Wednesday, January 8, 2014

CORETAN PERTAMA 2014..


Coretan pertama aku di tahun 2014,,penghujung tahun ni aku bakal genap 20 tahun..Usia yang makin meningkat..Alhamdulillah masih di beri peluang untuk terus bernafas..

Harapan aku tahun ini bakal menjanjikan sesuatu yang indah..Lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya..Ingin menjadi insan yang mulia punya akhlak yang menawan,,menjadi kakak yang prihatin,,anak yang soleh dan hamba yang patuh pada suruhanNYA dan meninggalkan segala laranganNYA..Ingin menjadi insan yang lebih baik dari sebelumnya dan lebih maju dan lebih fokus dalam pelajaran..Azam dan impian sempena Maal Hijrah tempohari..mudah2an ianya akan menjadi kenyataan..

2013..tahun yang banyak memberi pengalaman pahit manis,,namun begitu ianya akan aku jadikan sebagai pengajaran dan pedoman bagi menempuhi hari2 mendatang..Banyak kenangan yang mengusik hati,,adakalanya mencabar kesabaran aku..temasuk gangguan di fakulti sehingga aku buat keputusan bertukar kelas,,gangguan di FB,,sehingga membuatkan aku mengaku..Aku TUNANGGAN ORANG..Malangnya masih tak percaya dan seronok MENGGANGGU aku dengan alasan sekadar nak berkawan.. Aku ni jenis tak melayan orang yang aku tak kenal so jangan kacau aku..

Jugak gangguan dari sorang mamat Poli yang pernah couple dengan Best Friend aku..Bab ni aku nak sentuh sikit..Seandainya kau baca entry ni aku nak MINTA TOLONG sangat-sangat..JANGAN KACAU HIDUP AKU..Cari orang lain bukan aku..Aku TAK SUKA KAU GANGGU AKU..Mohon PENGERTIAN.,

Masih terngiang di telinga aku kata-kata   member baik aku yang sorang lagi,,dia beritahu aku BF dia SUKA aku..dah menjadi sifat aku tak akan MELAYAN BF orang so aku akan jarakkan diri aku dari orang yang berkenaan..Untuk member baik aku tu,,jangan RISAU..aku TAK SUKA dia..


Debaran member baik aku Ana dalam menghitung hari menjadi seorang isteri terkena tempiasnya kat aku cos aku bakal jadi pengapit dia pada 2 Febuari nanti..31 Januari 2014,,Ana bakal bergelar isteri..Tahniah buat anda dan Bakri..

Harapan aku..dapat berjumpa member-member baik aku time kenduri Ana nanti..Syaza pun balik..Masalahnya Bella..sis,,boleh LUANGKAN MASA tak walaupun sekejap..Dah lama tak berkumpul ramai-ramai..

Fon aku jadi mangsa di awal tahun ni..bila group yang tak berhenti mengusik dan menyakat,,membahan termasuk merisik khabar..Syaza,,Shafik,,Yap,,Boom dan yang lain -lain tak kering idea..Sedap kau Syaza membahan aku..Tapi kau dgn ???..jeng jeng jeng..so sweet,,nampaknya bakal menyusul Ana la..Aku sokong sangat dan bersedia untuk menjadi pengapit.Jangan marah hek..

Mid term break dah nak habis,,assignment belum siap..Pening kepala aku..Abah pulak sibuk so tak boleh nak berjalan-jalan..Apa yang telah di rancang terpaksa di tunda..

Mama ajak shopping..yeah,,aku bercadang nak beli jubah..bawa Hadi sekali,,adik bongsu aku dah tadika tahun ni..Excitednya dia masuk  tadika,,langsung tak menangis.Shopping sakan hari ni,,beli barang keperluan untuk di bawa balik ke S.Iskandar dan beli  dua helai jubah..

Assignment tak siap lagi,,aku bercadang nak balik cepat sikit tapi abah banyak kerja so dah malam baru balik..
Pening dengan assignment..buntu di buatnya..Lumrah kehidupan seorang Student..Mudah2an Allah permudahkan segalanya..Moga tahun ni akan lebih cemerlang lagi..

Terima kasih Uda,,atas nasihat anda,,aku terleka sebenarnya..Syukur punya sahabat seperti kamu..RINDU kamu..
Harapan aku,,moga tahun 2014 memberi kenangan terindah buat semua terutamanya,,my big broher Nazim,,Ijat Ilham,,Fazreen,,Aliya..moga bahagia dengan sidia,,Kilah,,roomate ,,classmate jugak Selamat Bertunang buat Akak kesayangan aku..

Buat Sahabat baik aku,,Syaera (Uda),,Syaza,,Bella jugak Ana yang bakal melalui fasa baru dan bakal bergelar PUAN..juga buat yang tengah MENCARI CINTA,,Bomm dan Shafik moga berjaya.
Buat Yap,,seandainya anda SUKA kat SIDIA tu BERTERUS TERANG,,itu yang TERBAIK agar SIDIA tu tak TERLEPAS ke tangan orang lain..Aku rasa korang berdua secocok dan sepadan..

Sedikit renungan..HAKIKAT JODOH....
Apabila dua orang insan telah di takdirkan untuk hidup bersama..telah tertulis siapa menjadi JODOHNYA di Luhful Mahfudz,,maka sejauh mana pun jarak di antara mereka..Sebanyak mana pun rintangan yang menghalang..Sebesar mana pun usaha untuk menghindari satu sama lain..Meskipun mereka tidak pernah berkomunikasi dan tidak pernah bertegur sapa..

PASTI..
Mereka akan tetap BERSATU seakan ada yang MENARIK mereka untuk MENYATUKAN mereka  berdua..Akan ada PERISTIWA  yang membuat  mereka saling mendekatkan diri akhirnya bersatu..




No comments:

Post a Comment