KURANG,,maka kita akan lebih BERSYUKUR dengan apa yang kita ada..Segalanya BENAR..

Alhamdulillah,,Syukur kepada Mu ya Allah kerana mempermudahkan segalanya..Dan dengan izin Allah segalanya berjalan lancar,,cuma aku tak berpeluang mengutip pengalaman menoreh getah..In Shaa Allah..jika masa dan waktu mengizinkan aku akan datang kembali ke sini..Doa aku agar mak dan abah di berikan Allah kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan di dunia jugak di akhirat nanti..






















Monday, December 16, 2013

RAHSIA TETAP RAHSIA..

Kehidupan sebagai seorang student sentiasa SIBUK..Letih,,penat adalah perkara biasa..Meredah hujan dan berpanas..Menghadap kerenah kawan-kawan sekelas,,jugak lecturer..Assignment,,kuiz,,test jugak presentation..Moga aku terus tabah dan cekal mengharungi kehidupan sebagai pelajar..

Pada mulanya aku nak buat FAST TRACK..Buat Diploma setakat part 3,,kemudian sambung degree part 1..Tapi dah tak boleh buat macam tu sekarang ni..So aku kena habiskan pengajian aku di peringkat Diploma yang berbaki 3 semester lagi kemudian sambung Degree part 3..lebih kurang 3 semester jugak,,Yeayy..Lepas tu boleh KAHWIN bak kata member aku..Tapi aku ni,,CALON pun tak de..Tak gitu Uda..haha..Kalau Uda ada kat depan aku sekarang..boleh tengok mimik muka dia dan dengar Uda mengomel..RINDU kau Uda..Bab aku tak de CALON ni selalu buat dia membising dengan aku..Teringat pulak dengan cadangan Uda tempohari..

Tak sabar nak tunggu cuti mid term,,banyak hari jugak sampai 5.1.2014..Tapi aku tak boleh balik awal aku ada aktiviti..22 atau 23 Disember baru balik..Berdebar pulak dengan aktiviti ni..Bermacam-macam persoalan ada di kepala aku sekarang,,macamana lah nanti..Program Anak Angkat bersama Orang Asli,,agak menarik..Destinasinya belum di ketahui..

Kesian kat adik-adik aku..cuti sekolah ni dia orang hanya duduk kat rumah je..Abah dan mama ada banyak kerja nak di habiskan,,parents aku tengah sibuk..Staff abah aku yang sorang tu sambung belajar yang sorang tu pulak dah tak larat nak melayan kerenahnya..Ikut suka dia je,,tak habis-habis MEREMPIT..Bila nak berubah tak tau lah..Time banyak kerja ada je lah penyakitnya..demam,,batuk,,sakit kepala,,letih..Semua ada,,time kerja tak banyak rajin datang..

Semakin menghampiri penghujung tahun,,makin banyak kerja bukan makin berkurangan..Segala yang dah di rancang tak menjadilah nampaknya..Kesian kat adik2 aku dan kesian jugak kat aku ni..Sabar je lah..nak buat macamana..Rezeki dari Allah..Syukur Alhamdulillah.

Tengah sedap termenung mengimbau apa yang terjadi beberapa hari lepas..
fon berbunyi..Hmm,,Abang Sado whatsapp,,TQSM..Seriously,,TERHARU dengan KEPERIHATINAN anda..Sebenarnya aku tengah BUNTU dan PENING KEPALA memikirkan masalah yang di cipta oleh seorang HAMBA ALLAH ni..En Sofian,,terima kasih KERANA MEMAHAMI dan SELALU ADA tika aku PERLUKAN SESEORANG untuk BERKONGSI CERITA dan tika aku tengah BUNTU mencari jalan PENYELESAIAN..

Aku rasa LEGA SANGAT bila dah ceritakan semuanya..Pian,,JANJI ye jangan sampai RAHSIA KITA TERBOCOR dan DIA tu TAHU KEBENARANnya..Tolonglah aku.."TERUK" aku nanti..Tak sanggup nak mengadap MULUT DIA tu..Ingat RAHSIA tetap RAHSIA..Dengan DIA tu "BIAR PECAH DI PERUT JANGAN PECAH DI MULUT"..

Aku harap sangat agar ada JALAN PENYELESAIAN,,Aku PERCAYA Pian boleh MEMBANTU aku untuk SELESAIKAN SEGALANYA..Entah kenapa aku takut RAHSIA yang selama ni tersimpan rapi,,terbongkar..Pian,,aku betul2 minta kau SIMPAN RAHSIA ni..HATI-HATI jangan TERLEPAS pulak..

Sejujur-jujurnya aku takut RAHSIA akan TERBONGKAR dan KEBENARAN akan TERBUKTI seperti yang DIA tu pernah cakap kat aku..Pian,,kau pernah fikir tak??Masa tu kita nak buat apa ye??..

Mudah2an segalanya berakhir dengan baik dan aku percaya jika NIAT kita BAIK dalam melakukan sesuatu Allah akan sentiasa melindungi kita..Walau pun begitu RAHSIA TETAP RAHSIA..Aku tidak akan mengalah,,aku akan ikut RENTAK "dia"..Dah banyak kali aku bersabar..Aku nekad,,aku tak akan berdiam diri..








Thursday, December 12, 2013

MULUT TAK ADA INSURANS

Hujan turun dengan lebatnya..Terasa malas nak bangun..tapi teringin nak makan nasi lemak yang sedap tu..Usai solat subuh..buka wifi,,online..slownya internet..P14G..dh teruk sekarang,,dah macam Astro kalau hari hujan..mula bermasalah walaupun baru bayar..MENYAKITKAN HATI JE..

Panaskan enjin kereta,,ketagih sebenarnya nak bawa kereta manual..Aku dah boleh bawa kereta manual..so Iwan BF Bella tu tak payah nak bising menanya bila nak belajar bawa kereta manual..Hari tu dia bertanya kat aku katanya "Farah,,macamana kalau suami kamu nanti pakai kereta manual,,kamu tak reti nak bawa..macamana nak hantar anak pergi sekolah.."

"Aik,,baru part berapa dah fikir pasal kahwin.."jawab aku dan terus menambah.."untuk yang nak jadi suami aku,,dia kena beli kereta auto la..."Akhirnya dia mengalah dengan aku..

Itu dulu tapi aku yang sekarang dah mahir..aku suruh abah repair satu-satunya kereta manual yang ada kat rumah ni..Bukan rosak pun cuma tak di gunakan je..Hari tu Pian cakap dengan aku "Nanti boleh le tukar blog ke *Mizz Toyota* pulak.."Aku cuma tersenyum je..

Mizz Perdana dah sedap dah,,buat apa nak tukar..Dia tak tau cerita sebenar,,kenapa kereta tu dah keluar dari tempat PERTAPAANnya,,sebenarnya aku yang paksa abah bawa keluar kereta tu..Malas aku nak cerita nanti kena BAHAN..tapi dia tau aku tak boleh bawa kereta manual,,itu dulu sekarang dah boleh..Jom drift..Ada BRAN ke??..

Petang ni aku buat Pavlova,,tapi kali ni toppingnya menggunakan Nestle Natural Set Yogurt..SEDAP,,korang boleh cuba tapi yogurt tu di campur dengan sedikit gula castor dan pewarna merah..Letak topping time korang nak makan pavlova sebab yogurt agak lembab berbanding dengan krim yang selalu di gunakan..Dan yang pasti lebih berkhasiat jugak lazat serta menyelerakan..Di hidangkan dengan jus lobak merah dengan yogurt serta jus kiwi dengan yogurt..SEDAPPP...Menu petang ni hasil air tangan aku..

Pagi Ahad,,keluar dengan Mama,,Nabila dan Yasmin nak beli tudung..Abah keluar dengan Damia dan Hadi..Sempat sarapan kat luar..lepas tu menghabiskan duit..SHOPPING...Huh,,rambang mata di buatnya...

Petang ni nak balik S.Iskandar..MALASnya..Abah tanya aku,,"Along,,esok kelas pukul berapa?.."alamak,,jangan kata nak balik esok..sebab mama dah cakap dengan aku balik esok je.Dengan lambat aku jawab pertanyaan abah.."Pukul 11 pagi Abah..Akhirnya abah kata balik esok je lah..Hmm,,ok.

Selepas solat subuh,,fon berbunyi..Aliya whatsapp katanya kelas pukul 8 pagi..jadual dah tukar.. Bersiap untuk balik kolej..Pakai jubah hitam berbunga putih dan bertudung warna krim..Pakai sarung kaki,,terus keluar..Abah terkejut..Mana taknya anak sulung kesayangannya nampak islamik..Biasalah bergaya ala muslimah ke kelas itu kan bagus..Tak payah nak bergaya sakan..Kelas bukan tempat untuk bergaya..
Sampai kolej terus naik atas,,ambil apa yang patut..Kemudian abah hantar sampai kat depan fac..dah hampir pukul 11 pagi sebenarnya..

Selasa..tetiba teringin pulak nak bergaya dengan shawl yang baru aku beli,,kebetulan ada baju yang belum pernah aku pakai lagi so..bergaya sikit lah..Akak puji aku hari ni..Masuk kelas,,Madam kata dia tak suka tengok student yang pakai tudung berbelit-belit dan berlilit-lilit..Alamak,,AKU KENA..Hari ni hanya aku dan Aliya je yg pakai shawl..Nak buat macamana DIAM je lah..Malunya..

Eyfa whatsapp aku,,jemput datang rumah dia hari Sabtu selepas Asar..Hmm,,MALASnya aku nak jumpa MAKCIK ni..Minggu ni tak ada kelas pada hari Jumaat,,so petang Khamis boleh balik rumah..hujan turun lebat..tapi semangat nak balik rumah tu berkobar-kobar,,apa lagi REDAH je sambil whatsapp dgn mama..Sempat mama sentuh pasal payung...Ok,,aku TERKENA..tacink dengan mama sekejap..

Ramai jugak yang balik minggu ni termasuk junior aku masa sekolah dulu...Hadi anak arwah Pakcik Paza...Berlakon kononnya tak kenal aku,,hishh MELAMPAU BETUL si Hadi ni..Lepas tu dia cakap dengan aku.."Ayah kau banyak kereta,,kenapa tak suruh ayah kau ambik??.."
"Diam lah kau,,jangan nak kecoh-kecoh kat sini..member-member aku dengar nanti"..geram aku dengan budak ni dah lah cakap kuat pulak tu..

Actually,,arwah bapa Hadi berkawan baik dengan Abah aku..Mama aku jugak rapat dengan mak dia..Tengah leka bersembang,,Aliya ambil fon aku,,katanya nak dengar lagu..Lepas tu aku tengok dia dok tersenyum dan tersengih sorang2..Mesti baca whatsapp aku dengan mama..Aku buka Twitter..tengok dia tweet yang dia terbaca conversation antara aku dan mama..dia sedih teringat kat arwah mak dia..Sabar yea Aliya..Sejuknya,,dah lah basah kena hujan lepas tu pulak duduk dalam bas dengan aircond terpasang..MENGGIGIL..

Duduk kat rumah asyik membuli adik bongsu aku.Seronok mengusik dan menyakat..Petang ni aku ada jemputan kenduri..Mama dah ingatkan aku berkali-kali.."Maa,,boleh tak kalau Along tak pergi?.."aku mohon simpati dari mama..Mama suruh aku pergi jugak dah berapa kali aku janji dengan Eyfa tapi aku tak tunaikan.."Mama,,along dah boleh agak dah apa yang akan berlaku dan apa yang dia akan tanya sebab tu la along tak nak pergi"..aku buat muka,,mohon simpati dari mama..Macam la mama aku ni tak faham perangai MAKCIK tu..

Aku tengok tv dengan selamba je..buat-buat lupa lah kononya...Abah keluar,abah lupa kut semalam Pak Gadut call jemput kenduri petang ni..Tetiba fon aku berbunyi,alamak abah..suruh aku pergi jugak kedai Pak Gadut sekarang..NAYAlah aku kalau macam ni nak MENGADAP MAKCIK tu..Dengan BERAT HATI aku bersiap,,ajak Nabila temankan aku..Call makcik tu tanya ramai orang lagi tak..Laju je dia suruh aku datang..Aku suruh dia tunggu kat depan kedai..

Turun kereta,,tika aku melangkah masuk kedai,,MAKCIK tu bercekak pinggang becok mulutnya menegur aku.."Hai Farah..SKANDAL Pian"..Tergamam aku..MULUT TAK DE INSURANS betul..Bila pulak aku berskandal dengan dia tu..Serius aku GERAM TERAMAT SANGAT..Tengok aku diam membisu dia bersuara.."Amboi kau Farah dah macam MODEL aku tengok,,bergaya sakan kau.." Dia mesti ingat aku memang bergaya macam ni kat SI..Pada halnya aku bergaya cuma bila kat sini je kat kampus tak..

Terkejut dia tengok gaya aku hari ni..Peplum merah berskirt pensil hitam dan shawl..Asyik memerhati aku ke atas dan ke bawah..Aku tinggalkan dia lalu pergi berjumpa mak dia dan tetamu yang lain,,sambil bersalam dan bertanya khabar..Kemudian duduk sambil makan MAKCIK tu bersuara,,"Farah,,aku nak tanya kau sikit..kau dengan Pian couplekan?"..Haaa,,dia start dah..Adik aku ada kat sebelah pun dia tak peduli..Puas aku mengalihkan topik perbualan tapi dia tetap dan terus bertanya perkara yang sama..

Jawapan panjang lebar yang aku bagi kat whatsapp tempohari seakan-akan sia-sia belaka..Memang tepat sangkaan serta dugaan aku dia nak sangat jumpa aku hanya nak tahu dan nak menyiasat tentang aku dan Pian..Aku TAK FAHAM,,kenapa dia TAK PERNAH PUASHATI dengan jawapan yang aku beri..Aku tak tahu apa yang ada di fikiran dia..Kekadang aku tertanya-tanya sendiri kenapa tingkah laku dia begini..

Aku hanya tersenyum tanpa memberikan jawapan..Adik aku dah tersenyum melihat gelagat dan tingkah laku aku yang cuba mengubah topik perbualan dan MAKCIK tu tetap bertanya soalan yang sama ..Akhirnya aku berjaya,,bila dia mula bercerita tentang ada 2 orang lelaki SUKA kat dia..Seorang kerja JPJ dan seorang TM..Parents dia pulak suruh pilih orang kerajaan.."JPJkan kerajaan"aku cuba menelah pilihan dia sambil minta nak tengok gambar..Dah nak masuk meminang mesti la ada simpan gambar kat fon..itukan stail orang bercinta zaman sekarang ni..Katanya dia tak de gambar lelaki tu,,nanti la dia bagi aku tengok..

Kakak dia pun nak bertunang tahun depan,,senang la nanti boleh bersanding sekali..kalau tak de pengapit,,aku ada..sedia membantu..Balik rumah aku cerita dengan mama apa yang terjadi..Aku cakap dengan mama yang aku GERAM SANGAT dengan dia tu..Mama diam je..Itu lah SEBABnya kenapa aku malas nak keluar dengan MAKCIK ni dan malas nak jumpa dia..Tak habis-habis bertanya soalan yang sama..TEKAN aku suruh mengaku,,dan tak pernah PUAS HATI dengan jawapan yang di beri..Kadang-kadang SAKIT HATI dengan mulutnya yang TAK DE INSURANS tu..




















Monday, December 9, 2013

FAHAMI AKU..

Hari pertama semester baru..terjadi peristiwa yang sama sekali tidak aku duga..Termenung aku bila teringatkan peristiwa tu..Semuanya kerana aku TUKAR KELAS di saat-saat akhir..Ada yang tak puas hati..Dan kini kami hanya bertiga..
 
Aku REDHA dengan apa yang terjadi..Mohon pengertian dari ANDA..Sebenarnya aku dah tak sanggup nak MENGHADAPI apa yang pernah aku lalui seperti semester2 lepas..
 
Aku di ganggu,,di permainkan,,di persenda sesuka hati sehingga menjadi BAHAN gelak tawa..Satu kelas menganggap aku suka situasi begitu...
 
Sedangkan HAKIKAT dan REALITInya berbeza..Aku langsung tak suka dengan SEMUA tu..Puas aku mengelak tapi tetap TERJADI ,, setiap hari ada saja PERKARA yang LANGSUNG TAK MASUK AKAL berlaku..
 
Semua tu membuat aku jadi LEMAS dan RIMAS..tak siapa pun PEDULI apa yang aku RASA..Malah makin galak MEMBAHAN serta MENGUSIK aku,,BERTERUSAN mengaitkan aku dengan SESUATU YANG AKU TAK SUKA..
 
Puas aku berfikir.keputusannya AKU TUKAR KELAS..Itu yang TERBAIK,,walaupun membuatkan ada yang tak PUAS HATI dan menjauhkan diri.

Aku MINTA MAAF..Aku terpaksa..tak de sesiapa pun yang FAHAM aku..KECUALI MR S,,TERIMAKASIH BANYAK-BANYAK kerana memahami aku dan BANTU AKU KELUAR dari MASALAH ni..
 
Untuk yang BERKENAAN..TOLONG JANGAN GANGGU AKU..MOHON KERJASAMA dan PENGERTIAN..
 
Usai kelas keluar berjalan kaki ke Bandar U..terserempak dengan Bella menemani Iwan membeli barangan keperluan..Balik bilik,,tengok GELAGAT Aliya,,PELIK...macam ada sesuatu yang cuba di lakukannya,,lebih tepat lagi seolah-olah cuba MENGCOVER..Aku cuma memerhati sambil berlalu ke bilik akak..

Melepak kat bilik akak BAKAL MENJADI RUTIN WAJIB aku.kalau tak pun naik atas ke bilik Aliya dan Kilah..Dia org dapat member2 dorm yg dulu cuma aku je..Sengaja nak cari kawan baru..Aku buat begitu pun supaya tidak timbul salah faham sebab ramai yang ajak aku buat permohonan untuk tinggal bersama dia orang untuk sem ni..untuk berlaku adil aku menolak permintaan dia orang..Siapa pun roomate aku,,aku terima.. PASRAH je.

Bak kata Bella kawan aku,,"asalkan boleh tidur dan tak panjang tangan dah ok"..Aku pun berpendapat begitu..sekurang-kurangnya boleh menambah koleksi kawan aku..

Amelyn dan Farah,,roomate baru aku,,sorang dari Perlis dan sorang lagi dari KL..berlainan course..Nampak oklah dia orang ni.cuma aku ni je suka merayap ke bilik depan ni atau ke atas.

Aku dengan Akak mana boleh DI PISAHKAN..Kami BUDDIES,,TAKKAN TERPISAH..Yang paling BEST dan paling MENGGEMBIRAKAN..Abang Chik dah makin SWEET dan CARING kat akak..Alhamdulillah..Moga bahagia..Seronok tengok dia orang,,siap buat video call lagi..Akak aku ni makin berseri..orang tengah MENGHITUNG HARI lah kan..

GELAGAT PELIK Aliya terjawab,,rupa-rupanya dia bagi aku BIRTHDAY PRESENT..Terima kasih
Sehelai Shawl yang CANTIK ,,pemberian Aliya yang di letaknya di bawah bantal aku..

Whatsapp dengan Uda..SERONOK Uda MENYAKAT aku..Bahagianya dia..tapi cadangan kau tu..MATI HIDUP BALIK AKU TAKKAN BUAT..Biar lah..Allah yang tentukan SEGALANYA..Aku PASRAH dan percaya pada QADHA dan QADAR.

Tetiba Uda cakap kat aku dia SEDIH..Aik,,dah kenapa pulak..dalam dok bahagia membahan aku tetiba moodnya berubah..Bila dia bercerita masalah dia,.aku FAHAM tapi hanya boleh mendengar tapi aku tak boleh ikut campur jika ianyanya melibatkan urusan keluarga..

Sejujurnya aku SIMPATI,,tapi tak mampu untuk berbuat apa-apa..Aku tak pernah lalui semua tu..Aku cerita dengan mama,,mama jugak simpati tapi sempat mengingatkan aku yang aku patut BERSYUKUR kerana tak pernah melalui semua tu.."Ye Maa,,Along memang bersyukur dengan segala nikmat dan anugerahNya.."jawab aku..

Aku baru bercadang nak MENGOPI dengan Uda..hari Khamis aku balik..Uda pulak nak balik ke Kuala Kangsar hari Khamis..Hmm,,SEDIH..sepanjang cuti sem hanya sekali je keluar dengan dia..dengan Bella pun sekali..Ana dan Syaza langsung tak jumpa..

HOMESICK mengalahkan budak part one..Itulah yang aku rasa sekarang..Nak balik..Hakikatnya badan aku di S.I tapi hati aku kat T.I
Pada mulanya tak de kelas hari Jumaat,,at last ada pulak..kelas BEL,,Ahhh..aku tak kira nak balik gak..

Usai kelas petang Khamis aku tunggu bas,,BALIK rumah,,hujan pun sanggup aku redah..janji boleh balik.Parents aku dah tak boleh nak cakap apa..

Tak tau nak gambarkan macamana GEMBIRA dan BAHAGIAnya aku bila dapat balik rumah..Rindu masakan mama..jugak RINDU nak duduk atas RIBAAN mama..Abah hanya tersenyum memandang aku..

Buat member aku yang TERASA dengan keputusan yang aku buat..MOHON FAHAMI aku..Buat Aliya,,Kilah jugak Akak dan yang lain-lain TOLONG JANGAN KAITKAN AKU DENGAN SESIAPA,,atau bertanya kepada sesiapa *TAK RINDU KAT FARAH KE*.

TOLONG FAHAMI AKU....







 
 
 
 
 

Sunday, December 8, 2013

SEMESTER BARU..GOOD LUCK..

Usai solat subuh aku kalut cari beg dan baju..Malas nak packing baju ,,dengan mood..*MALAS NAK BALIK*..Walaupun begitu,,TERUJA nak memulakan sem baru cuma nak tinggal kat kolej tu yang malasnya..Mama pulak sibuk kat dapur sediakan sarapan..Bau yang wangi dan menyelerakan dari dapur membuat perut aku lapar..

Nasi lemak kukus,,dengan berbagai-bagai jenis lauk termasuk puyuh goreng..Menu istimewa di pagi Ahad 24 Nov..

"HAPPY ANNIVERSARY MAMA.."ucap aku sambil mencium pipi mama.."thanks..ingat ye.."jawab mama.."Mesti la ingat..Ulang tahun perkahwinan abah dan mama yang ke 22"..

Terima kasih banyak-banyak buat abah dan mama kerana mereka lah aku dan adik-adik mampu bernafas di dunia ini..menyayangi aku dan adik2,,memberikan kasih sayang tanpa berbelah bagi,,menunaikan apa saja permintaan kami,,menyediakan segala keperluan kami adik beradik..Segala jasa dan pengorbanan abah dan mama tidak ternilai..

Semoga abah dan mama sentiasa di berkati Allah,,di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik..Apapun Along nak abah dan mama tahu Along dan adik2 SAYANG kat Abah dan mama..

Hari ni genap setahun aku study kat UiTM S.I..Hadiah yang paling bermakna sempena anniversary abah dan mama aku yang ke 21 pada tahun lepas yang mana aku telah mengotakan janji aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading..Alhamdulillah...

Aku longgokkan semua baju-baju aku kat ruang tamu dengan segala barang keperluan yang aku beli semalam,, bersepah..lepas tu aku tengok tv..Mama dah bising,,berselerak dan bersepah,,runsing tengok kata mama.. suruh aku packing cepat2.."Mama ni macam nak menghalau je.."kononnya nak buat2 touching le..

Sempat melayan Kak Mira dan Ana di wechat..bila menyembang dengan dia orang memang tak jadi la kerja aku..Akak kata dia RINDU aku..Dah beberapa kali akak cakap benda yang sama..katanya dia rindu dengan gelak tawa aku jugak senyuman aku..Aliya jugak siap mention kat Twitter lagi..Terharu aku..ada jugak orang RINDU kat aku yea..

Sekejap lagi kita jumpa ye..boleh borak panjang2..Terlintas di fikiran macamanalah dengan roomate baru aku..salah sorangnya bernama FARAH..sama nama dengan aku..Macamanalah nanti kalau kawan aku dan kawan dia ketuk pintu dan panggil *FARAH*..dah tentu dua-dua akan menyahut..Gawat gitu..

Hampir pukul 4 petang baru bertolak..MasyaAllah banyaknya barang aku..tak sangka pulak..jenuh nak mengangkat naik tangga nanti dengan beg besarnya dah tu berat pulak..

Terasa cepat pulak sampai..laju ke aku drive?..tadi abah tegur,,time kat selekoh tajam..aku tak kurangkan laju..hohoho..

Menuju ke Blok Cempaka 2 Kolej Indera Mulia,,melalui pejabat pengurusan kolej ramainya orang..Call akak,,ajak pergi daftar sekali..

Bilik aku berdepan dgn bilik akak..Kecil je biliknya,,duduk bertiga,,Locker pulak..MENYEDIHKAN.kecil yang tersangat-sangat..Locker PLKN lebih besar..Serius sedih..tak muat nak letak semua baju-baju aku.Nak buat macamana ni..nak beli almari,,bilik pulak kecil dah takde space.Redha je lah..

Sem baru,,roomate baru,,kelas baru..KELAS BARU?..aku baru buat keputusan tukar kelas..untuk MENGELAKKAN dari GANGGUAN seperti sem-sem yang lepas..

Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar..Buat semua member -member di Fakulti Pengurusan Perniagaan jugak semua member yang mengenali aku..Aku doakan korang semua tabah dalam menimba ilmu pengetahuan..cekal menghadapi segala rintangan dan cabaran..

Moga berjaya mengejar cita-cita dan impian..Buat Bytah jugak..RINDU kamu..Bitah dah LUPA kat aku..sepanjang cuti asyik busy je..tak whatsapp,,tak wechat..tak IM aku..SEDIH..

Buat my big brother Nazim and the gang di Merbuk,,Fazreen dan member2 yang kenal aku di Permatang Pauh,,member aku Syaza di Machang jugak Ijat Ilham..big brother aku yang sorang sibuk memanjang..walaupun satu kampus tapi fac lain-lain so jarang jumpa.Di tambah pulak dia sibuk dengan band nya..Almaklumlah RETIS..GOOD LUCK untuk semua..





Friday, December 6, 2013

AKU SUKA KAU..PERKATAAN YANG MUDAH DI UCAP TAPI SERINGKALI MENYUSAHKAN HIDUP AKU...



Cuti sem aku dah sampai ke penghujung..Parents aku dah beberapa kali menyuruh aku membayar yuran..Terasa malasnya nak ke bank..
 
Tetiba fon berbunyi..Bella..ajak bayar yuran sekali..Alhamdulillah,,ada member..Ingat nk ajak mama temankan aku..Mimpi apa Bella muncul di wechat malam ni..TERKEJUT mak..

Seronok menyembang dengan macam-macam topik termasuk bab KAHWIN..Wow,,budak photo berbicara pasal KAHWIN..Kelas kau Bella..Aku tau le kau tengah BAHAGIA..Untung la BUAH HATI satu kampus..Berkepit ke sana ke mari bersama..AWAK TAK MAMPU...

Sempat aku membahan dia akhirnya aku terkena balik.."Sesibuk-sibuk aku..aku yang text kau,,call kau dan gi kolej kau untuk cari kau..nak harapkan kau,,pakai tak lah!.."Bella menempelak aku..

"Kau ni macam tak kenal aku,,aku tak kan text orang,,call orang sebab memang sifat aku TAK SUKA GANGGU ORANG terutamanya member aku yang sorang ni..sibuk 24 jam.tapi dengan Iwan ada pulak masa"...jawab aku panjang lebar..Memang sikap aku hanya MENUNGGU dan MENANTI text atau call dari nnember2 ..so mohon faham perangai aku yang satu ni ye..

"Kalau jumpa kau je mesti ada Iwan kat sebelah,,nak nyembang dengan kau pun susah..segan aku dengan Iwan tu.."sempat jugak aku meluahkan apa yang aku rasa..Hahahaa,,Bella gelak..Esok kami akan keluar bersama yang pasti kali ni TANPA Iwan..

Terkedu aku bila salah seorang member baik aku beritahu aku BF dia SUKA kat AKU..biar betul.."Ishh,,tak de la cuma PERASAAN kau je mengatakan begitu"..Aku menyangkal dakwaan member aku tu..


Menyentuh bab *SUKA KAU* ..perkataan yang banyak menyusahkan aku..Memang sebelum ni aku buat tak kisah dan langsung tak hairan dengan semua tu..Termasuk perkara yang berlaku setahun yang lepas bila aku dituduh *PUNYA DAYA PENARIK UNTUK TARIK PERHATIAN LELAKI *..tapi bila member baik aku menyentuh perkara yang sama melibatkan BF dia..INI SERIUS..aku kena lebih berhati-hati..


AKU SUKA KAU..perkataan yang selalu ada di IM aku sampai buat aku malas nak buka dan rasa nak DEACTIVE FB je..Sampai kena tegur dgn mama..bukan aku minta semua ni berlaku..HOPEFULLY mama faham..

Semua tu.. ada kalanya buat aku TENSION..Membuatkan aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak..Bak kata Uda MENCABAR betul zaman remaja ni..dia pun kena marah dgn mak dan kakak-kakak dia,,atas sebab yang sama.. orang tak faham apa yang kita rasa,,tak gitu Uda..Sedih..Mama,,please..faham along ye..along tak layan pun SEMUA tu jauh sekali nak BERI HARAPAN kat orang..Biaq pi kat depa lah,,along tak layan punya..

Selepas solat Subuh..termenung seketika..teringat janji dengan Bella..Hujan pulak turun dengan lebat membuat rasa malas nak keluar..tapi kena settlekan yuran hari ni jugak..besok Bella nk balik U,,hantar barang..


Keluar pergi rumah Bella,.ambil dia dn gi bank..usai bayar yuran terus hantar Bella balik rumah dan aku terus balik jugak..

"Cepat balik.."tegur mama aku..Mama ni macam tak tau pulak,,dah keluar dengan Bella cepat le balik..Dia tu kan SETIA orangnya.

Mama tanya bila aku nak keluar dengan Eyfa.."tengok kerajinan le maa,,esok ke"..Mama aku kata aku ni banyak alasannya kalau Eyfa yang ajak aku keluar..Kalau member baik aku ajak keluar laju je..

Sabtu..alamak esok dah nak balik S.I..Aku tengah leka dengan fon mama lalu sebelah aku sambil berkata.."kalau rasa nak makan tengahari ni,,ke dapur masak..kalau tak makan fon kamu tu je..mama banyak kerja hari ni.."

Aku tersenyum memandang mama..letak fon terus berlalu ke dapur..Buka peti sejuk tengok apa yang boleh di masak..Ok menu hari ni..Ayam goreng rempah,,telur masak lemak cili padi,,kerabu selom dan ikan goreng,,sedap..

Abah sibuk hari ni siapkan kerja dengan Sime Darby..mungkin tak balik makan tengahari..Sungai Samak agak jauh jugak.Tapi andaian aku salah..Abah balik dan makan masakan aku..Alhamdulillah abah tak komen apa-apa..that means,,SEDAP..aku tanya mama lulus tak..lulus jawap mama.."DAH BOLEH KAHWINKAN MAA.."sempat mengusik mama..

Cadangannya petang ni nak keluar dengan Eyfa tapi MALAS le pulak..Mama dah berkali-kali menyuruh tapi aku MALAS..

"Jadi ke tak keluar dengan Eyfa?.."untuk kesekian kalinya mama bertanya.."malas le maa.."jawab aku.."Kalau macam tu pergi mandi solat lepas tu siap kita keluar beli apa yang patut,,esok dah nak balik.."Yesss,,shopping..best ni,,salah satu HOBI aku..

Beli segala keperluan termasuk kasut,,baju baru jugak ada..Bak kata mama setiap sem baru mesti beli baju jugak kasut baru..Alaa maa..apasalahnya..Untung jadi aku ni..Alhamdulillah rezeki..

Baju aku sem lepas dah banyak yang ketat..dah tinggal beberapa helai je..Dah bertambah berat badan aku ni..Bab kasut,,kat T.Intan tak de yang cantik..Hari tu cari kat Manjung pun tak de yang berkenan di hati dan nak puaskan HATI ABAH..Abah aku ni susah sikit..bab kasut ni memang selalu je TAK PUASHATI dengan pilihan aku..Mana nak cari kasut kulit yang cantik kat sini..Kat Ipoh ada la..ajak mama pergi..mama tak nak pulak..

Telahan aku memang BETUL dan TEPAT..abah komen kat mama,,kasut yang aku pilih macam kasut lelaki dan kenapa tak pilih kasut kulit..Abah ni tak pernah puashati dengan pilihan aku..

Apa yang pasti baju2 yang aku beli cantik..tapi macam malas je nak balik kolej esok..aku tak packing baju lagi pun..Bella terlebih excited dah siap pergi hantar barang2 kat bilik..

Sebelum aku mengakhiri entry ni..aku nak ingatkan sikit dekat insan yang bergelar lelaki..JANGAN MUDAH MELUAHKAN KATA-KATA SUKA,,SAYANG JUGAK CINTA..kepada perempuan,,jangan mudah menyatakan semua tu jika sekadar hanya main2 dan tidak serius..

Untuk LELAKI yang dah ada GF tu..berlaku JUJUR dan SETIA serta hargai SEBUAH PERHUBUNGAN..Jangan terlalu mudah BERUBAH HATI..

Buat yang dah ada RELAY di FB tu,,jaga relay tu baik2 dan jangan kata relay tu,,FAKE je dan terus MENGAYAT perempuan lain..Dan untuk yang dah ada GF pulak jaga GF tu elok2..Jangan pulak kata *WALAUPUN DIA GF AKU,,KAU TETAP NOMBOR SATU KAT HATI
AKU*..Kesian la kat gf tu..

Sejujur-jujur nya aku TAK PERCAYA dengan LELAKI sebegini..so TOLONG BERHENTI...

Monday, December 2, 2013

KETIDAKPERCAYAAN YANG MENGGUGAT KETENANGAN..

Dah lama tak on wechat..entah kenapa hari ni tergerak hati nak on wechat..MasyaAllah,,biar betul kenapa gambar aku jadi DP wechat kau..dah lah gambar tu teruk alamak malunya aku,,weyh kalau ye RINDU kat aku pun jangan le sampai letak gambar tu..nanti jealous pulak awek kau Fazreen oyt..

Tengok gambar tu teringat kat member-member KAMPUNG PUAKERS..RINDU kat korang..Nazim lepak Manjung..tak datang T.Intan pun..tak aci..

Baca status yang Kak Lia post kat fb buat aku tersenyum sendiri,,aku boleh bayangkan mimik muka Rayyan macamana..Cayalah Rayyan..TERBAIK..

Boringnya tak tau nak buat apa..ke dapur,,buka kabinet..CHOCOLATE CAKE,,tetiba terlintas di fikiran..Sedap jugak buat juadah minum petang ni..Buka kabinet bahagian atas..Semua bahan untuk buat kek ada..

"Buat apa ni sampai berdiri kat atas kabinet ,,dah macam Damia dan Hadi je..nak cari apa?,,kalau Damia dan Hadi cari coklat..korang dua orang ni cari apa pulak..dah besar2 nak memanjat jugak ke?"..Tetiba mama muncul,,terkedu aku dengan Nabila..Bila pulak mama balik..tadi sibuk dengan kerja kat office..

"Nak buat chocolate cake le maa"...jawab aku dan Nabila serentak..Mama diam je..Ok la tu,,cari coklat powder tak de pulak so bubuh milo fuze..Sedap jugak..rupa-rupanya semua bahan-bahan tu ada dalam peti sejuk,,itupun dah malam baru tau selepas mama dapat tau kita orang letak milo fuze..apapun sedap kek tu..

Tengah sibuk basuh pinggan dan kemas dapur selepas makan malam,,fon aku berbunyi..Bella,, member aku tanya aku tentang satu nombor fon..011******* aku tak kenal dan tak pernah ada kawan pakai nombor tu..Orang tu tanyakan nombor telefon aku kat Bella..Aku cakap kat Bella jangan bagi nombor telefon aku kat orang yang aku tak kenal..

Akhirnya dapat tahu siapa orang tu..Aku nak sentuh sikit bab KEPERCAYAAN dalam satu PERHUBUNGAN melibatkan orang yang nak nombor fon aku..Sebelum cuti sem dulu,,sementara nak tunggu paper business mathematics ada gap..kebetulan aku ada photoshoot dengan budak-budak photo,,jadi model untuk projek dia orang,,boleh jugak menghilangkan rasa bosan dan boleh release tension..Seronok jadi model ni tapi memenatkan...

Shoot kat Railway Station Ipoh..hihi,,kena hon dengan keretapi,,malunya..(jangan jealous Aliya)..Letih dan penat..tapi berbaloi..Aku ni kan suka mencabar diri untuk buat sesuatu yang baru..sementelah ada peluang jadi MODEL..kononnya lah..

Selepas shoot aku ada berdebat dengan mamat yang nak nombor telefon aku tu,,suara aku agak meninggi..Memang panas betul hati aku bila melibatkan KETIDAKPERCAYAAN dan tuduhan dia yang melibatkan aku,,Uda,,Ana dan Bella.

Memang aku dan member-member aku ni rapat tapi kita orang bukan jenis suka merayap dan melepak terutama sekali di waktu malam..Tak pernah sekalipun kita orang keluar malam-malam..Tapi mamat ni tak percaya apa yang aku cakap dan kata aku back up member..Actually GF dia..member baik aku..

Memang GERAM GILA aku..nasib baik lah kau tu bukan bf aku,,KALAU TAK,,memang SELAMAT kau aku kerjakan...
Tak boleh ke simpan sikit rasa PERCAYA kat gf kau tu..kalau sayang dia,,terima dia seadanya..terima kawan-kawan dia..susahlah macam ni..Sedangkan gf kau tu SETIA dengan kau sampai sanggup tak keluar dengan member-member..

Sedikit nasihat dari aku buat mamat tu..KEJUJURAN,,KEPERCAYAAN,,KESETIAAN itu penting dalam sesuatu hubungan.Tapi,,TOLONG jangan terlalu meragui gf kau tu BOLEH tak,,janganlah sampai nak keluar berjumpa dengan kawan-kawan pun tak boleh..Kesian dan simpati sikit dengan DIA..Moga korang bahagia..

Perangai mamat ni PELIK sangat sejak kebelakangan ni..Walau apapun aku doakan KORANG berdua bahagia..PERINGATAN dari aku..JAGA member aku tu BAIK-BAIK..Jangan mainkan hati dan perasaan dia serta buang sifat CEMBURU yang ada kalanya langsung tak bertempat tu..




Sunday, December 1, 2013

CABARAN DAN DUGAAN TIKA MENITI USIA REMAJA..

Beberapa hari lagi usia aku bakal menghampiri angka 19..Syukur kepada Allah kerana masih di beri peluang untuk aku bernafas..Sepanjang meniti usia remaja banyak perkara yang berlaku..adakalanya membuat aku hampir2 putus asa..

Dengan bermacam-macam cerita..ragam jugak kerenah manusia,,adakalanya buat aku pening kepala sukar untuk memuaskan hati orang..

"Mama..Along nak kembali ke zaman kanak-kanak boleh?.."mama aku memandang aku dengan riak wajah yang pelik..Dah banyak kali aku cakap begitu..Entah kenapa sering kali terlintas di fikiran aku zaman kanak-kanak lebih seronok dan begitu menggembirakan dari zaman remaja yang aku lalui sekarang..

Member aku,,Uda jugak berfikir perkara yang sama..bestkan zaman kanak-kanak..tak de masalah seperti yang aku alami sekarang..adakalanya mencabar kesabaran aku,,kekadang mama tegur sikap aku..Apa lagi MERAJUK le..terasa macam mama tak faham aku..Mama..Along tak pernah minta semua ini berlaku..dah puas aku mengelak tapi makin aku cuba mengelak makin ianya datang menghampiri..

Uda,,aku alami apa yang kau cerita pada aku hari tu..aku pun kena marah dengan mama aku..kekadang aku tak faham kenapa semua ni terjadi..sampai rasa macam nak deactive fb je..

"Bukakan pintu hati kau tu,,bukan semua lelaki sama..."kata member aku sejak zaman kanak-kanak,,siapa lagi kalau bukan Shafik..Huh,,sibuk je..siap marah-marah aku lagi..Whatsapp aku ni tentu ada sebab mesti gf dah tinggalkan dia..Baru ingat kat aku..Tengah BAHAGIA..hilang,,batang hidung pun tak nampak..Bertanyakan khabar pun tak..

Telahan aku memang tepat..Dia kena tinggal dengan gf dia..Itu lah degil tak nak dengar nasihat orang..Panjang lebar khutbah yang aku bagi kat dia..dia pulak marah aku..Aku tak kisah dan tak heran langsung..Bukan semua aku boleh cerita dengan kau Safik..

Dia nak belanja kek Secret Recipe sempena harijadi aku tapi aku menolak..Sorry aku bukan seperti perempuan lain yang senang dapat keizinan keluar dengan lelaki..dah menjadi sikap aku..Aku takkan keluar berdua dengan lelaki kecuali dengan orang yang betul2 aku kenal dan percaya..

Bukan budget baik tapi ini memang sikap aku..memang kat entry yang lepas aku ada tulis tentang aku keluar dengan lelaki tapi dengan dia tu je lah..itu pun dengan izin parents aku dan aku kenal sangat sikap dan keperibadian dia..dan aku percayakan dia..

Shafik buat cerita sedih dengan aku..katanya hari ni first time dia keluar dan tengok wayang sorang-sorang.."Ada aku kisah"..jawab aku..aku tau dia bengang tak terkira dengan aku..

Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan yang wish harijadi aku di fb,,Twitter,,wechat,,whatsapp jugak yang mesej aku..Buat my big brother,,Nazim..tqsm cos masih ingat kat aku..TERHARU...

Terimakasih buat Uda,,Bella,,Ana dan paling GEMPAK wechat dari Syaza..TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK sis cos berjaya buat aku CUAK,,RISAU,,BIMBANG..Fuhhh,,TERBAIK lah kau sis..

CUAK GILER aku..Syaza,,Syaza..kalau aku ni ada heart attack dah jalan dah aku kau tau tak..Terimakasih jugak buat Kak Aimi..Good luck for your final exam..Moga -moga DL..

CONGRATS untuk member baik aku Aliya cos dapat DL..aku yang ketinggalan sikit untuk menghampiri DL..TERASA RUGInya...KENA USAHA lebih ni..Business Mathematics..please be nice with me..hu hu hu sedih...

Tak sabar nak memulakan sem baru tapi malas nak balik kolej,,bosan,,boring,,tak seronok,,tak best..macamana ye nak mengatasi semua ni..

Walau apapun aku kena tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan demi mengejar cita-cita dan impian..



TERUJA DENGAN AKTIVITI LASAK..

Debaran di hatiku telah berkurangan kerana segalanya telah terjawab sudah..Alhamdulillah aku berjaya..walau terasa sedikit kekesalan di hatiku semuanya gara-gara..BUSINESS MATHEMATICS yang aku tak boleh score seperti sem lepas..tapi aku bersyukur aku lulus dan tak perlu repeat paper..perkara yang paling di takuti oleh setiap student..

Nur Farah Auni Damia dan Muhamad Zulhilmi Hadi..dua orang gangster kecik kt rumah ni dah mula bising..boring nk pergi berjalan..Hari dah malam hujan pulak turun dengan lebatnya..Aku hanya jadi pemerhati..memerhati gelagat dan tingkah laku Hadi dan Damia..

YESSS..Yeay,,berjaya jugak adik-adik aku membodek abah..Akhirnya abah mengalah..Apa lagi menjerit keriangan la adik-adik aku..Abah kata dia banyak kerja yang nak di siapkan..boleh berjalan tapi pergi tempat yang dekat dan ada aktiviti yang menarik..

Terlintas di fikiran aku..dah lama tak buat aktiviti lasak..Aku ni bukanlah pompuan Melayu terakhir yang lemah lembut dan lemah gemalai..Aku ni jenis yang suka aktiviti lasak dan ekstrem..sebab tu lah aku nak sangat pergi PLKN..best,,rugi kalau tak pergi..

Usai solat Subuh,,jemur kain..keluar,,sarapan pagi bersama parents dan adik-adik..Rutin setiap Ahad..Itu pun kalau hujan tak turun..balik masak untuk bekalan..usai memasak hujan turun dengan lebat..

Abah pun tak tau nak ke mana..Akhirnya abah buat keputusan pergi Gopeng..Semua mendiamkan diri..Apa yang aku fikir "Apa yang ada kat sana dan SERONOK tak"..ikut je lah..Hadi tak nak pergi Cameron Highlands..takut banjir katanya..First time adik-adik aku tak nak pergi ke sana,,kalau tak tiap-tiap minggu mengajak pergi ke sananya..

Sampai Gopeng..terus cari chalet,,hujan masih turun dengan lebat..jalan kecil,,banyak lubang,,banyak bonggol dan berliku..hampir-hampir berlanggar dengan kereta dari hadapan di satu selekoh menuju Adeline Resort..Cantik resort ni tapi sayang fon langsung tak boleh berfungsi,,apatah lagi internet..dah macam kat El Azhar Kem Banting..Boring lah macam ni..

Nasib baik resort tu penuh..so kena cari kat lain..tapi aktiviti kat sini memang best dan terbaik,,teruja aku,,ada white water rafting,,ATV,,paint ball,,jungle trackking,,wet abseiling and caving at Gua Kandu..Best giler la..tapi hujan lebat,,so punah harapan aku nak buat semua aktiviti tu..

Dah lama tak berkayak selalunya kat laut..kali terakhir berkayak kat P.Pangkor..Aku teringin sangat nak buat aktiviti ni..*White Water Rafting* kat Sungai Kampar pulak..begitu mengujakan..Abah janji akan datang lagi untuk tunaikan hasrat aku..

Syukur..parents aku tak pernah menghalang minat aku..Tentu seronok kalau Acu dan Maksu join sekali macam kat Pangkor dulu..Abah dengan Acu sampai tak ingat kat kami punya seronoknya dapat berkayak..Itu cabaran
berkayak di laut..di sungai tak pernah aku lalui lagi..

Suasana malam di sini sunyi,,tenang dan sejuk sekali-sekala bunyi cengkerik kedengaran..Begitu damai sekali..tak sabar nak menunggu hari siang..Abah bercadang nak booking untuk satu malam lagi..tapi Nabila nak balik sebab dia tengah SPM..

Adik aku ni tension..sampai membimbangkan parents aku..sebab tu la abah dan mama buat keputusan untuk ke sini..supaya release tension Nabila..Rilex le...tengah SPM tak payah nak tension sangat..Insha Allah..ala result trial dulu pun not bad..banyak jugak dapat "A"nya..So...rilex le..

Kedengaran bunyi ayam berkokok dan burung2 berkicauan..aku buka mata..macam tak nak buka je mata ni,,tarik selimut hingga menutup kepala dengan niat nak sambung tidur balik..Tiba2 bahu aku di sentuh..mama kejutkan aku untuk solat subuh..Malasnya aku nak bangun..

Sejuk..lebih kurang kat Desa Anthurium..huhuhu..rindunya nak ke sana..Abah,,along cuti Mid term nanti kita ke sana ye..boleh di pertimbangkan tak begitu abah..Abah hanya mendiamkan diri..Satu petanda yang baik..

Yahooo..mandi sungai,,dah lama jugak tak buat aktiviti ni..di bahagian tengah,,arus agak deras..Arus Sungai Kampar yang terkenal dengan aktiviti berkayak..Aku tak de member nak buat aktiviti ni..Member2 aku semuanya tak berani,,nak ajak Uda segan lah pulak..Kalau Uda yang dulu ok la tapi Uda yang sekarang..mungkin dia tak nak kut..Cuma abah dengan mama je yang jadi member aku..

Walau apapun..aktiviti kat sini memang seronok dan mengujakan..Aku tak sangka semua aktiviti ni ada kat sini so tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke El Azhar Kem Banting..tapi kat Banting suasananya berbeza..berhampiran laut,,suasananya tenang,,nyaman tapi agak panas..

Untuk anda yang membaca entry ini dan suka aktiviti lasak boleh cuba kat Gopeng atau kat Banting..ini tempat yang aku dah pergi..memang aku syorkan..Cubalah..best,,aku ni jenis suka mencabar diri untuk buat sesuatu yang baru..Jom join aku tapi pastikan anda seorang yang lasak dan berani..jugak Gangster macam aku baru boleh buat semua ni..