Friday, March 28, 2014

BERUBAH KERANA SEORANG LELAKI YANG AKU SAYANG..


Ustazah, Farah Heliza..  Gelaran baru yang di beri oleh Faiz, Apek and the gang pada aku.. Aku pun tak tahu kenapa gelaran tu di berikan pada aku.. Pada mulanya Faiz dan Wan kata aku sombong..  Pelik betul aku dengan dia orang ni..  Aku dah mengukirkan senyuman kat dia orang pun masih di kata sombong..  Wanie jugak berkata perkara yang sama..  Aduh!, gawat ni..


Suasana di cafe kat fakulti agak bising penuh sesak dengan student, Faiz dan Apek dengan selamba memanggil aku USTAZAH dan FARAH HELIZA..  Malunya aku, sekilas pandang aku memerhati keadaan sekeliling..  Kak Azian menegur aku, Madi dan Mira pulak terteleng sampai berlaga kepala memandang aku..  Apa semua ni?, apa dah jadi?..  Tak faham aku..  Ini semua GARA-GARA Faiz.. Sempat mata aku memerhati ada yang TERUJA melihat kelibat aku di cafe pagi ni..  


Member-menber aku kata aku dah banyak berubah..  Berubah ke arah kebaikan, itu kan bagus..  Seperti yang pernah aku perkatakan di entry yang lepas..  Berubah seiring dengan peningkatan usia..  Bukan setakat kawan-kawan je, tapi lecturer Bel aku pun perasan, Sir kata aku tak macam dulu..  Dulu riuh, sekarang diam.. No comment.. Sir panggil aku Fauziah Gous, siap kaitkan dengan "Dendam Sarakit" lagi.. Tak sangka aku Sir layan drama Melayu..


Faiz pulak makin seronok mengusik aku, tanya aku adakah perubahan aku ni di sebabkan oleh SEORANG LELAKI.. Sibuk je Faiz ni, lepas tu dia cakap dengan aku "ada saya kisah.."  Aku tak suruh pun kau kisah tentang aku ok..


Untuk pengetahuan kau Faiz, perubahan aku kerana seorang LELAKI yang aku SAYANG dan tak ada sesiapapun yang boleh menggantikan tempat dia di hati aku, tanpa dia aku tak kan dapat bernafas di dunia ini dan tidak dapat menikmati keindahan dunia ciptaan Illahi, demi dia aku sanggup berubah..Sebenarnya dia tak tahupun tentang perubahan aku ni.. Pada dia aku seorang yang baik dan cukup baik di matanya tapi sebagai menghargai kasih sayangnya yang tidak berbelah bagi, aku sanggup BERUBAH semuanya kerana DIA, seorang LELAKI yang amat aku SAYANGI..


Ke UiTM PP bersama Aliya, Faiz dan Azhar jugak lecturer Bel, Sir Mohamad Nor ada perkara yang perlu di uruskan di sana, jumpa Fazreen jugak Abdillah..  Aku di panggil USTAZAH oleh Abdillah, haha.. Ingat gelaran tu kat UiTM Perak je rupanya kat UiTM PP pun.. Apa-apa je lah, tetiba jadi riuh bersembang dengan dia orang.. Sementelah dah lama tak jumpa so banyak la ceritanya..


Aikk, ada yang jelous ke?..  tengok aku bersembang dengan Fazreen,Faiz dan Abdillah jugak Sir, nampak macam nak kunyah dan telan straw je.. hahahaaaaa (gelak jahat)..Kalau jealous pun tak payah nak tunjuk sangat lah kan.. Aku anggap dia orang semua kawan je, termasuk la yang dok kunyah straw tu..#mohonterasa.. Aku ni jenis tak suka kacau BF orang... So dah ada awek tu jangan nak MENGGATAL dengan aku, aku tak layan punya, jaga awek kau tu elok-elok..Eh Fazreen, kau perasan tak.. Member kau tu lah.. Dia tu kalau terserempak dgn aku kat mana-mana jadi macam kera kena belacan.. Tak faham aku.. Hari ni pulak dengan mimik muka macam cucuq kodoq basi, Hihihi..



Malam ni temankan Bella cos roomate dia semua balik,aku pun tak sabar nk tunggu minggu depan nak balik.. Dah rasa macam lama tak balik..


Menghitung hari.. Final dah makin hampir, TAKUT.. Mudah2an segalanya berjalan lancar dan di permudahkan.. Amin..
 






Monday, March 17, 2014

PENGALAMAN BARU DI TABIKA KEMAS, TG TUALANG


Menghitung hari detik demi detik.  Cewah, sebenarnya kami tengah menghitung hari untuk minggu last study sebelum cuti study week.  So, tiap-tiap hari la dok kira hari nak balik rumah.  Tak sabar nak balik rumah.  Dan dalam minggu ni kami bukan main sibuk.  Dah macam Perdana Menteri yang dok pulun nak selesaikan masalah negara. Hahaha.. 


Dan minggu terakhir kokurikulum a.k.a koko.  Memandangkan sem lepas aku tak terlibat dengan koko sebab ada sijil PLKN.   Kira beruntung jugak yang masuk PLKN ni.  Orang lain dok kalut siap-siap nak p koko aku dan kawan-kawan yang lain dok rilex je..  Ayat yang selalu keluaq dari mulut kawan -kawan yang kena pi koko, "Untung la tak payah pi koko". Untung la jugakkan..


 Untuk sem ni koko wajib buat kami semua. Paling best  tak perlu berkawad, community service.  Tak perlu memakai uniform so kira untung la.  Tak payah nak pening kepala lepas habis kelas boleh terus pergi koko,,


Untuk community service, setiap kumpulan perlu buat proposal dimana kami di kehendaki membuat satu charity program.  Program tu memakan masa selama lapan jam.  Antara enam kumpulan, hanya satu kumpulan je yang terpilih.  Dalam program ni kami kena pergi ke Tabika Kemas dekat Tg. Tualang. 


 Kami di bahagikan kepada tiga kumpulan kecil.  Untuk kumpulan yang pertama, bahagian lukis mural.  Kumpulan kedua pula, bahagian membersihkan kawasan surau yang berdekatan Tabika Kemas tersebut.  Dan untuk kumpulan ketiga, bahagian LDK.  Antara ketiga-tiga bahagian, aku terpilih menyertai kumpulan LDK bagi aktiviti bersama kanak-kanak kat Tabika tu dari awal program sampai habis.  


Program tu berlangsung pada hari Sabtu, 15 Mac 2014, kiranya itu last la koko untuk sem ni.  Yeayyy!!!  Mula-mula sampai tu, tengok gelagat budak-budak tu excited bukan main lagi.  Riuh satu Tabika tuu.  Elok kami masuk dalam Tabika tu semua pakat dok senyap.  Ada yang terlalu ramah . Ada yang senyap ja tak mau bercakap langsung.  Dan ada juga yang mula-mulanya dok elok ja, tiba-tiba menangis pulak dah.  Takut agaknya.  Hahaha.  Lepas suai kenal dan bermulalah aktiviti yang telah dirancang..


Tarian "Chicken Dance" untuk aktiviti senamrobik.  Mula-mula tu memang tak dapat sambutan pun dari depa.  Masing-masing tak mau menari dan dok keras macam tunggul tu.  Yang kami ni dok fikir cara macam mana nak tarik perhatian dia orang.  Selepas cikgu dia orang join barulah dia orang nak menari.  Haih, time tu rasa kelakar sangat sebab kami semua macam syok sendiri ja.


Lama kelamaan dia orang dah nampak okay sikit dan ada yang mula tunjuk belang.  Haa, game kedua ni memang terlebih sambutan la sebab main musical chair pakat dok berebut kerusi.  Sampai ada yang dok bergaduh la sebab tak dapat nak duduk atas kerusi tu.  Aku tersenyum memandang dia orang semua, comel ja tengok gelagat depa nii.  Dan masa ni aku tertarik dengan sorang budak yang bernama Dania.


Nama dia lebih kurang nama adik aku ja. Adik aku Damia dan budak ni pula Dania, Hahaha.  Dania ini budaknya comel dan berisi sikit.  Gelagat dia tu buat orang suka kat dia.  Menurut cikgunya,  Dania ni kasar orangnya.  Dan memang tak dinafikan la memang begitu.
Sebabnya, waktu musical chair tu dia boleh letak kaki dia atas kerusi, macam ala-ala Gangster.  Lepas tu bila orang mengusik dia sikit, mula la penumbuk dia keluar.  Kahkah.  Comel jaa.




Ni la dia Dania si comel dan Gangster
Aktiviti membawa bola pingpong dalam sudu.  Yang ni best tapi aku tak sempat nak tengok sebabnya dok kalut dengan aktiviti yang lain..  Aktiviti seterusnya, isi air dalam botol.  Haa, yang ni memang ada yang basah.. Budak-budak memang seronok bermain air.. Larang pi la lagu mana pun.  Depa dok buat taktau ja.  Manakala game ketiga ni pulak makan buah epal yang siap digantung. Punya la pulun sungguh nak kan epal tu sampai ada yang terjengkit-jengkit tapi still tak sampai.  Ada juga yang p pegang buah tu.  Sepatutnya, masa dia orang makan tu tangan kat belakang, baru la mencabar sikit.  Ni ada yang tak mengikut arahan.  Hahaha.
Tapi, takpa budak kecik nak tau pa? Biaq pi kat depa la.. 




Gelagat Dania makan epal.  Kena tolong sikit sebab tak berapa nak sampai.

Game kedua akhir pula cari gula-gula dalam tepung.  Tu dia,  macam-macam gelagatnya.  Dok suruh tiup tepung tu depa p makan. Emm, macam-macam la adik-adik ni.  Hahaha.  Yang syok nya masing-masing muka dok penuh tepung.  Game yang last sekali ialah game bawa belon dan pecahkan.  Biasa ja game ni tu pun ada yang tak mau main.  Tak tau pasal apa. Takut dengan belon la kot.  Hahaha, mungkin laa.  




Bawa belon secara berpasangan dan dipecahkan.


Pecah, pecah jangan tak pecah.

Dari program ini  kami dapat pengalaman baru bersama mereka. Dan betul juga cakap cikgu mereka, walaupun telatah dia orang ni kadang-kadang buat kita rasa nak marah.  Tapi, dengan cara ini kita dapat melatih diri kita untuk lebih bersabar.  Yang uniknya dia orang ni juga boleh buat kita tersenyum melebar bila melayan pelbagai telatah dan ragam mereka.  Cuma kita kena pandai tarik perhatian dia orang.  Dan berharap kami di beri peluang lagi untuk menyertai program-program yang melibatkan aktiviti bersama masyarakat.  Berakhir sudah koko untuk sem ini.  Ada rezeki kita jumpa lagi untuk semester depan.  








Student Community Service.  Sehingga kita berjumpa lagi..