Sunday, December 8, 2013

SEMESTER BARU..GOOD LUCK..

Usai solat subuh aku kalut cari beg dan baju..Malas nak packing baju ,,dengan mood..*MALAS NAK BALIK*..Walaupun begitu,,TERUJA nak memulakan sem baru cuma nak tinggal kat kolej tu yang malasnya..Mama pulak sibuk kat dapur sediakan sarapan..Bau yang wangi dan menyelerakan dari dapur membuat perut aku lapar..

Nasi lemak kukus,,dengan berbagai-bagai jenis lauk termasuk puyuh goreng..Menu istimewa di pagi Ahad 24 Nov..

"HAPPY ANNIVERSARY MAMA.."ucap aku sambil mencium pipi mama.."thanks..ingat ye.."jawab mama.."Mesti la ingat..Ulang tahun perkahwinan abah dan mama yang ke 22"..

Terima kasih banyak-banyak buat abah dan mama kerana mereka lah aku dan adik-adik mampu bernafas di dunia ini..menyayangi aku dan adik2,,memberikan kasih sayang tanpa berbelah bagi,,menunaikan apa saja permintaan kami,,menyediakan segala keperluan kami adik beradik..Segala jasa dan pengorbanan abah dan mama tidak ternilai..

Semoga abah dan mama sentiasa di berkati Allah,,di murahkan rezeki dan di berikan kesihatan yang baik..Apapun Along nak abah dan mama tahu Along dan adik2 SAYANG kat Abah dan mama..

Hari ni genap setahun aku study kat UiTM S.I..Hadiah yang paling bermakna sempena anniversary abah dan mama aku yang ke 21 pada tahun lepas yang mana aku telah mengotakan janji aku untuk menjejakkan kaki ke menara gading..Alhamdulillah...

Aku longgokkan semua baju-baju aku kat ruang tamu dengan segala barang keperluan yang aku beli semalam,, bersepah..lepas tu aku tengok tv..Mama dah bising,,berselerak dan bersepah,,runsing tengok kata mama.. suruh aku packing cepat2.."Mama ni macam nak menghalau je.."kononnya nak buat2 touching le..

Sempat melayan Kak Mira dan Ana di wechat..bila menyembang dengan dia orang memang tak jadi la kerja aku..Akak kata dia RINDU aku..Dah beberapa kali akak cakap benda yang sama..katanya dia rindu dengan gelak tawa aku jugak senyuman aku..Aliya jugak siap mention kat Twitter lagi..Terharu aku..ada jugak orang RINDU kat aku yea..

Sekejap lagi kita jumpa ye..boleh borak panjang2..Terlintas di fikiran macamanalah dengan roomate baru aku..salah sorangnya bernama FARAH..sama nama dengan aku..Macamanalah nanti kalau kawan aku dan kawan dia ketuk pintu dan panggil *FARAH*..dah tentu dua-dua akan menyahut..Gawat gitu..

Hampir pukul 4 petang baru bertolak..MasyaAllah banyaknya barang aku..tak sangka pulak..jenuh nak mengangkat naik tangga nanti dengan beg besarnya dah tu berat pulak..

Terasa cepat pulak sampai..laju ke aku drive?..tadi abah tegur,,time kat selekoh tajam..aku tak kurangkan laju..hohoho..

Menuju ke Blok Cempaka 2 Kolej Indera Mulia,,melalui pejabat pengurusan kolej ramainya orang..Call akak,,ajak pergi daftar sekali..

Bilik aku berdepan dgn bilik akak..Kecil je biliknya,,duduk bertiga,,Locker pulak..MENYEDIHKAN.kecil yang tersangat-sangat..Locker PLKN lebih besar..Serius sedih..tak muat nak letak semua baju-baju aku.Nak buat macamana ni..nak beli almari,,bilik pulak kecil dah takde space.Redha je lah..

Sem baru,,roomate baru,,kelas baru..KELAS BARU?..aku baru buat keputusan tukar kelas..untuk MENGELAKKAN dari GANGGUAN seperti sem-sem yang lepas..

Mudah-mudahan segalanya berjalan dengan lancar..Buat semua member -member di Fakulti Pengurusan Perniagaan jugak semua member yang mengenali aku..Aku doakan korang semua tabah dalam menimba ilmu pengetahuan..cekal menghadapi segala rintangan dan cabaran..

Moga berjaya mengejar cita-cita dan impian..Buat Bytah jugak..RINDU kamu..Bitah dah LUPA kat aku..sepanjang cuti asyik busy je..tak whatsapp,,tak wechat..tak IM aku..SEDIH..

Buat my big brother Nazim and the gang di Merbuk,,Fazreen dan member2 yang kenal aku di Permatang Pauh,,member aku Syaza di Machang jugak Ijat Ilham..big brother aku yang sorang sibuk memanjang..walaupun satu kampus tapi fac lain-lain so jarang jumpa.Di tambah pulak dia sibuk dengan band nya..Almaklumlah RETIS..GOOD LUCK untuk semua..





No comments:

Post a Comment