Friday, December 6, 2013

AKU SUKA KAU..PERKATAAN YANG MUDAH DI UCAP TAPI SERINGKALI MENYUSAHKAN HIDUP AKU...



Cuti sem aku dah sampai ke penghujung..Parents aku dah beberapa kali menyuruh aku membayar yuran..Terasa malasnya nak ke bank..
 
Tetiba fon berbunyi..Bella..ajak bayar yuran sekali..Alhamdulillah,,ada member..Ingat nk ajak mama temankan aku..Mimpi apa Bella muncul di wechat malam ni..TERKEJUT mak..

Seronok menyembang dengan macam-macam topik termasuk bab KAHWIN..Wow,,budak photo berbicara pasal KAHWIN..Kelas kau Bella..Aku tau le kau tengah BAHAGIA..Untung la BUAH HATI satu kampus..Berkepit ke sana ke mari bersama..AWAK TAK MAMPU...

Sempat aku membahan dia akhirnya aku terkena balik.."Sesibuk-sibuk aku..aku yang text kau,,call kau dan gi kolej kau untuk cari kau..nak harapkan kau,,pakai tak lah!.."Bella menempelak aku..

"Kau ni macam tak kenal aku,,aku tak kan text orang,,call orang sebab memang sifat aku TAK SUKA GANGGU ORANG terutamanya member aku yang sorang ni..sibuk 24 jam.tapi dengan Iwan ada pulak masa"...jawab aku panjang lebar..Memang sikap aku hanya MENUNGGU dan MENANTI text atau call dari nnember2 ..so mohon faham perangai aku yang satu ni ye..

"Kalau jumpa kau je mesti ada Iwan kat sebelah,,nak nyembang dengan kau pun susah..segan aku dengan Iwan tu.."sempat jugak aku meluahkan apa yang aku rasa..Hahahaa,,Bella gelak..Esok kami akan keluar bersama yang pasti kali ni TANPA Iwan..

Terkedu aku bila salah seorang member baik aku beritahu aku BF dia SUKA kat AKU..biar betul.."Ishh,,tak de la cuma PERASAAN kau je mengatakan begitu"..Aku menyangkal dakwaan member aku tu..


Menyentuh bab *SUKA KAU* ..perkataan yang banyak menyusahkan aku..Memang sebelum ni aku buat tak kisah dan langsung tak hairan dengan semua tu..Termasuk perkara yang berlaku setahun yang lepas bila aku dituduh *PUNYA DAYA PENARIK UNTUK TARIK PERHATIAN LELAKI *..tapi bila member baik aku menyentuh perkara yang sama melibatkan BF dia..INI SERIUS..aku kena lebih berhati-hati..


AKU SUKA KAU..perkataan yang selalu ada di IM aku sampai buat aku malas nak buka dan rasa nak DEACTIVE FB je..Sampai kena tegur dgn mama..bukan aku minta semua ni berlaku..HOPEFULLY mama faham..

Semua tu.. ada kalanya buat aku TENSION..Membuatkan aku ingin kembali ke zaman kanak-kanak..Bak kata Uda MENCABAR betul zaman remaja ni..dia pun kena marah dgn mak dan kakak-kakak dia,,atas sebab yang sama.. orang tak faham apa yang kita rasa,,tak gitu Uda..Sedih..Mama,,please..faham along ye..along tak layan pun SEMUA tu jauh sekali nak BERI HARAPAN kat orang..Biaq pi kat depa lah,,along tak layan punya..

Selepas solat Subuh..termenung seketika..teringat janji dengan Bella..Hujan pulak turun dengan lebat membuat rasa malas nak keluar..tapi kena settlekan yuran hari ni jugak..besok Bella nk balik U,,hantar barang..


Keluar pergi rumah Bella,.ambil dia dn gi bank..usai bayar yuran terus hantar Bella balik rumah dan aku terus balik jugak..

"Cepat balik.."tegur mama aku..Mama ni macam tak tau pulak,,dah keluar dengan Bella cepat le balik..Dia tu kan SETIA orangnya.

Mama tanya bila aku nak keluar dengan Eyfa.."tengok kerajinan le maa,,esok ke"..Mama aku kata aku ni banyak alasannya kalau Eyfa yang ajak aku keluar..Kalau member baik aku ajak keluar laju je..

Sabtu..alamak esok dah nak balik S.I..Aku tengah leka dengan fon mama lalu sebelah aku sambil berkata.."kalau rasa nak makan tengahari ni,,ke dapur masak..kalau tak makan fon kamu tu je..mama banyak kerja hari ni.."

Aku tersenyum memandang mama..letak fon terus berlalu ke dapur..Buka peti sejuk tengok apa yang boleh di masak..Ok menu hari ni..Ayam goreng rempah,,telur masak lemak cili padi,,kerabu selom dan ikan goreng,,sedap..

Abah sibuk hari ni siapkan kerja dengan Sime Darby..mungkin tak balik makan tengahari..Sungai Samak agak jauh jugak.Tapi andaian aku salah..Abah balik dan makan masakan aku..Alhamdulillah abah tak komen apa-apa..that means,,SEDAP..aku tanya mama lulus tak..lulus jawap mama.."DAH BOLEH KAHWINKAN MAA.."sempat mengusik mama..

Cadangannya petang ni nak keluar dengan Eyfa tapi MALAS le pulak..Mama dah berkali-kali menyuruh tapi aku MALAS..

"Jadi ke tak keluar dengan Eyfa?.."untuk kesekian kalinya mama bertanya.."malas le maa.."jawab aku.."Kalau macam tu pergi mandi solat lepas tu siap kita keluar beli apa yang patut,,esok dah nak balik.."Yesss,,shopping..best ni,,salah satu HOBI aku..

Beli segala keperluan termasuk kasut,,baju baru jugak ada..Bak kata mama setiap sem baru mesti beli baju jugak kasut baru..Alaa maa..apasalahnya..Untung jadi aku ni..Alhamdulillah rezeki..

Baju aku sem lepas dah banyak yang ketat..dah tinggal beberapa helai je..Dah bertambah berat badan aku ni..Bab kasut,,kat T.Intan tak de yang cantik..Hari tu cari kat Manjung pun tak de yang berkenan di hati dan nak puaskan HATI ABAH..Abah aku ni susah sikit..bab kasut ni memang selalu je TAK PUASHATI dengan pilihan aku..Mana nak cari kasut kulit yang cantik kat sini..Kat Ipoh ada la..ajak mama pergi..mama tak nak pulak..

Telahan aku memang BETUL dan TEPAT..abah komen kat mama,,kasut yang aku pilih macam kasut lelaki dan kenapa tak pilih kasut kulit..Abah ni tak pernah puashati dengan pilihan aku..

Apa yang pasti baju2 yang aku beli cantik..tapi macam malas je nak balik kolej esok..aku tak packing baju lagi pun..Bella terlebih excited dah siap pergi hantar barang2 kat bilik..

Sebelum aku mengakhiri entry ni..aku nak ingatkan sikit dekat insan yang bergelar lelaki..JANGAN MUDAH MELUAHKAN KATA-KATA SUKA,,SAYANG JUGAK CINTA..kepada perempuan,,jangan mudah menyatakan semua tu jika sekadar hanya main2 dan tidak serius..

Untuk LELAKI yang dah ada GF tu..berlaku JUJUR dan SETIA serta hargai SEBUAH PERHUBUNGAN..Jangan terlalu mudah BERUBAH HATI..

Buat yang dah ada RELAY di FB tu,,jaga relay tu baik2 dan jangan kata relay tu,,FAKE je dan terus MENGAYAT perempuan lain..Dan untuk yang dah ada GF pulak jaga GF tu elok2..Jangan pulak kata *WALAUPUN DIA GF AKU,,KAU TETAP NOMBOR SATU KAT HATI
AKU*..Kesian la kat gf tu..

Sejujur-jujur nya aku TAK PERCAYA dengan LELAKI sebegini..so TOLONG BERHENTI...

No comments:

Post a Comment