Wednesday, January 29, 2014

TQVM KERANA SUDI MEMBANTU...

Malam ni sambung buat assignment sambil WhatsApp dengan Pian..Esok nak balik S.Iskandar..Malasnya nak balik..Entah kenapa malam ni aku mengantuk sangat..Akhirnya aku tertidur..Sorry Pian tak balas WhatsApp..

Usai solat subuh,,online memang menjadi rutin wajib..Lepas tu masuk dapur..Membantu apa yang patut..Mama ajak temankan dia bawa opah gi klinik tapi sebelah petang,,pagi sibuk ada banyak kerja..

Pergi Klinik,,dari klinik doktor rujuk ke jabatan kecemasan HTI..Sampai kat depan pintu kecemasan aku dan mama keluar dari kereta,,buka bonet dan angkat wheel chair opah..Entah macamana dok melekat dan susah nak keluarkan dari bonet..

Aku dah tersenyum,,tetiba muncul sorang lelaki siap dengan steteskop kat bahu,,tegur mama,,ramah bukan main lagi macam dah lama kenal..Mama terkejut,,entah dari mana munculnya..Opah jugak terkejut,,aku pulak lebih lagi terkejutnya terus diam tak bersuara..

Dia pimpin tangan opah sambil minta i.c and then cakap dengan mama,,"akak nak parking pergi la,,anak akak ada.."Sambil tersenyum memandang aku,,aik..biar betul..Mama cakap kat orang tu.."biar dia pergi parking.."aku dengan lajunya berjalan menghala ke kereta..

Apapun tqvm sebab membantu dan memudahkan urusan pendaftaran..Cuma aku kurang selesa dengan senyumannya dan asyik memerhati aku,,dah banyak kali datang sini tapi inilah kali pertama dan tetiba ada orang yang membantu dan terlebih ramah pulak tu..

Mama dan opah dok mengusik aku..Lama jugak menunggu dari pukul 5 petang sampai pukul 8 malam baru selesai..Sampai aku malas nak balik S.I malam ni so skip klas le esok..Kali pertama skip kelas untuk sem ni..

Usai semua,,mamat tu tegur mama..Bersembang dengan mama matanya asyik memandang aku..Aku diam,,hanya memerhati..Peramah betul,,riuh bersembang dengan mama..

Dalam perjalananan balik mama dok cakap dia pelik dari mana budak tu muncul tetiba ada kat sebelah..Sampai kat rumah cerita dengan abah,,abah kata "dia nak mengorat kamu le Along.."heee,,tak kuasa nak layan..

Aku cakap dengan abah esok nak balik petang tak nak balik pagi...Phone aku asyik berbunyi je malam ni..Ramai jugak yang caring dengan aku termasuk roomate aku Farah..Bertanya kenapa tak balik kolej lagi..

Balik hari Isnin dan hari Khamis balik rumah pulak cos aku memang tak ada kelas hari Jumaat..Pian dok bising dengan aku,,asyik balik je..suruh aku rasa Student life..Aku cakap kat dia S.I bukannya ada apa..boring katanya pergi le jalan-jalan..Aku tak de member nak berjalan..Bila di ajak dia orang kata tak ada duit..

Dia tu lain le ada ramai member dan boleh berjalan ke mana saja..Aku tak ada member yang suka berjalan..Kecuali dengan parents aku..

Member aku Uda accident,,macamanalah keadaan dia..Kalau tengok motornya agak teruk jugak..Sabar la Uda ye..Ehemm,,sidia mesti risaukan..

Seperti biasa lepas maghrib setiap hari Khamis aku pasti ada kat rumah...Hari ni sampai cepat sikit..Lepas makan malam online,,MAKCIK WhatsApp aku nk tumpang pergi kenduri Ana nanti..Aku cakap kat dia Ana nak aku tidur kat rumah dia..so aku tak pasti lagi..Tengok la macam mana nanti..

Fon aku berbunyi lagi,,yeah abang sado..sembang punya sembang sampai bab kenduri Ana..Dia ajak pergi beli hadiah..Aku ok je..Dah lama tak dating dengan dia. Biasa la Student..sibuk dengan aktiviti..

Aku cerita dengan Pian tentang MAKCIK tu nak tumpang aku,, pada mulanya Pian seakan-akan menyuruh aku pergi dengan MAKCIK tu..Akhirnya..dia ajak aku pergi berdua dengan dia..Ok,,beres..

Mengantuk punya pasal akhirnya aku tertidur dan tak balas WhatsApp dia..Maaf ye,,mohon mengerti aku ni jenis tidur awal..

Rutin selepas solat subuh di hari persekolahan,,hantar Damia dan Hadi ke sekolah..beli sarapan balik rumah online sambil sarapan..Hari ni rasa nak beli baju tapi malas nak keluar..beli online je lah..Janji dengan akak tu esok aku uruskan urusan pembayaran..

Rupa-rupanya akak tu duduk kat Kg Bahagia..so janji jumpa kat Giant esok tengahari..Kebetulan esok adik2 aku sekolah ganti Chinese New Year..WhatsApp dengan Pian akhirnya aku tertidur entah untuk kali ke berapa...Maafkan saya..

Sejuknya pagi ni rasa macam nak sambung tidur balik tapi kena hantar Damia ke sekolah..Lepas tu ke market dengan mama..Balik rumah ambil Nabila terus ke Giant pulak nak jumpa akak tu..Puas hati dapat beli baju warna merah.

Balik rumah Whats App dengan Pian,,katanya dia baru balik dari kampung..dok kata aku baru bangun tidur..tak pernah aku buat tidur sampai tengahari buta..Aku cakap kat dia aku dah lepas ke mana hala termasuk meredah road block..abah bagi aku peruntukan untuk shopping..Terimakasih abah..banyak jugak ,,nak beli baju dan tudung..

Malam ni nak keluar..Pian ajak gi beli hadiah kat Ana,,aku tanya dia bila nak perginya..Katanya "sekarang",, lepas tu katanya pulak dah maghrib,,malam pulak tapi dia kesian kat aku..Sebenarnya aku nak keluar malam ni..Dah cakap kat abah..Abah suruh keluar esok..Tak nak keluar esok,, nak keluar malam ni juga..

Aku nak beli tudung so nak gi gerbang malam..Aku tanya Pian nak join tak..Menunggu adik aku bersiap punya la lambat..Sempat solat Isya' dulu..Lepas tu bagi tahu Pian..

Hari ni untuk pertama kalinya aku tunggu dia..Selalunya dia yang menunggu aku..Dia bising dengan aku keluar lambat dan tak sempat nak beli hadiah..Alaa minggu depan kan ada..

Malam ni aku beli 2 helai tudung dan sehelai baju..Tak puas hati lagi tapi dah lewat so agenda untuk menambah koleksi baju bersambung minggu depan..

Pian tanya beli apa..Aku cakap kat dia aku beli tudung.."Beli tudung tapi pakai tudung hitam jugak.."katanya...Oppss,,terkena aku,,orang kedua selepas mama bercakap benda yang sama..Alaa hitam senang nak match dengan baju warna apa pun..

Dalam perjalanan balik terserempak abah,,Pian jumpa abah,,salam dan menyembang sekejap dengan abah..Uda text aku beritahu dia dah dapat jawapan Istikharahnya,,Alhamdulillah bakal menyusul Ana..Makin berkurangan la kawan rapat aku..Tak sanggup .

Abah balik,,dan mempertikaikan baju yang aku pakai..Buat malu dia je katanya,,pakai baju lusuh..Baju ni baru le abah warna dia je biru lembut..Malam nampak le warnanya lusuh..

Buka Twitter,,wahh,,ada orang kutuk aku ye..Mau kena ini orang..Pian kata aku wangi,,tak sia-sia aku beli perfume tu..Aku pakai sikit je ok,,bukan sebotol..Wangikan..








Monday, January 27, 2014

SUKAR MELEPASKAN SEORANG SAHABAT..MOGA BAHAGIA..

Happy sangat dapat balik minggu ni,,minggu lepas aku tak balik cos ada aktiviti kolej..Semua gara2 sticker.. Pian kata aku hamba sticker..Dia beri cadangan pada aku jadi pembantu JPK..Insha Allah sem depan akan di usahakan..

Usai kelas balik bilik,,solat dan ambil apa yang patut.Aku buka cadar,,roomate aku tanya,,"nak balik ke??,,untung ler boleh balik.."aku hanya tersenyum..Dah duduk dekat je,,hari Jumaat memang aku tak de kelas,,nk tunggu apa lagi balikkkk...

Hari dah makin gelap bayang bas pun tak nampak..Hangin betul aku petang ni..Nasib baik tengah melayan Uda kat wechat,,Uda kat Shah Alam teman kakak dia tengah final..Katanya "Fara,,aku jumpa Pian dah 2 hari berturut-turut jumpa dia.."

Uda beritahu dia jumpa Pian dengan kawan-kawan..Sempat melambai "hai-hai,,bye-bye" katanya.. sampai kakak dia pelik macamana Uda boleh kenal Student UiTM Shah Alam..Aku cakap kat Uda.."Kenal dan cam lagi Pian dengan kau.."...Uda kata "melampau kalau Pian tak ingat kat aku dan kalau Pian tak ingat kat kau Fara lagi MUSTAHIL,,laki kau kan Fara.."

Ini dah lebih sejak bila dia jadi laki aku..Aku cakap kat Uda,, "Pian tu banyak benda tentang bebudak sekolah kita dia dah lupa,,kekadang aku cerita tentang bebudak sekolah dia terpinga-pinga,,mula bertanya siapa,,kena cerita dengan detail pulak kat dia"..

"Tak baik kau Fara,,mengata LAKI SENDIRI..."Choyyy,,aku kena lagi..dah puas mengusik aku dia menghilangkan diri..Uda kata dia RINDU aku dan hari Sabtu nk dating dengan aku...Yeayyy,,best ni dan katanya lagi banyak benda yang dia nak cerita kat aku..

Aku tak sabar nak mendengarnya..Uda yang tengah dalam di lema..Aku simpati dengan Uda..Tapi tak boleh campur lebih2 kerana ianya melibatkan masa depan..ISTIKHARAH mohon petunjuk dari Allah..Mudah2an jawapan yang terbaik akan di temui..Itu je yang mampu aku cadangkan..

Fikir masak -masak dalam membuat keputusan,,bukan senang memikul tanggungjawab yang berat tambahan masih menjadi pelajar..Kenali hati budi,,sikap jugak tingkah lakunya,,agar tidak menyesal di kemudian hari..

Jika dia yang TERBAIK yang telah di takdirkan buat dirimu,,terimalah dia seadanya,,terima segala kekurangan dan kelemahannya..Tapi dalam situasi sekarang biar ianya berlaku tanpa paksaan..

SUKA dan CINTA tu berbeza dari banyak segi..Ianya tidak boleh di paksa,,biarkan perasaan itu hadir tanpa paksaan..

Uda cakap aku ni banyak RAHSIA dan kena korek kalau tak,,sampai bila pun aku takkan cerita..Aku tak de RAHSIA apa2 lah..

Setelah sejam duduk dalam bas yang kerusinya ala-ala roller coster,,sampai jugak aku kat bus station T.Intan,,Alhamdulillah..abah pun dah sedia menunggu..Salam dan cium tangan abah..tak lupa cium kedua belah pipi abah..Hmm rindu abah..Abah selalu komplen kat mama perangai aku yang satu ni..Dah besar tapi manjanya tak tau nak cakap macamana..

Dah jadi kebiasaan aku dari kecil akan salam cium tangan,,kedua belah pipi,,dahi dan dagu abah jugak mama tak kira kat mana..Aku kisah apa...Kat kolej,,aku selalu merindui ciuman selamat malam dari parents aku..terasa sangat di sayangi..hihi

Nikmatnya dapat makan di rumah,,air tangan mama..Dah jemu dengan masakan kt kolej jugak kat fakulti..Alhamdulillah kenyang..

Tak sabar nak tunggu esok hari nak keluar dengan Uda,,mama suruh pergi rumah Ana,memang teringin nak jenguk Ana ..Hari ni pergi dengan Uda,,memang best lah..

Semalam seharian mengadap assignment hari ni hari untuk BERJIMBA dengan kawan2..Mulanya nak naik motor je,,abah suruh naik kereta..Hantar Nabila kat Bandar Baru,,dia nak mengopi dengan kawan-kawanya kat Tutti Frutti dan Pizza Hut..Orang tengah loaded biarkan..

Aku dengan Uda kat KFC..jauh sikit dari dia org tu..Lepas tu terus pergi rumah Ana..Seronok bersembang tapi Ana agak kurus,,risau dan berdebar-debar katanya..Macamana la aku nanti,,takut pulak memikirkannya..

Sembang punya sembang sampai Uda terlepas bercerita,,Ana terpinga-pinga..Ooo,,rupanya aku sorang je yang tahu duduk perkara tentang DILEMA yang di alami Uda..

Tetiba Ana tanya aku tentang BF,,katanya tentu aku ada bf kat U..Aku cerita perkara sebenar,,aku tak percaya cinta zaman U ni,,lebih kurang cinta monyet zaman sekolah..Tak matang dan kebudak-budakan..

Uda menyampuk,,katanya bukan kat S.Iskandar tapi kat S.Alam..terlopong Ana sambil memandang aku.."Alaa,,kau ni Ana..siapa lagi kalau bukan Pian.."Aku yang baru meneguk air hampir tersembur..Hisshh,,ingat member baik je kalau tak ,,mau aku **** naya Uda hari ni..kena dengan aku..

"Fara,,kau biar betul!!!,,ishh..betul ke ni kau dengan Pian,,dia kat mana sekarang..kat Sarawak yea,,aku tengok dia masukkan gambar kat Sarawak.."aku senyum,,malas nak cakap banyak kalau aku cerita perkara sebenar pun dia orang tetap kata aku berahsia..so senyum je..

"Ko tengok Ana,,Fara dah senyum,,malu le tu.."Uda membuat kesimpulan..Hahahaa,,aku tau,,Uda nak menutup cerita sebenar dia yang dah tetlepas cakap depan Ana tadi..Apa2 jelah asalkan boleh buat kau happy Uda..

Apapun aku berjaya MENGHARUKAN Ana hari ni..Dia tak tahu apa yang kami rasa..Berat hati nak lepaskan..Tapi segalanya telah di tentukan Allah..Terima dengan hati yang terbuka..Moga rumahtangga yang bakal di bina berkekalan serta di rahmati Allah..

Uda ikut aku balik rumah,,menyembang dengan mama.. Uda cerita dengan mama dia temankan kakaknya kat Shah Alam..Tetiba dia cakap kat mama "Saya jumpa Pian Cik,macamana Fara dengan Pian??"..

Haru betul member aku yang sorang ni..Dia betul2 kotakan apa yang dia kata nak KOREK RAHSIA AKU..dengan mama aku pulak tu..Terbaik la..Mama aku senyum dan cakap kat Uda,,"hari tu ada Pian datang.."

"Ye ke Cik,,ada ler jodoh dia orang berdua tu cik.." Hampehh,,nasib baik parents aku kenal Pian kalau tak jenuh aku nak menjawab..

Begitu la sikap kawan-kawan baik aku,,selalu mengambil berat,,selalu ada tika di perlukan..Suka menyakat dan mengusik..Aku dah lali dengan perangai dia orang..Tapi SEDIH..ANAAAAAAA...TAK SANGGUP..

Acu datang rumah,,riuh rendah dengan gelak tawa..Acu ajak pergi Manjung,,cuti Chiness New Year..Bbq kt rumah dia..Macam menarik je..Dah lama tak buat aktiviti tu tapi kenduri Ana aku kena ada..WAJIB kata Ana..

Mama cakap kat Acu,,"tak boleh la,,kawan Along kahwin..kebetulan pulak Along kena jadi pengapit masa kenduri kat sebelah pihak pengantin lelaki..." Acu tersengih memandang aku..Dah boleh di bayangkan apa yang bakal berlaku...

Acu bangun sambil berkata "hmm,,lepas ni,,pengapit pulak jadi pengantin..betul,, orang selalu cakap begitu.."Malunya aku,,abah senyum je..Lepas tu Mak su pulak menambah,,panjang lebar jadinya..Kawan-kawan aku jugak cakap macam tu..Kita tengok je lah nanti..

Apa yang pasti Uda bakal menyusul Ana..hihihi..Aku yang terakhir..Uda marah aku..Dia suruh aku ingat apa yang berlaku kat Ana..OOHHH,,TIDAAAAAKKK..JANGAN..Aku lambat lagi..

Buat Ana,,Mudah2an segala perancangan yang di atur jugak majlis Ana nanti akan berjalan dengan lancar..Jika perlukan pertolongan,,beritahu..aku sedia membantu..Fikur positif ok,,buangkan segala yang nagetif hanya membebankan fikiran..

Sejujurnya sebagai kawan baik aku tumpang gembira tapi ada satu perasaan yang sukar di gambarkan..Syaza sampai buat status..Memang sukar untuk melepaskan seorang kawan baik yang selalu berkongsi masalah,,susah senang bersama..SEDIH SANGAT..Hopefully tak akan ada DRAMA air mata di hari persandingan Ana nanti..Moga bahagia sis..






Wednesday, January 8, 2014

CORETAN PERTAMA 2014..


Coretan pertama aku di tahun 2014,,penghujung tahun ni aku bakal genap 20 tahun..Usia yang makin meningkat..Alhamdulillah masih di beri peluang untuk terus bernafas..

Harapan aku tahun ini bakal menjanjikan sesuatu yang indah..Lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Ingin menjadi insan yang mulia punya akhlak yang menawan,,menjadi kakak yang prihatin,,anak yang soleh dan hamba yang patuh pada suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..Ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan lebih maju dan lebih fokus dalam pelajaran..Azam dan impian sempena Maal Hijrah tempohari..mudah2an ianya akan menjadi kenyataan..

2013..tahun yang banyak memberi pengalaman pahit manis,,namun begitu ianya akan aku jadikan sebagai pengajaran dan pedoman bagi menempuhi hari2 mendatang..Banyak kenangan yang mengusik hati,,adakalanya mencabar kesabaran aku..temasuk gangguan di fakulti sehingga aku buat keputusan bertukar kelas,,gangguan di FB,,sehingga membuatkan aku mengaku..Aku TUNANGGAN ORANG..Malangnya masih tak percaya dan seronok MENGGANGGU aku dengan alasan sekadar nak berkawan.. Aku ni jenis tak melayan orang yang aku tak kenal so jangan kacau aku..

Jugak gangguan dari sorang mamat Poli yang pernah couple dengan Best Friend aku..Bab ni aku nak sentuh sikit..Seandainya kau baca entry ni aku nak MINTA TOLONG sangat-sangat..JANGAN KACAU HIDUP AKU..Cari orang lain bukan aku..Aku TAK SUKA KAU GANGGU AKU..Mohon PENGERTIAN.,

Masih terngiang di telinga aku kata-kata   member baik aku yang sorang lagi,,dia beritahu aku BF dia SUKA aku..dah menjadi sifat aku tak akan MELAYAN BF orang so aku akan jarakkan diri aku dari orang yang berkenaan..Untuk member baik aku tu,,jangan RISAU..aku TAK SUKA dia..


Debaran member baik aku Ana dalam menghitung hari menjadi seorang isteri terkena tempiasnya kat aku cos aku bakal jadi pengapit dia pada 2 Febuari nanti..31 Januari 2014,,Ana bakal bergelar isteri..Tahniah buat anda dan Bakri..

Harapan aku..dapat berjumpa member-member baik aku time kenduri Ana nanti..Syaza pun balik..Masalahnya Bella..sis,,boleh LUANGKAN MASA tak walaupun sekejap..Dah lama tak berkumpul ramai-ramai..

Fon aku jadi mangsa di awal tahun ni..bila group yang tak berhenti mengusik dan menyakat,,membahan termasuk merisik khabar..Syaza,,Shafik,,Yap,,Boom dan yang lain -lain tak kering idea..Sedap kau Syaza membahan aku..Tapi kau dgn ???..jeng jeng jeng..so sweet,,nampaknya bakal menyusul Ana la..Aku sokong sangat dan bersedia untuk menjadi pengapit.Jangan marah hek..

Mid term break dah nak habis,,assignment belum siap..Pening kepala aku..Abah pulak sibuk so tak boleh nak berjalan-jalan..Apa yang telah di rancang terpaksa di tunda..

Mama ajak shopping..yeah,,aku bercadang nak beli jubah..bawa Hadi sekali,,adik bongsu aku dah tadika tahun ni..Excitednya dia masuk  tadika,,langsung tak menangis.Shopping sakan hari ni,,beli barang keperluan untuk di bawa balik ke S.Iskandar dan beli  dua helai jubah..

Assignment tak siap lagi,,aku bercadang nak balik cepat sikit tapi abah banyak kerja so dah malam baru balik..
Pening dengan assignment..buntu di buatnya..Lumrah kehidupan seorang Student..Mudah2an Allah permudahkan segalanya..Moga tahun ni akan lebih cemerlang lagi..

Terima kasih Uda,,atas nasihat anda,,aku terleka sebenarnya..Syukur punya sahabat seperti kamu..RINDU kamu..
Harapan aku,,moga tahun 2014 memberi kenangan terindah buat semua terutamanya,,my big broher Nazim,,Ijat Ilham,,Fazreen,,Aliya..moga bahagia dengan sidia,,Kilah,,roomate ,,classmate jugak Selamat Bertunang buat Akak kesayangan aku..

Buat Sahabat baik aku,,Syaera (Uda),,Syaza,,Bella jugak Ana yang bakal melalui fasa baru dan bakal bergelar PUAN..juga buat yang tengah MENCARI CINTA,,Bomm dan Shafik moga berjaya.
Buat Yap,,seandainya anda SUKA kat SIDIA tu BERTERUS TERANG,,itu yang TERBAIK agar SIDIA tu tak TERLEPAS ke tangan orang lain..Aku rasa korang berdua secocok dan sepadan..

Sedikit renungan..HAKIKAT JODOH....
Apabila dua orang insan telah di takdirkan untuk hidup bersama..telah tertulis siapa menjadi JODOHNYA di Luhful Mahfudz,,maka sejauh mana pun jarak di antara mereka..Sebanyak mana pun rintangan yang menghalang..Sebesar mana pun usaha untuk menghindari satu sama lain..Meskipun mereka tidak pernah berkomunikasi dan tidak pernah bertegur sapa..

PASTI..
Mereka akan tetap BERSATU seakan ada yang MENARIK mereka untuk MENYATUKAN mereka  berdua..Akan ada PERISTIWA  yang membuat  mereka saling mendekatkan diri akhirnya bersatu..