Saturday, June 28, 2014

SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK 1435 H

Telah berlalu hari demi hari, minggu demi minggu, dan bulan. Sedar atau tidak, kita telah memasuki bulan yang penuh kebaikan, keberkatan, dan rahmat. Ramadhan datang lagi.  Alhamdulillah kita masih dapat bertemu dengannya. 

Dah nak puasa dah kawan-kawan. Lagi sehari je lagi. Bercakap pasal puasa ni mesti ramai yang excited nak puasa kan? Almaklum la ramadhan ni hanya setahun sekali. Belum tentu juga kita dapat menyambutnya untuk tahun yang akan datang kerana ajal dan maut hanya ditangan Allah. 

Oleh itu, manfaatkan la peluang yang ada dengan sebaik mungkin. Bulan Ramadhan merupakan bulan yang mulia dan paling dinantikan oleh umat Islam bagi mempertingkatkan lagi amal ibadat mereka. Semoga Ramadahan kali ini dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Semakin meningkat usia kita, maka semakin dalamlah pengertian Ramadhan hendaknya. Selamat menyempurnakan puasa dan tingkatkanlah ibadah di bulan yang mulia ini. Amin.

Akan ada juga yang bakal merindui bulan ramadhan ini bila dekat-dekat nak raya sebab suasana bulan puasa takkan sama dengan suasana dengan hari-hari biasa. Kalau boleh sampai ada yang nak puasa lebih dari 1 bulan. Bulan ni juga la banyak benda yang kita boleh buat dan banyak juga pahala jika kita melakukannya. 

So, kat sini saya nak terangkan maksud puasa. 

Puasa bermaksud menahan diri daripada makan dan minum serta segala perbuatan yang boleh membatalkan puasa, mulai dari terbit fajar sehinggalah terbenam matahari.

Selain itu, umat islam juga digalakkan menahan diri daripada menipu, mengeluarkan kata-kata kesat, tak elok , yang melalaikan atau sia-sia, serta bertengkar atau bergaduh. 

Hal ini adalah kerana dibulan ini juga kita dapat melatih diri dalam memupuk kesabaran yang tinggi dalam pelbagai masalah, kejujuran yang tinggi serta bertolak ansur sesama sendiri.
Secara tidak langsung dengan mengamalkan sikap-sikap ini dapat memberi sikap yang positif dalam diri seseorang. 

Anak Pak Jabit dah jadi zombi
Datang hantu Kak Limah semua lari 
Bulan Ramadhan tinggal sehari lagi
Salah dan silap mohon diampuni
Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak 1435 H