Sunday, February 9, 2014

PENGAPIT PENGANTIN YANG COMEL..

                                                     

Tak sabar nak balik rumah sebab minggu ni kawan baik aku akan menjadi raja sehari.  Khamis 31 Januari 2013.  Ana bakal menikah..Aku balik naik bas pukul 2 petang.  Syaza jugak balik dari Machang jugak Uda dari K.Kangsar cuma Bella.  hmm SIBUK katanya.  Agak TERKILAN dan HAMPA.  Itulah perasaan yang kami rasai.  Mudah-mudahan Bella ada di hari persandingan Ana nanti.  Seriously, benar-benar MENGHARAP.


Malam pernikahan Ana berjalan dengan lancar.  Syaza datang ambil aku kemudian ke rumah Uda.  Aku asyik kena tekan oleh Uda sampai aku UGUT dia, "kaki kau yang accident tu belum baik lagi kang tak pasal-pasal ada yang PATAH pulak." takut dia dengan ugutan aku.


Ana minta kami tidur di rumah dia malam esok tapi aku, macam berat hati je sebab takut menganggu, maklum lah keluarga dan sanak saudara Ana ramai yang berkumpul.  Nampaknya Uda pun sependapat dengan aku.


Keluar pergi beli hadiah untuk Ana.  Pada mulanya aku nak beli apa yang telah di bincang dengan Pian tapi bila benda tu ada kat depan mata nampak kecil sangat so aku tukar hadiah lain yang lebih besar.  Nampak menarik jugak.  benda yang jarang orang bagi untuk hadiah perkahwinan tapi ianya berguna untuk kegunaan seharian.  Sebenarnya, pada malam aku keluar dengan Pian, dia ada cadangkan beli pisau pemotong sayur sebagai hadiah untuk ana.  Katanya senang digunakan masa bergaduh nanti.  Hahaha.  Sebenarnya dia cuma bergurau je.  Akhirnya, dia suggest beli heater untuk ana.


Mulanya aku nak pergi beli sekali dengan Pian tapi memandangkan dia sibuk dan esok pula dah kenduri so aku beli je.  Kemudian WhatsApp dia, nampaknya ok tak de bantahan tapi dah buat cerita pulak pasal esok.  Macam-macamlah.  Kebetulan pulak esok aku bakal jadi pengapit.  Sepatutnya aku hanya jadi pengapit di sebelah pihak lelaki tapi Ana minta aku jadi pengapit untuk kenduri di rumah dia jugak.  Pening aku jadinya tak pasal-pasal aku jadi "bidan terjun".  Aku dok fikir macamana kalau Pian ada, mesti dia kena duduk sorang-sorang tapi Syaza dan Uda ada..alaa,,dia orang tu kan member gaduh dia, boleh menyembang dengan dia orang.


Pagi ni aku betul-betul berdebar mengalahkan pengantin,,walaupun sekadar jadi pengapit tapi pengalaman pertama aku..Betul -betul buat aku cuak..Sebelum keluar rumah WhatsApp Pian,,pergi ambil Uda..Dalam perjalanan ke rumah Ana berselisih dengan Pian yang baru balik dari kampung dengan riak muka yang keletihan..


Turun kereta pakcik Rela tegur aku dan tegur hadiah yang aku bawa besar katanya.. Segan pulak aku.. Tengah dok sibuk dengan persiapan kat bilik pengantin Pian call tanya rumah Ana kat mana.. Lepas tu dia WhatsApp beritahu dia dah sampai,,Aku keluar cari dia ..Tetiba,,pengantin lelaki sampai..Alamak macamana ni..Kesian dia..aku lupa pesan kat Syaza dan Uda,,suruh temankan dia..Sorry ye Pian..Tetiba kena jadi pengapit..


Hari ni happy sangat semua kawan-kawan aku ada,, Bella datang.. tak dapat di gambarkan macamana  GEMBIRANYA kami semua,,sampai pusing satu T.Intan untuk cari ABC..Tapi aku GERAM SANGAT-SANGAT dengan Uda yang asyik kenakan aku dengan abang Ana si Farhan tu..tak habis-habis..Kang perasan budak tu susah..Jangan nak tambah aku punya masalah boleh tak??.. Cukup-cukuplah..Dah cukup PENING KEPALA aku ni.. Tak sanggup dah..


Dah lah time berkumpul ramai-ramai dengan member-member sekolah,, Uda buat hal pergi mention pasal UiTM Shah Alam,,aku TERKENA lagi.. tapi  nasib baik Syaza dan yang lain -lain tak perasan sebab Hafiz pun study kat sana.. Ramai yang minta nak bergambar dengan aku hari ni..Ramai jugak yang puji pengapit pengantin hari ni comel termasuk Pian..Thank you,,susah nak dapat pujian dari Abang Sado yang sorang ni..


Sempat lepak Mastan Ghani semua gara-gara nak cari ABC tapi tak de..jumpa Bomm,,Uda yang nampak dulu..boleh dia menjerit kat aku..Haha,,Bomm terpegun tengok aku hari ni..Actually Bomm ni member GADUH aku sejak zaman kanak-kanak lagi..


Esok sehari lagi aku akan jadi pengapit.. Cuaknya sebab esok aku keseorangan sebab member-member aku yang lain kesemuanya dah balik tinggal aku terkontang kanting sorang- sorang,huhu sedih..Uda bukannya nak simpati dengan aku lagi teruk mengusik aku..katanya si Farhan ada untuk teman aku..Agak-agak ler,, tak de penyakit jangan cari penyakit.. Nanti aku jugak yang SUSAH..


Awal-awal pagi Uda dah whatsapp aku apalagi kalau tak mengusik,, Pian jugak sama.. dah lah aku tengah cuak.. Tukar cover photo fb ,, GERAM betul dengan statement Amir macam hape jer,,jangan nak memalukan aku boleh tak??..aku bukan PEMBAWA TULUNG RUSUK kamu jangan PERASAN,, aku geram sangat..Baru nak meroyan Ustaz dah komen..Ya Allah malunya aku..Ada jugak orang macam ni.. Aku langsung tak hormat orang macam ni.. Agak-agak kalau nak komen tu.. Jangan sampai nampak KEBODOHAN sendiri dan jangan MEMALUKAN aku..



                                                                     Aku dan Ana




                                  My Bestie,,Syairah,, Bella,, Aku,, Syaza Bersama Ana dan Bakri











                                                                 Pengapit dan Pengantin














Alhamdulillah segalanya berjalan dengan lancar,, tugas aku sebagai pengapit selesai tapi satu pengajaran yang aku perolehi.. Betapa sukar dan beratnya seorang lelaki bergelar BAPA nak melepaskan anak perempuannya ke tangan seorang lelaki bergelar SUAMI kepada anak perempuannya,,walaupun suami kepada anak perempuannya itu pilihannya sendiri,, seperti apa yang berlaku pada bapa Ana hari ni..Pak cik Jaafar menitiskan air mata ketika hendak balik..Macamana lah abah aku nanti..Aku cuba membayangkan tambahan aku ni anak sulung kesayangan abah..
















No comments:

Post a Comment