Wednesday, February 26, 2014

KENA TERUK..SEMUA GARA-GARA "JODOH"..

                                     

Final semakin menghampiri, terlalu cepat waktu berlalu...  Terasa baru semalam aku mendaftar untuk sem ini..  Tapi hakikatnya dah menghampiri ke penghujung semester..  Makin bertambah sibuk dengan berbagaai-bagai aktiviti.. 

Bella datang tidur kat bilik aku,  macam bermimpi je aku, sejak sama-sama study kat sini, inilah kali pertama Bella datang tidur kat bilik aku..  Happy sangat, share tilam dan bantal. Uda dan Syaza jangan jelous ye..  Ana dia tentu tak jealousnya cos dah ada encik suami di sisi..


Lepas makan malam lepak kat bilik Akak sambil bersembang, bermula dengan kursus kahwin..  Alamak aku terlupa..  Sebenarnya akak bertunang di hari yang sama dengan kenduri Ana..  Akak, Farah minta maaf sebab lupa hari bahagia akak dan Abang Chik.. Insha Allah, kenduri akak nanti Farah akan pergi..  Moga Akak kesayangan aku ni bahagia di samping tunang tersayang..

Akak bercadang nak pergi kursus kahwin tapi dah penuh..  Tiba-tiba Akak bertanya tentang aku..  Dah kenapa pulak akak ni..  Apalagi kalau bukan soal jodoh, pening kepala aku..Kat bilik , roomate bertanya soalan yang sama..  Member dia orang pun mengajukan soalan yang sama.. Termasuk Abang-abang senior..  Abang Afzan siap menitip pesanan kat Aliya, "Liya, kalau Farah berubah hati, Liya call Abang ye.."  Hmm.. perihatinnya senior yang sorang ni..  Nak kenalkan aku dengan kawan baik dia yang tengah ada masalah dengan gf.  Ini mencari PENYAKIT namanya..  Lupakan je niat anda tu wahai senior..

Minggu ni bercadang untuk turut serta dalam aktiviti lasak, malangnya tak ada kawan so terpaksa lupakan hasrat aku tu..  Balik rumah.. Uda ajak keluar tapi akhirnya tak jadi sebab dia pergi sepupunya bertunang..  Lepas ni Uda pulak..  Dah merancang nak beli cincin pertunangan..  Tak sabar nak tunggu cuti sem untuk  mengetahui cerita Uda yang selanjutnya..


Masa untuk study.. prepare untuk kuiz Business.. tetiba fon berbunyi, sahabat-sahabat aku, siapa lagi kalu bukan Ana, Syaza dan Uda..  Nampaknya kami tinggal berempat, lagi sorang asyik sibuk memanjang..  Dengan bf ada je masa..  Hopefully Ana tak macam tu,,ye la orang dah kahwin kan..


Malam ni aku kena teruk dengan dia orang, aku jadi sasaran sehingga hampir menitis airmata..  Kena "BASUH" dengan dia orang cukup-cukup..  Aku hanya mendiamkan diri..  Call mama minta simpati tapi mama menyokong dia orang..  Seriously aku sedih, kenapa semua ni harus terjadi..  Kenapa semua orang berbicara dan bertanya soal JODOH dengan aku..  Ini yang aku tak FAHAM..  

MATI aku kali ni... Apa yang pasti Uda, Ana dan Syaza tak akan berdiam diri..  Ya Allah, apa yang perlu aku lakukan..  MALU, itu je perkataan yang ada di fikiran aku kini..  Rasa seakan nak pergi jauh dari semua orang..


Wahai sahabatku..Uda, Syaza dan Ana TOLONG lah aku, KASIHANI aku..  Aku tak SANGGUP nak lalui semua ni..  Aku tak nak ada KONFLIK dan SALAH FAHAM nanti..  Biar segalanya di tentukan Allah, Apa pun terima kasih banyak-banyak kerana memahami aku dan menyokong aku..Permintaan anda semua TERLALU BERAT untuk aku PENUHI terutama sekali permintaan Syaza TAK MUNGKIN akan aku turuti..  Biar masa dan keadaan yang menentukan..

Takut memikirkan segala kemungkinan yang bakal terjadi.. Ya Allah berikan aku kekuatan.. Sesungguhnya aku takut dan tak punya kekuatan.. Permintaan dia orang terlalu sukar untuk aku tunaikan..

Minggu ni aku tak balik, nak siapkan assignment..  Uda suruh aku balik, hmm..  Nak KENAKAN aku lagi ke?..  Hari ni nak celebrate birthday Kilah..  Tqsm untuk my big brother Ijat Ilham dan gf dia yang turut serta..  Sem ni dah beberapa kali lepak dengan Ijat, walaupun dia sibuk tapi tetap meluangkan masa, jumpa dan berbual dengan kami.. Mohon JEALOUS En. Nazim jugak Fazreen..  Walaupun dah lama tak jumpa kenangan bersama korang tetap di ingatan.. Cewah, saja nak buat drama sikit nak bagi Fazreen menitiskan ayaq mata..


Tapi Fazreen ada call hari tu, katanya jumpa Ijat Ilham kat UiTM Shah Alam dan dia tau cerita dan kisah yang berlaku..  Alamak dah sampai ke UiTM PP, UiTM Merbuk bila lagi?..  Hahaha..  Biasa lah tu kan..  Tanpa semua tu kita tak kenal perangai dan sikap seseorang..  Buat RILEX sudah..


Tengah bersantai kat bilik sambil menanti masuk waktu isyak, fon berbunyi..  Alamak, apa mimpi minah ni WhatsApp aku malam - malam ni..  Dah lama tak muncul, mesti ada hal ni..  Teringat pulak hari tu Pian ada beritahu aku yang dia pergi makan kat kedai minah ni..Hishh, tak lain tak bukan nak MENYIASAT aku la ni..Akhirnya aku tinggalkan dia begitu je.. Esok ada kelas so, study.. Aku ingat cerita dah berakhir tapi aku silap, bersambung ke episod yang seterusnya dah macam drama Melayu..

Lucu dan nak tergelak bila membaca segalanya.. Luahan ketidakpuasan hati.. Yang menjadi PERSOALANnya di sini.. Bukan aku yang lakukan seperti yang didakwa tapi Pian..

Dan kenapa di luahkan kepada aku, luahkan dekat dia la, kenapa aku yang di jadikan MANGSA.. Aku ke yang BERSALAH sedangkan aku TAK TAHU MENAHU apa-apa..Ini tak adil..Jika betul semua tu berlaku mesti ada sebab.. Tapi aku mohon seandainya ada perasaan tidak puashati, tolong selesaikan secara baik.. Supaya tidak menguris hati sesiapa..



























































































































































No comments:

Post a Comment