Sunday, December 1, 2013

TERUJA DENGAN AKTIVITI LASAK..

Debaran di hatiku telah berkurangan kerana segalanya telah terjawab sudah..Alhamdulillah aku berjaya..walau terasa sedikit kekesalan di hatiku semuanya gara-gara..BUSINESS MATHEMATICS yang aku tak boleh score seperti sem lepas..tapi aku bersyukur aku lulus dan tak perlu repeat paper..perkara yang paling di takuti oleh setiap student..

Nur Farah Auni Damia dan Muhamad Zulhilmi Hadi..dua orang gangster kecik kt rumah ni dah mula bising..boring nk pergi berjalan..Hari dah malam hujan pulak turun dengan lebatnya..Aku hanya jadi pemerhati..memerhati gelagat dan tingkah laku Hadi dan Damia..

YESSS..Yeay,,berjaya jugak adik-adik aku membodek abah..Akhirnya abah mengalah..Apa lagi menjerit keriangan la adik-adik aku..Abah kata dia banyak kerja yang nak di siapkan..boleh berjalan tapi pergi tempat yang dekat dan ada aktiviti yang menarik..

Terlintas di fikiran aku..dah lama tak buat aktiviti lasak..Aku ni bukanlah pompuan Melayu terakhir yang lemah lembut dan lemah gemalai..Aku ni jenis yang suka aktiviti lasak dan ekstrem..sebab tu lah aku nak sangat pergi PLKN..best,,rugi kalau tak pergi..

Usai solat Subuh,,jemur kain..keluar,,sarapan pagi bersama parents dan adik-adik..Rutin setiap Ahad..Itu pun kalau hujan tak turun..balik masak untuk bekalan..usai memasak hujan turun dengan lebat..

Abah pun tak tau nak ke mana..Akhirnya abah buat keputusan pergi Gopeng..Semua mendiamkan diri..Apa yang aku fikir "Apa yang ada kat sana dan SERONOK tak"..ikut je lah..Hadi tak nak pergi Cameron Highlands..takut banjir katanya..First time adik-adik aku tak nak pergi ke sana,,kalau tak tiap-tiap minggu mengajak pergi ke sananya..

Sampai Gopeng..terus cari chalet,,hujan masih turun dengan lebat..jalan kecil,,banyak lubang,,banyak bonggol dan berliku..hampir-hampir berlanggar dengan kereta dari hadapan di satu selekoh menuju Adeline Resort..Cantik resort ni tapi sayang fon langsung tak boleh berfungsi,,apatah lagi internet..dah macam kat El Azhar Kem Banting..Boring lah macam ni..

Nasib baik resort tu penuh..so kena cari kat lain..tapi aktiviti kat sini memang best dan terbaik,,teruja aku,,ada white water rafting,,ATV,,paint ball,,jungle trackking,,wet abseiling and caving at Gua Kandu..Best giler la..tapi hujan lebat,,so punah harapan aku nak buat semua aktiviti tu..

Dah lama tak berkayak selalunya kat laut..kali terakhir berkayak kat P.Pangkor..Aku teringin sangat nak buat aktiviti ni..*White Water Rafting* kat Sungai Kampar pulak..begitu mengujakan..Abah janji akan datang lagi untuk tunaikan hasrat aku..

Syukur..parents aku tak pernah menghalang minat aku..Tentu seronok kalau Acu dan Maksu join sekali macam kat Pangkor dulu..Abah dengan Acu sampai tak ingat kat kami punya seronoknya dapat berkayak..Itu cabaran
berkayak di laut..di sungai tak pernah aku lalui lagi..

Suasana malam di sini sunyi,,tenang dan sejuk sekali-sekala bunyi cengkerik kedengaran..Begitu damai sekali..tak sabar nak menunggu hari siang..Abah bercadang nak booking untuk satu malam lagi..tapi Nabila nak balik sebab dia tengah SPM..

Adik aku ni tension..sampai membimbangkan parents aku..sebab tu la abah dan mama buat keputusan untuk ke sini..supaya release tension Nabila..Rilex le...tengah SPM tak payah nak tension sangat..Insha Allah..ala result trial dulu pun not bad..banyak jugak dapat "A"nya..So...rilex le..

Kedengaran bunyi ayam berkokok dan burung2 berkicauan..aku buka mata..macam tak nak buka je mata ni,,tarik selimut hingga menutup kepala dengan niat nak sambung tidur balik..Tiba2 bahu aku di sentuh..mama kejutkan aku untuk solat subuh..Malasnya aku nak bangun..

Sejuk..lebih kurang kat Desa Anthurium..huhuhu..rindunya nak ke sana..Abah,,along cuti Mid term nanti kita ke sana ye..boleh di pertimbangkan tak begitu abah..Abah hanya mendiamkan diri..Satu petanda yang baik..

Yahooo..mandi sungai,,dah lama jugak tak buat aktiviti ni..di bahagian tengah,,arus agak deras..Arus Sungai Kampar yang terkenal dengan aktiviti berkayak..Aku tak de member nak buat aktiviti ni..Member2 aku semuanya tak berani,,nak ajak Uda segan lah pulak..Kalau Uda yang dulu ok la tapi Uda yang sekarang..mungkin dia tak nak kut..Cuma abah dengan mama je yang jadi member aku..

Walau apapun..aktiviti kat sini memang seronok dan mengujakan..Aku tak sangka semua aktiviti ni ada kat sini so tak perlu pergi jauh-jauh sampai ke El Azhar Kem Banting..tapi kat Banting suasananya berbeza..berhampiran laut,,suasananya tenang,,nyaman tapi agak panas..

Untuk anda yang membaca entry ini dan suka aktiviti lasak boleh cuba kat Gopeng atau kat Banting..ini tempat yang aku dah pergi..memang aku syorkan..Cubalah..best,,aku ni jenis suka mencabar diri untuk buat sesuatu yang baru..Jom join aku tapi pastikan anda seorang yang lasak dan berani..jugak Gangster macam aku baru boleh buat semua ni..

No comments:

Post a Comment