Monday, December 2, 2013

KETIDAKPERCAYAAN YANG MENGGUGAT KETENANGAN..

Dah lama tak on wechat..entah kenapa hari ni tergerak hati nak on wechat..MasyaAllah,,biar betul kenapa gambar aku jadi DP wechat kau..dah lah gambar tu teruk alamak malunya aku,,weyh kalau ye RINDU kat aku pun jangan le sampai letak gambar tu..nanti jealous pulak awek kau Fazreen oyt..

Tengok gambar tu teringat kat member-member KAMPUNG PUAKERS..RINDU kat korang..Nazim lepak Manjung..tak datang T.Intan pun..tak aci..

Baca status yang Kak Lia post kat fb buat aku tersenyum sendiri,,aku boleh bayangkan mimik muka Rayyan macamana..Cayalah Rayyan..TERBAIK..

Boringnya tak tau nak buat apa..ke dapur,,buka kabinet..CHOCOLATE CAKE,,tetiba terlintas di fikiran..Sedap jugak buat juadah minum petang ni..Buka kabinet bahagian atas..Semua bahan untuk buat kek ada..

"Buat apa ni sampai berdiri kat atas kabinet ,,dah macam Damia dan Hadi je..nak cari apa?,,kalau Damia dan Hadi cari coklat..korang dua orang ni cari apa pulak..dah besar2 nak memanjat jugak ke?"..Tetiba mama muncul,,terkedu aku dengan Nabila..Bila pulak mama balik..tadi sibuk dengan kerja kat office..

"Nak buat chocolate cake le maa"...jawab aku dan Nabila serentak..Mama diam je..Ok la tu,,cari coklat powder tak de pulak so bubuh milo fuze..Sedap jugak..rupa-rupanya semua bahan-bahan tu ada dalam peti sejuk,,itupun dah malam baru tau selepas mama dapat tau kita orang letak milo fuze..apapun sedap kek tu..

Tengah sibuk basuh pinggan dan kemas dapur selepas makan malam,,fon aku berbunyi..Bella,, member aku tanya aku tentang satu nombor fon..011******* aku tak kenal dan tak pernah ada kawan pakai nombor tu..Orang tu tanyakan nombor telefon aku kat Bella..Aku cakap kat Bella jangan bagi nombor telefon aku kat orang yang aku tak kenal..

Akhirnya dapat tahu siapa orang tu..Aku nak sentuh sikit bab KEPERCAYAAN dalam satu PERHUBUNGAN melibatkan orang yang nak nombor fon aku..Sebelum cuti sem dulu,,sementara nak tunggu paper business mathematics ada gap..kebetulan aku ada photoshoot dengan budak-budak photo,,jadi model untuk projek dia orang,,boleh jugak menghilangkan rasa bosan dan boleh release tension..Seronok jadi model ni tapi memenatkan...

Shoot kat Railway Station Ipoh..hihi,,kena hon dengan keretapi,,malunya..(jangan jealous Aliya)..Letih dan penat..tapi berbaloi..Aku ni kan suka mencabar diri untuk buat sesuatu yang baru..sementelah ada peluang jadi MODEL..kononnya lah..

Selepas shoot aku ada berdebat dengan mamat yang nak nombor telefon aku tu,,suara aku agak meninggi..Memang panas betul hati aku bila melibatkan KETIDAKPERCAYAAN dan tuduhan dia yang melibatkan aku,,Uda,,Ana dan Bella.

Memang aku dan member-member aku ni rapat tapi kita orang bukan jenis suka merayap dan melepak terutama sekali di waktu malam..Tak pernah sekalipun kita orang keluar malam-malam..Tapi mamat ni tak percaya apa yang aku cakap dan kata aku back up member..Actually GF dia..member baik aku..

Memang GERAM GILA aku..nasib baik lah kau tu bukan bf aku,,KALAU TAK,,memang SELAMAT kau aku kerjakan...
Tak boleh ke simpan sikit rasa PERCAYA kat gf kau tu..kalau sayang dia,,terima dia seadanya..terima kawan-kawan dia..susahlah macam ni..Sedangkan gf kau tu SETIA dengan kau sampai sanggup tak keluar dengan member-member..

Sedikit nasihat dari aku buat mamat tu..KEJUJURAN,,KEPERCAYAAN,,KESETIAAN itu penting dalam sesuatu hubungan.Tapi,,TOLONG jangan terlalu meragui gf kau tu BOLEH tak,,janganlah sampai nak keluar berjumpa dengan kawan-kawan pun tak boleh..Kesian dan simpati sikit dengan DIA..Moga korang bahagia..

Perangai mamat ni PELIK sangat sejak kebelakangan ni..Walau apapun aku doakan KORANG berdua bahagia..PERINGATAN dari aku..JAGA member aku tu BAIK-BAIK..Jangan mainkan hati dan perasaan dia serta buang sifat CEMBURU yang ada kalanya langsung tak bertempat tu..




No comments:

Post a Comment