Wednesday, February 26, 2014

KENA TERUK..SEMUA GARA-GARA "JODOH"..

                                     

Final semakin menghampiri, terlalu cepat waktu berlalu...  Terasa baru semalam aku mendaftar untuk sem ini..  Tapi hakikatnya dah menghampiri ke penghujung semester..  Makin bertambah sibuk dengan berbagaai-bagai aktiviti.. 

Bella datang tidur kat bilik aku,  macam bermimpi je aku, sejak sama-sama study kat sini, inilah kali pertama Bella datang tidur kat bilik aku..  Happy sangat, share tilam dan bantal. Uda dan Syaza jangan jelous ye..  Ana dia tentu tak jealousnya cos dah ada encik suami di sisi..


Lepas makan malam lepak kat bilik Akak sambil bersembang, bermula dengan kursus kahwin..  Alamak aku terlupa..  Sebenarnya akak bertunang di hari yang sama dengan kenduri Ana..  Akak, Farah minta maaf sebab lupa hari bahagia akak dan Abang Chik.. Insha Allah, kenduri akak nanti Farah akan pergi..  Moga Akak kesayangan aku ni bahagia di samping tunang tersayang..

Akak bercadang nak pergi kursus kahwin tapi dah penuh..  Tiba-tiba Akak bertanya tentang aku..  Dah kenapa pulak akak ni..  Apalagi kalau bukan soal jodoh, pening kepala aku..Kat bilik , roomate bertanya soalan yang sama..  Member dia orang pun mengajukan soalan yang sama.. Termasuk Abang-abang senior..  Abang Afzan siap menitip pesanan kat Aliya, "Liya, kalau Farah berubah hati, Liya call Abang ye.."  Hmm.. perihatinnya senior yang sorang ni..  Nak kenalkan aku dengan kawan baik dia yang tengah ada masalah dengan gf.  Ini mencari PENYAKIT namanya..  Lupakan je niat anda tu wahai senior..

Minggu ni bercadang untuk turut serta dalam aktiviti lasak, malangnya tak ada kawan so terpaksa lupakan hasrat aku tu..  Balik rumah.. Uda ajak keluar tapi akhirnya tak jadi sebab dia pergi sepupunya bertunang..  Lepas ni Uda pulak..  Dah merancang nak beli cincin pertunangan..  Tak sabar nak tunggu cuti sem untuk  mengetahui cerita Uda yang selanjutnya..


Masa untuk study.. prepare untuk kuiz Business.. tetiba fon berbunyi, sahabat-sahabat aku, siapa lagi kalu bukan Ana, Syaza dan Uda..  Nampaknya kami tinggal berempat, lagi sorang asyik sibuk memanjang..  Dengan bf ada je masa..  Hopefully Ana tak macam tu,,ye la orang dah kahwin kan..


Malam ni aku kena teruk dengan dia orang, aku jadi sasaran sehingga hampir menitis airmata..  Kena "BASUH" dengan dia orang cukup-cukup..  Aku hanya mendiamkan diri..  Call mama minta simpati tapi mama menyokong dia orang..  Seriously aku sedih, kenapa semua ni harus terjadi..  Kenapa semua orang berbicara dan bertanya soal JODOH dengan aku..  Ini yang aku tak FAHAM..  

MATI aku kali ni... Apa yang pasti Uda, Ana dan Syaza tak akan berdiam diri..  Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan..  MALU, itu je perkataan yang ada di fikiran aku kini..  Rasa seakan nak pergi jauh dari semua orang..


Wahai sahabatku..Uda, Syaza dan Ana TOLONG lah aku, KASIHANI aku..  Aku tak SANGGUP nak lalui semua ni..  Aku tak nak ada KONFLIK dan SALAH FAHAM nanti..  Biar segalanya di tentukan Allah, Apa pun terima kasih banyak-banyak kerana memahami aku dan menyokong aku..Permintaan anda semua TERLALU BERAT untuk aku PENUHI terutama sekali permintaan Syaza TAK MUNGKIN akan aku turuti..  Biar masa dan keadaan yang menentukan..

Takut memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi.. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Sesungguhnya aku takut dan tak punya kekuatan.. Permintaan dia orang terlalu sukar untuk aku tunaikan..

Minggu ni aku tak balik, nak siapkan assignment..  Uda suruh aku balik, hmm..  Nak KENAKAN aku lagi ke?..  Hari ni nak celebrate birthday Kilah..  Tqsm untuk my big brother Ijat Ilham dan gf dia yang turut serta..  Sem ni dah beberapa kali lepak dengan Ijat, walaupun dia sibuk tapi tetap meluangkan masa, jumpa dan berbual dengan kami.. Mohon JEALOUS En. Nazim jugak Fazreen..  Walaupun dah lama tak jumpa kenangan bersama korang tetap di ingatan.. Cewah, saja nak buat drama sikit nak bagi Fazreen menitiskan ayaq mata..


Tapi Fazreen ada call hari tu, katanya jumpa Ijat Ilham kat UiTM Shah Alam dan dia tau cerita dan kisah yang berlaku..  Alamak dah sampai ke UiTM PP, UiTM Merbuk bila lagi?..  Hahaha..  Biasa lah tu kan..  Tanpa semua tu kita tak kenal perangai dan sikap seseorang..  Buat RILEX sudah..


Tengah bersantai kat bilik sambil menanti masuk waktu isyak, fon berbunyi..  Alamak, apa mimpi minah ni WhatsApp aku malam - malam ni..  Dah lama tak muncul, mesti ada hal ni..  Teringat pulak hari tu Pian ada beritahu aku yang dia pergi makan kat kedai minah ni..Hishh, tak lain tak bukan nak MENYIASAT aku la ni..Akhirnya aku tinggalkan dia begitu je.. Esok ada kelas so, study.. Aku ingat cerita dah berakhir tapi aku silap, bersambung ke episod yang seterusnya dah macam drama Melayu..

Lucu dan nak tergelak bila membaca segalanya.. Luahan ketidakpuasan hati.. Yang menjadi PERSOALANnya di sini.. Bukan aku yang lakukan seperti yang didakwa tapi Pian..

Dan kenapa di luahkan kepada aku, luahkan dekat dia la, kenapa aku yang di jadikan MANGSA.. Aku ke yang BERSALAH sedangkan aku TAK TAHU MENAHU apa-apa..Ini tak adil..Jika betul semua tu berlaku mesti ada sebab.. Tapi aku mohon seandainya ada perasaan tidak puashati, tolong selesaikan secara baik.. Supaya tidak menguris hati sesiapa..



























































































































































Monday, February 17, 2014

BIAR GARANG JANGAN GEDIK..

Usai sudah tanggungjawab yang di amanahkan pada aku. Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar dan gembira sangat sebab berpeluang berkumpul dengan Syaera, Syaza, Bella, jugak yang lain-lain..

Balik dari kenduri Ana, Acu ada kat rumah. Dalam perjalanan balik dari Shah Alam ke Manjung singgah sekejap, mama cerita kat Acu dan Mak Su yang aku jadi pengapit Ana.. Apa lagi kemain dia orang mengusik aku..

Malasnya nak balik S.Iskandar hari ni. Tak nak balik boleh???.. Dah lah aku dengan mood malas nak balik, Pian pulak menyuruh aku balik.. Tak seronok tau tak, duduk kat sana tu.. Lepas solat Maghrib bertolak balik. Uda pulak tak habis2 mengusik aku dengan si Farhan tu. Naik rimas aku..

Jika di lihat dari pandangan mata kawan -kawan yang mengenali Uda (Syairah) memang ada perubahan dari segi penampilan. Alhamdulillah, tapi perangai suka MENGUSIK, MENYAKAT DAN MEMBAHAN tetap sama macam dulu..Memang aku kena teruk dengan dia.. Bab ni memang tak pernah berubah..

Syaza tak terkecuali jadi bahanannya, menurut Uda.. Cinta Syaza cinta zaman sekolah rendah manakala cinta aku pulak cinta zaman sekolah menengah..Memang MEMANDAI,,tentang cinta aku tu ler..Cinta Syaza tu memang tepat sekali..

Untuk pengetahuan kau.. Uda, aku dan Syaza tak mampu untuk mengapai CINTA MUKA BUKU macam kau yang kekal hingga ke hujung nyawa dan bakal menyusul Ana, Bella dengan Iwan jugak CINTA MUKA BUKU cuma Ana pilihan keluarga..

Menanti giliran selepas Ana dan Bakri di antara Uda yang bakal bergelar isteri kepada seorang guru jugak Syaza menjadi seorang isteri kepada ****..Insha Allah jika ada jodoh..Siapa yang mendahului ye.. Excited sebenarnya tak sabar menanti..

Lepas tu Bella dan Iwan, Iwan dari sem lepas dah bercerita dengan aku tentang perancangan dia..

Uda, nampaknya aku tetap orang terakhir ok.. Bermula dengan F (Farhana) dan yang terakhir pun F, aku le orangnya..Saja nak perangat Uda kasi dia bengang sikit..

Buat semua sahabat baik aku tika di sekolah jugak di UiTM, tolong la jangan dok jadi match maker sangat. Pening kepala aku ni. Aku ni perempuan kena jaga maruah dan harga diri..

Uda dengan orang pilihannya untuk aku, Bella dan Iwan jugak nak kenalkan aku dengan pilihan dia orang, Syaza dengan orang lain.. Itu cerita kawan-kawan sekolah..

Kat kampus lain pulak ceritanya, Aliya ni satu hal.. Lepas sorang, sorang.. Ada je ceritanya..Sakit kepala aku.. Sis..sudah-sudah le tu.. Aliya dok membahan aku dengan senior pulak.. Abang Afzan sorang lagi tak habis2.MengANJING aku je kerjanya.. Semua gara2 Aliya..

Pada asalnya Abang Afzan nak membahan Abang Fathi gara2 berbaju melayu dan berkain pelikat serta berkopiah time photo shoot.. Semuanya kerana nak kejar masa selepas solat Jumaat.. Tiba2 Aliya cakap yang aku suka tengok lelaki berpakaian begitu.. Apalagi aku jadi bahanan.

Tak menjadi satu kesalahankan kalau kita suka tengok lelaki pakai baju melayu, berkain pelikat dan bersongkok atau kopiah tak gitu Abang Afzan??..Apapun kagum dengan Abang Fathi yang berbaju melayu, kain pelikat dan berkopiah sepanjang photo shoot dari petang hingga ke malam.. Tak ramai yang mampu buat begitu di zaman serba canggih ni termasuk Abang Afzan kan??.


Tapi pelik, kenapa dia tak tukar baju hek??..Ini semua gara2 Aliya dan Abang Afzan la..Abang Afzan ni senior aku.. Aku kenal dia sebab terlibat dengan photo shoot..Begitu jugak member dia Abang Fathi , dia orang ni dah ada gf..Dah bercadang untuk berkahwin pun..Hihi..


Dia orang ni matang dan profesional tapi bab MEMBAHAN aku, memang tip top.. Huhu, sedih.. Tapi kenapa asyik aku je yang kena?? Ini tidak adil.. Mungkin kerana Aliya dah ada bf dan member yang sorang lagi ni pun dah ada tunang tapi mengcover dan tak mengaku tapi abang2 senior ni tahu, so aku la jadi sasaran.. Aliya memandai beritahu aku single kononnya.

Aku tak puashati betul petang ni , dengan member yang ikut kami, kalau nak mengedik jangan buat kat depan mata aku.. Jadi profesional ok. Respect sikit dia orang tu senior..

Aku ni tak suka dengan pompuan GEDIK MENGADA,, bila ada lelaki je suara pun bertukar, alamak berbulunya aku.. Kalau nak tarik perhatian senior pun jadi diri sendiri itu lebih baik.. Tengok aku siap jadi GANGSTER lagi.. Abang-abang senior kata aku GARANG.. Biar GARANG jangan GEDIK..

Kenapa tetiba masuk bab ni, hanya aku dan Aliya yang tahu sebabnya tapi aku rasa dua orang senior yang aku mention nama kat atas tu pun tau cerita di sebalik apa yang berlaku..GERAM dan MEMALUKAN..Aku dan Aliya hanya mampu bersabar..Buat malu je..

Terlibat dengan photo shoot memang letih so untuk yang nak mencuba tu fikir habis-habis, tapi aku nak ingatkan tak perlu nak mengedik untuk tarik perhatian lelaki..Euwww, menggelikan..

Buat macam aku ni haa, jenuh abang-abang senior memujuk, aku buat tak tau je.. Sorry le abang2 ye, hari ni Farah tak de mood jadi model tapi jadi photographer, yeay .. Hasil usaha aku dapat pujian dari senior photo.. Jangan ingat budak OM tak boleh buat semua tu. Hihihi..









Sunday, February 9, 2014

PENGAPIT PENGANTIN YANG COMEL..

                                                     

Tak sabar nak balik rumah sebab minggu ni kawan baik aku akan menjadi raja sehari.  Khamis 31 Januari 2013.  Ana bakal menikah..Aku balik naik bas pukul 2 petang.  Syaza jugak balik dari Machang jugak Uda dari K.Kangsar cuma Bella.  hmm SIBUK katanya.  Agak TERKILAN dan HAMPA.  Itulah perasaan yang kami rasai.  Mudah-mudahan Bella ada di hari persandingan Ana nanti.  Seriously, benar-benar MENGHARAP.


Malam pernikahan Ana berjalan dengan lancar.  Syaza datang ambil aku kemudian ke rumah Uda.  Aku asyik kena tekan oleh Uda sampai aku UGUT dia, "kaki kau yang accident tu belum baik lagi kang tak pasal-pasal ada yang PATAH pulak." takut dia dengan ugutan aku.


Ana minta kami tidur di rumah dia malam esok tapi aku, macam berat hati je sebab takut menganggu, maklum lah keluarga dan sanak saudara Ana ramai yang berkumpul.  Nampaknya Uda pun sependapat dengan aku.


Keluar pergi beli hadiah untuk Ana.  Pada mulanya aku nak beli apa yang telah di bincang dengan Pian tapi bila benda tu ada kat depan mata nampak kecil sangat so aku tukar hadiah lain yang lebih besar.  Nampak menarik jugak.  benda yang jarang orang bagi untuk hadiah perkahwinan tapi ianya berguna untuk kegunaan seharian.  Sebenarnya, pada malam aku keluar dengan Pian, dia ada cadangkan beli pisau pemotong sayur sebagai hadiah untuk ana.  Katanya senang digunakan masa bergaduh nanti.  Hahaha.  Sebenarnya dia cuma bergurau je.  Akhirnya, dia suggest beli heater untuk ana.


Mulanya aku nak pergi beli sekali dengan Pian tapi memandangkan dia sibuk dan esok pula dah kenduri so aku beli je.  Kemudian WhatsApp dia, nampaknya ok tak de bantahan tapi dah buat cerita pulak pasal esok.  Macam-macamlah.  Kebetulan pulak esok aku bakal jadi pengapit.  Sepatutnya aku hanya jadi pengapit di sebelah pihak lelaki tapi Ana minta aku jadi pengapit untuk kenduri di rumah dia jugak.  Pening aku jadinya tak pasal-pasal aku jadi "bidan terjun".  Aku dok fikir macamana kalau Pian ada, mesti dia kena duduk sorang-sorang tapi Syaza dan Uda ada..alaa,,dia orang tu kan member gaduh dia, boleh menyembang dengan dia orang.


Pagi ni aku betul-betul berdebar mengalahkan pengantin,,walaupun sekadar jadi pengapit tapi pengalaman pertama aku..Betul -betul buat aku cuak..Sebelum keluar rumah WhatsApp Pian,,pergi ambil Uda..Dalam perjalanan ke rumah Ana berselisih dengan Pian yang baru balik dari kampung dengan riak muka yang keletihan..


Turun kereta pakcik Rela tegur aku dan tegur hadiah yang aku bawa besar katanya.. Segan pulak aku.. Tengah dok sibuk dengan persiapan kat bilik pengantin Pian call tanya rumah Ana kat mana.. Lepas tu dia WhatsApp beritahu dia dah sampai,,Aku keluar cari dia ..Tetiba,,pengantin lelaki sampai..Alamak macamana ni..Kesian dia..aku lupa pesan kat Syaza dan Uda,,suruh temankan dia..Sorry ye Pian..Tetiba kena jadi pengapit..


Hari ni happy sangat semua kawan-kawan aku ada,, Bella datang.. tak dapat di gambarkan macamana  GEMBIRANYA kami semua,,sampai pusing satu T.Intan untuk cari ABC..Tapi aku GERAM SANGAT-SANGAT dengan Uda yang asyik kenakan aku dengan abang Ana si Farhan tu..tak habis-habis..Kang perasan budak tu susah..Jangan nak tambah aku punya masalah boleh tak??.. Cukup-cukuplah..Dah cukup PENING KEPALA aku ni.. Tak sanggup dah..


Dah lah time berkumpul ramai-ramai dengan member-member sekolah,, Uda buat hal pergi mention pasal UiTM Shah Alam,,aku TERKENA lagi.. tapi  nasib baik Syaza dan yang lain -lain tak perasan sebab Hafiz pun study kat sana.. Ramai yang minta nak bergambar dengan aku hari ni..Ramai jugak yang puji pengapit pengantin hari ni comel termasuk Pian..Thank you,,susah nak dapat pujian dari Abang Sado yang sorang ni..


Sempat lepak Mastan Ghani semua gara-gara nak cari ABC tapi tak de..jumpa Bomm,,Uda yang nampak dulu..boleh dia menjerit kat aku..Haha,,Bomm terpegun tengok aku hari ni..Actually Bomm ni member GADUH aku sejak zaman kanak-kanak lagi..


Esok sehari lagi aku akan jadi pengapit.. Cuaknya sebab esok aku keseorangan sebab member-member aku yang lain kesemuanya dah balik tinggal aku terkontang kanting sorang- sorang,huhu sedih..Uda bukannya nak simpati dengan aku lagi teruk mengusik aku..katanya si Farhan ada untuk teman aku..Agak-agak ler,, tak de penyakit jangan cari penyakit.. Nanti aku jugak yang SUSAH..


Awal-awal pagi Uda dah whatsapp aku apalagi kalau tak mengusik,, Pian jugak sama.. dah lah aku tengah cuak.. Tukar cover photo fb ,, GERAM betul dengan statement Amir macam hape jer,,jangan nak memalukan aku boleh tak??..aku bukan PEMBAWA TULUNG RUSUK kamu jangan PERASAN,, aku geram sangat..Baru nak meroyan Ustaz dah komen..Ya Allah malunya aku..Ada jugak orang macam ni.. Aku langsung tak hormat orang macam ni.. Agak-agak kalau nak komen tu.. Jangan sampai nampak KEBODOHAN sendiri dan jangan MEMALUKAN aku..



                                                                     Aku dan Ana




                                  My Bestie,,Syairah,, Bella,, Aku,, Syaza Bersama Ana dan Bakri











                                                                 Pengapit dan Pengantin














Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,, tugas aku sebagai pengapit selesai tapi satu pengajaran yang aku perolehi.. Betapa sukar dan beratnya seorang lelaki bergelar BAPA nak melepaskan anak perempuannya ke tangan seorang lelaki bergelar SUAMI kepada anak perempuannya,,walaupun suami kepada anak perempuannya itu pilihannya sendiri,, seperti apa yang berlaku pada bapa Ana hari ni..Pak cik Jaafar menitiskan air mata ketika hendak balik..Macamana lah abah aku nanti..Aku cuba membayangkan tambahan aku ni anak sulung kesayangan abah..
















Monday, February 3, 2014

SELAMAT PENGANTIN BARU BUAT ANA DAN BAKRI..




Detik-detik yang dinantikan telah tiba iaitu salah seorang sahabat baik aku selamat diijab kabul bersama pasangan pilihan hatinya pada hari khamis 30 Januari 2014.  Secara jujur nya aku dan sahabat yang lain sebak untuk melepaskan dia.  Almaklumlah selepas sekolah kita orang dah jarang jumpa dan masing-masing sibuk.. Tiba-tiba Ana dah nak kahwin ini membuatkan kami berasa sebak.  Tapi apakan daya jodohnya dah sampai



Bila di ingatkan balik, kami berlima rapat sejak tingkatan tiga lagi.. Setiap aktiviti di buat bersama termasuk ketika ponteng sekolah ..Segala masalah yang kami hadapi akan dikongsi dan cuba mencari jalan penyelesaian bersama.  Dan mereka juga  yang selalu ada waktu susah dan senang..  Jalani persahabatan kami terjalin bukan kerana harta tetapi kami berkawan atas dasar kejujuran







                                                               Kawan-Kawan Sekolah..                                    




                                       
                       

Kegembiraan Terpancar Di Wajah Ana..



                                                    Aku, Ana ,Syaira (Uda) dan Syaza.          

                       



                                                                   Ana dan Bakri                                  
                                                   

.



                                             


                               
                                                           












                                                                   
                                                         
                                     








                                                           aku, bella, syaza dan ira
                                                                       



Kami berkawan rapat sehingga ke tingkatan lima.  Aku, Ana dan Bella duduk di kelas Akaun.  Syaza dan Syairah pula di kelas Sains.  Walaupun kami terpisah tapi tak bermakna kami tak boleh bersama.  Time rehat atau pun ada je masa terluang kami akan lepak sekali. Dan kami berlima merupakan pengawas pusat sumber.  Ianya membuatkan hubungan kami bertambah rapat. Banyak kenangan bersama di pusat sumber.. Bertengkar dan bertekak dengan Ketua Pengawas tak puashati dengan dia..Antara memori yang masih terpahat di ingatan..

Dah 3 tahun kami meninggalkan alam persekolahan tapi segalanya masih kekal di ingatan dan tak mungkin akan di lupakan..Rindunya dengan zaman persekolahan..Terasa ingin kembali ke alam persekolahan..

Hakikatnya semua itu hanya tinggal kenangan, segalanya tak akan mungkin berulang kembali..

Usia yang menghampiri angka 20 pada tahun ni,, membuatkan kami makin matang dan mula memikirkan hala tuju kehidupan dari pelbagai sudut termasuk soal jodoh..

Masa sekolah dulu Ana selalu cakap yang dia akan menjadi orang terakhir berkahwin diantara kami berlima..Hakikatnya kini dia menjadi orang pertama..Begitulah jodoh..Kita hanya mampu merancang Allah yang menentukan..

Mungkin aku yang terakhir kut,,memandangkan semua yang lain dah punya calon..Lepas ni mungkin Uda yang dah ada calon menanti hanya menunggu jawapan dari Uda, Syaza jugak dgn MR Y,,Bella dengan Iwan..Aku???..heee..ada ke orang nak kat aku ni, almaklumlah GANGSTER dah tu KEREMPENG pulak tu.


Mudah-mudahan aku di jodohkan dengan seorang yang memahami aku,, jujur,, setia, menghormati kedua ibubapa aku, boleh terima segala kekurangan dan kelemahan aku serta boleh terima aku seadanya diri aku..

Seringkali aku ditegur Uda jugak Ana setiap kali aku kata, aku jadi orang terakhir di antara kami berlima yang akan berkahwin..Betullah. AKU YANG TERAKHIR..Dah kenapa nak marah..

Perkahwinan diantara Ana dan Bakri atas pilihan keluarga ,dia orang tak bercinta..Lebih tepat lagi,,bercinta selepas nikah..Mudah-mudahan ikatan suci ini kekal hingga Jannah..

Berat hati nak melepaskan seorang sahabat baik yang selalu ada tika susah dan senang juga di kala ketawa dan menangis..

Lepas ni makin sukar untuk kami bertemu dan nak keluar sekali..Huaaa,,sedihnya bila mengenangkan semua tu..

Akan tiba giliran Uda pulak selepas ni, makin sedih la aku..Kalau tak Uda peneman aku untuk keluar setiap cuti sem..Tapi apakan daya, segalanya telah ditentukanNYA..Terima dengan redha..Moga kalian bahagia di samping sidia tersayang..Jangan lupa doakan aku.

Sejujurnya aku gembira cos kawan -kawan baik aku dah bertemu dengan pilihan hati masing-masing..

Buat Ana dan Bakri, Selamat Pengantin Baru, moga tabah menempuhi segala cabaran yang mendatang ..

Tak sabar nak menunggu giliran Uda, aku sedia jadi pengapit kau Uda dan CA..hihi..Nampaknya Ana dan Uda di jodohkan dengan lelaki yang matang. Syaza dan Bella sebaya..Apapun moga kalian bahagia..