Wednesday, September 25, 2013

CUBA MENJADI CONTOH YANG BAIK BUAT ADIK-ADIK..

Hati aku risau..semalam acu call,,katanya opah sakit dan masuk wad kat Hospital Manjung..hari ni kami bergegas ke Manjung untuk melawat opah..sedih tengok keadaan opah..Riak muka menahan sakit..tak ada senyuman dan usikan seperti selalu hanya kerutan wajah menahan sakit..Kesian opah..

Perut aku terasa lapar sangat dari pagi tidak di isi..semuanya kerana nak berkejar ke hospital..hari ni Ahad 1September 2013,,opah aku masuk ward 7 hospital Seri Manjung kemudian di pindahkan ke wad pembedahan..

Semua orang sibuk menguruskan opah sampai tak sempat nak makan..baru nak turun untuk pergi makan doktor datang bertanyakan HISTORY penyakit opah aku pada mama..lama betul dan panjang karangan yang di tulis siap dengan drawing sekali..aku duduk memerhati,,doktor tu pulak dah serba tak kena siap buat mimik muka lagi..Haishh doktor pun macam aku jugak ke..suka buat mimik muka dah tu asyik tersenyum-senyum..mama dan abah perasan doktor tu dah serba tak kena so mama dan abah suruh aku keluar pergi jaga Qhalif anak Acu aku tapi aku malas nak lalu di depan katil sebelah sebab ada mamat budget macho..adik aku Nabila dah menunjukkan reaksi kurang senangnya..

Usai urusan kat hospital bertolak balik ke Seri Iskandar..Mudah2an opah aku cepat sembuh..Hari Jumaat nanti Along akan datang jaga opah,,janji aku pada opah..Sebagai cucu sulung aku perlu tunjukkan contoh yang baik pada adik-adik aku jugak adik-adik sepupu aku..

Alhamdulillah opah selamat menjalani pembedahan..seperti yang dijanjikan aku naik bas dari S.Iskandar ke Manjung pada hari Jumaat 6 September 2013..Sampai pukul 11.30 pagi..acu dah siap menunggu aku..aku naik ke ward dulu sementara acu parking kereta..

Masuk ward semua mata memandang aku..malunya..rupanya aku tersalah masuk
ward,,itu ward opah aku sebelum operation..sekarang opah aku bertukar ward lain..call mama tanya mama kat mana,,bertembung dgn acu yang baru naik..apalagi aku kena bahan dengan acu..huhu malu..Mama ajak keluar makan..lapar katanya makanan kat kantin hospital tak sedap..makan kat Restoran Asam Pedas,,tak berapa sedap tapi di sebabkan lapar..makan jugak tapi pecalnya sedap..

Petang..mama balik T.I dan kini giliran aku pulak jaga opah..Opah dah sihat sikit jika di bandingkan dengan keadaannya pada hari Ahad lepas..dah boleh bersembang..dan dah tak sakit cuma luka pembedahan yang agak besar..

Malam..aku temankan opah,,teringat beberapa tahun lepas aku,,Nabila dan sepupu aku Ain pernah temankan tok di Hospital Sg Petani..tengah ralit dengan fon sambil mengoyangkan kaki..ternampak bayang orang,,lantas dia menjenguk..mak aik doktor Rashid..malunya aku..nasib baik aku tak tidur lagi kalau tak malunya..

Aku tersedar dari tidur..lebih kurang pukul 4 pagi..macam ada orang je kat depan aku..dengan mata yang tak berapa boleh nak buka,,alamak doktor ni lagi..apa la yang dia nak..tak kan nak balas dendam pasal aku tengok dia buat karangan panjang lebar hari Ahad lepas,,Doktor Rashid.,tulisan dan drawing anda cantik..hihihi..

Sarapan dgn opah,,makan tengahari,,minum petang dan makan malam bersama opah sepanjang 2hari aku jaga dia memang kenangan indah..berbual sambil makan..

Hargailah dan hormati insan-insan yang kita sayang sementara kita masih punya ruang jugak peluang ianya berkemungkinan tidak akan berulang kembali...dan akan terbit kesal yang tidak berkesudahan..

Apapun aku bersyukur di beri peluang menemani opah ketika dia memerlukan perhatian walaupun di tika aku sibuk dgn kuiz,,test,,presentation dan di kala aku bakal menghadapi final exam..Mudah2an segalanya di permudahkan..

Terimakasih buat Acu yang beri aku pakai kereta dia sepanjang aku jaga opah..satu pengalaman baru walaupun aku bosan duduk kat wad tetiba sorang doktor minta aku teman dia rawat pesakit..hihi..

Monday, September 2, 2013

KENAKAN ORANG..

Fon aku berbunyi.. terlintas di fikiran aku..mama kut bertanya khabar..Eh!Eh! silap orang..En Sofian rupanya..tersenyum lebar aku pagi ni bila membaca text dia..Dia beritau yang dia breakfast kat kedai Pak ****..Yess,,tetiba terlintas nak buat jahat sikit..sementelah Pian tanya aku nak kirim apa..Peluang baik untuk kenakan orang pepagi Isnin ni..haishh bukan selalu dapat peluang begini..Pian pulak beri kerjasama yang baik..memang menjadi le plan jahat aku..

Aku text anak Pak **** tapi tak berbalas,,hmm bengang dengan aku le tu..aku call dia..menjerit dia marah aku bising mulutnya,,boleh di katanya "poyo le ko..sama dengan boyfriend ko tu ,, POYO..korang dua-dua poyo.." haha..mengamuk sakan dia..panjang lebar bebelannya..Mak cik oyt apa yang aku buat ko marah sangat ni??..hihi..aku just hantar wakil untuk jumpa kau je,,itu pun salah ke??..Katanya pulak." aku nak jumpa ko,,bukan boyfriend ko le Farah!!.." BF aku,,sape???? katanya orang yang jadi wakil aku tu la..kikiki,,apa-apa je lah makcik ooii..Marah nampak..

Rasanya tak salah aku wakilkan dia untuk jumpa kau sebab aku tak sempat nak pergi jumpa kau..Jangan la marah bukan kau tak kenal dia..Aikk ..marah bukan main makcik ni dengan aku dan Pian..KENAPA?? JEALOUS ke makcik??? dok selalu sangat perli aku,,kenakan aku depan parents kau dan tak kira tempat..asal nampak muka aku je tanyakan Pian..hari ni dia datang kedai kau kenapa nak marah pulak..mohon penjelasan yea makcik..Sejujur-jujurnya..

Kenapa aku kenakan kau pagi-pagi ni ?? Ni yang aku nak cerita ni tapi aku rasa kau dah lupa atau buat -buat lupa..apa yang kau cakap kat aku tentang Pian,,time tu kat tepi jalan dan kau perli dan sindir aku..aku masih ingat dan masih terngiang-ngiang kat telinga aku..tapi kan aku dah dengar cerita dari Pian..dan ceritanya BERBEZA DAN TAK SAMA dengan versi cerita kau..Apa ni??.

Okey la makcik..aku tak kisah..Aku kenal kau dan aku kenal Pian sejak sekolah menengah ..Dia yang aku kenal..seorang yang BAIK,,TAK PERNAH MARAH..Sejujurnya aku nak cerita kat kau.. Muhammad Sofian Shaimi yang aku kenal BETUL-BETUL BAIK..apa pun yang aku buat kat dia dan seteruk mana pun aku buat dia,,dia TAK PERNAH MARAH,,hanya tersenyum dan berkata "Aku suka tengok kau marah!!"..dan tak pernah memaksa seperti mana yang kau cerita kat orang..

 Selalunya apa yang di perkatakannya betul,,dia tidak menipu jugak membohong..aku hairan kenapa kau berpandangan berbeza..aku bukan nak memuji dia tapi itulah realitinya..aku tak tau la pulak macamana dia dengan orang lain..tapi dengan aku dia jadi diri dia sendiri tak cover-cover..lagi satu dia seorang yang bertolak ansur dan sering mengalah serta memahami..

Makcik ni masih tak puashati dengan aku,,dia whatsapp aku pulak..makan dalam ayat-ayatnya..huh bengang gila dia dengan aku..agaknya kalau aku ada dekat dia mau di hempuknya aku..HAIRAN..itulah perkataan yang ada di minda aku..Kenapa tanya kat aku macam-macam soalan??..aikk,,macam ada rahsia yang takut terbongkar je makcik??..alaa dah lah tu..tak payah nak cover sangat..lagi pun aku dah tau..

Tahniah lah dapat bf yang bekerja kerajaan..untung la..makan nasi minyak jangan lupa kat aku..Pian ada beritau aku yang dia teringin nak tengok bf baru kau tu..bila free boleh lah kita lepak sama-sama ye..kenalkan lah kat kami ni bf baru kau tu..jangan la nak rahsia sangat makcik ooiii..Tapi makcik ni bagi macam--macam alasan..kononnya kita orang pun berahsia jadi dia kena berahsia jugak..Mak aikk,,kita orang takde rahsia apa pun,,hari tu keluar siap bawa kau sekali..

Pagi Khamis 29 Ogos..Pian text aku tapi aku off fon,,ada kuiz tadi..sorry yea.. dia beritahu yang dia sarapan kat kedai makcik tu..terlepas la pulak nak buat jahat hari ni..kiranya makcik tu terselamat dari kena kerja dengan aku hari ni..kalau tak best jugak boleh kenakan dia untuk kali kedua..Lepas ni tak de peluang dah..Pian pun dah nak balik Shah Alam..Hmm sem baru dah nak mula..jangan nak berjimba sangat yea..fokus pada study..

Entah kenapa aku RINDU sangat kat orang-orang kat rumah..NAK BALIK..aku nekad nak balik hari ni..esok ponteng kelas..call mama beritau..mama tak bagi aku ponteng tapi aku nak jugak..sampai rumah pukul 4 petang..terus ke dapur mencari makanan..

Petang ni aku ambil Damia balik dari kelas fardhu ain sengaja aku lalu kat depan kedai makcik tu,,tayang muka..dia call aku entah nombor sape di gunanya..huk aloh tak puas hati lagi la tu..tak pe esok aku nak pi cari dia..mama minta aku temankan dia pergi pasar esok sebelum tu boleh le jumpa makcik tu..

Usai solat subuh hantar Nabila dan Damia ke sekolah..lepas tu pergi beli nasi lemak kat SMK Raja tapi orang tu tak berniaga..Nak tak nak berpatah balik pergi kedai MAK CIK tu..hari ni aku nak tengok apa permainannya..Aku berhentikan kereta betul-betul kat depan kedai dia..melangkah masuk kedai terus ke dapur..tegur dan salam mak dia..Mak dia menyapa aku "Ada kamu balik.." lantas aku menjawab "ada makcik,,Farah balik semalam.."Si MINAH ni boleh gi cakap kat maknya.."ada le mak.. dia balik nak jumpa kekasih ****nya si Pian tu hah"..

Wooii cantik sikit,,jangan main sedap mulut je nak berkata-kata pepagi buta ni..nak balas dendam nampak,,malu le aku dengan mak kau,,hoi minah agak-agak lah..dah rumah aku kat sini so aku balik sini lah..apa kaitannya dengan orang lain..

Nanti kau,,nak kena dengan aku lagi minah ni..Sempat jugak aku korek rahsia tentang bf barunya..boleh gak nanti bergosip dengan Pian..Tapi macam kureng percaya sikit selepas aku tau kebenaran cerita di sebalik segala cerita  yang telah aku dengar selama ni..Aku jadi RAGU-RAGU..

Sibuk mengemas rumah jugak membantu didapur,,adik aku Nabila jugak sibuk..malam text member-member sekolah jemput dia orang datang ke rumah esok..termasuk Ipien..amboi dah ada awek masih bertanyakan adik aku,,Ipien suka kat adik aku,,haha..kemain bersweet-sweetnya handphone aku jadi mangsa..tak pe lah Ipien kalau dah jodoh tu tak kemana..

Terima kasih untuk semua member-member yang sudi datang terutama sekali member baik yang dah lama aku tak jumpa..Syaza..aku tak sangka Syaza akan datang..Rindunya aku kat dia..Syaza beri hadiah kat kami berempat..sebelum balik hari tu Bella ada datang lepak dorm aku..hilang la rindu aku kat dia..Cuma Ana dan Uda je....Rindunya..harap-harap cuti sem ni dapat berkumpul berlima..jom gi lepak mana-mana nak??..banyak cerita yang aku nak share dengan korang..

Makcik yang dah terkena dengan aku tu tak datang pun..kenapa tak datang rumah aku?? takut ke,,tak nak jumpa Pian..alamak dia tu tak makan orang la..rileks..Perangai dia makin pelik dan menjadi tanda tanya..Aku tau Pian berkata benar..Aku menanti dan menunggu episod yang seterusnya..

Peringatan untuk diri aku sendiri jugak teman-teman dalam apa jua situasi dan keadaan kita harus jujur dan jangan sesekali mengambil kesempatan di atas kebaikan orang lain dan jangan pandang rendah pada orang..Jangan menilai seseorang dari segi luarannya sahaja..dan jangan mereka cerita untuk menutup kelemahan dan kekurangan diri kita..