Sunday, December 1, 2013

CABARAN DAN DUGAAN TIKA MENITI USIA REMAJA..

Beberapa hari lagi usia aku bakal menghampiri angka 19..Syukur kepada Allah kerana masih di beri peluang untuk aku bernafas..Sepanjang meniti usia remaja banyak perkara yang berlaku..adakalanya membuat aku hampir2 putus asa..

Dengan bermacam-macam cerita..ragam jugak kerenah manusia,,adakalanya buat aku pening kepala sukar untuk memuaskan hati orang..

"Mama..Along nak kembali ke zaman kanak-kanak boleh?.."mama aku memandang aku dengan riak wajah yang pelik..Dah banyak kali aku cakap begitu..Entah kenapa sering kali terlintas di fikiran aku zaman kanak-kanak lebih seronok dan begitu menggembirakan dari zaman remaja yang aku lalui sekarang..

Member aku,,Uda jugak berfikir perkara yang sama..bestkan zaman kanak-kanak..tak de masalah seperti yang aku alami sekarang..adakalanya mencabar kesabaran aku,,kekadang mama tegur sikap aku..Apa lagi MERAJUK le..terasa macam mama tak faham aku..Mama..Along tak pernah minta semua ini berlaku..dah puas aku mengelak tapi makin aku cuba mengelak makin ianya datang menghampiri..

Uda,,aku alami apa yang kau cerita pada aku hari tu..aku pun kena marah dengan mama aku..kekadang aku tak faham kenapa semua ni terjadi..sampai rasa macam nak deactive fb je..

"Bukakan pintu hati kau tu,,bukan semua lelaki sama..."kata member aku sejak zaman kanak-kanak,,siapa lagi kalau bukan Shafik..Huh,,sibuk je..siap marah-marah aku lagi..Whatsapp aku ni tentu ada sebab mesti gf dah tinggalkan dia..Baru ingat kat aku..Tengah BAHAGIA..hilang,,batang hidung pun tak nampak..Bertanyakan khabar pun tak..

Telahan aku memang tepat..Dia kena tinggal dengan gf dia..Itu lah degil tak nak dengar nasihat orang..Panjang lebar khutbah yang aku bagi kat dia..dia pulak marah aku..Aku tak kisah dan tak heran langsung..Bukan semua aku boleh cerita dengan kau Safik..

Dia nak belanja kek Secret Recipe sempena harijadi aku tapi aku menolak..Sorry aku bukan seperti perempuan lain yang senang dapat keizinan keluar dengan lelaki..dah menjadi sikap aku..Aku takkan keluar berdua dengan lelaki kecuali dengan orang yang betul2 aku kenal dan percaya..

Bukan budget baik tapi ini memang sikap aku..memang kat entry yang lepas aku ada tulis tentang aku keluar dengan lelaki tapi dengan dia tu je lah..itu pun dengan izin parents aku dan aku kenal sangat sikap dan keperibadian dia..dan aku percayakan dia..

Shafik buat cerita sedih dengan aku..katanya hari ni first time dia keluar dan tengok wayang sorang-sorang.."Ada aku kisah"..jawab aku..aku tau dia bengang tak terkira dengan aku..

Terima kasih banyak-banyak buat kawan-kawan yang wish harijadi aku di fb,,Twitter,,wechat,,whatsapp jugak yang mesej aku..Buat my big brother,,Nazim..tqsm cos masih ingat kat aku..TERHARU...

Terimakasih buat Uda,,Bella,,Ana dan paling GEMPAK wechat dari Syaza..TERIMA KASIH BANYAK-BANYAK sis cos berjaya buat aku CUAK,,RISAU,,BIMBANG..Fuhhh,,TERBAIK lah kau sis..

CUAK GILER aku..Syaza,,Syaza..kalau aku ni ada heart attack dah jalan dah aku kau tau tak..Terimakasih jugak buat Kak Aimi..Good luck for your final exam..Moga -moga DL..

CONGRATS untuk member baik aku Aliya cos dapat DL..aku yang ketinggalan sikit untuk menghampiri DL..TERASA RUGInya...KENA USAHA lebih ni..Business Mathematics..please be nice with me..hu hu hu sedih...

Tak sabar nak memulakan sem baru tapi malas nak balik kolej,,bosan,,boring,,tak seronok,,tak best..macamana ye nak mengatasi semua ni..

Walau apapun aku kena tabah menghadapi segala cabaran dan rintangan demi mengejar cita-cita dan impian..



No comments:

Post a Comment