Monday, December 23, 2013

PENGALAMAN INDAH YANG AMAT BERHARGA..

Tak sabar nak cuti..Mid term hanya beberapa hari lagi..tapi aku tak boleh balik awal,,sebab terlibat dengan program anak angkat..

Bermacam-macam perasaan timbul..Pada mulanya excited..Satu pengalaman baru.
Dalam masa yang sama takut pun ada,,aku tak pernah tinggal kat rumah orang yang aku tak kenal..Dan bagaimana dengan penerimaan keluarga angkat aku nanti..

Makin menghampiri hari Jumaat 20 Disember 2013,,hati aku makin berdebar,,tak nak pergi..Tapi lecturer aku dah warning.."Kalau tak pergi,,50% markah KOKO kena potong,,gagal kena repeat"..Itu SANGAT KEJAM,,bab REPEAT memang tak sanggup dan sedaya upaya cuba aku elakkan..Huaaa..aku tak ada pilihan,,TERPAKSA turut serta..

Khamis,,19 Disember..Hari ni perasaan aku bercelaru..Mulanya aku excited...Tapi bila member2 mula mengusik..Aku jadi tak keruan,,macam-macam perasaan timbul dari seronok,,teruja bertukar jadi TAKUT dan SERAM..

Member-member aku pulak makin seronok mengusik,,"entah-entah Farah balik cincin penuh kat jari"..Ada pulak yang kata.."Farah,,time ni la nak cari JODOH"..Semua tu sedikit sebanyak membuat aku makin cuak dan seram..

Sambil tunggu Aliya dan Kilah turun untuk pergi makan malam kat down town,,aku cukup gelisah..Akak jadi mangsa mendengar segala luahan hati aku..

Puas meluahkan perasaan kat akak aku masuk bilik dengar lagu..Terlayan lagu One Direction pulak malam ni..They Don't Know About Us..Dah tak tau nak buat apa sementara menunggu Aliya dan Kilah..Jam dah menghampiri 10.30 malam..Dah lewat ni,,sempat ke nak makan kat down town..Kang,, tak pasal-pasal kena kejar dengan polis bantuan pulak..

WhatsApp dengan mama,,baru nak bercerita tentang apa yang aku rasa mama dah hilang,,aku hantar mesej pun tak balas..Frust betul aku.Lepas makan balik bilik,,packing barang..

Tetiba,fon berbunyi..excited,,mama kut,, balas WhatsApp aku..Telahan aku salah,,bukan mama..Tapi SESEORANG yang selalu ada TIKA aku betul-betul PERLUKAN seseorang untuk berbicara..TERIMA KASIH MR S,,kerana selalu ada dan sedia MENDENGAR segala masalah aku..

Mr S,, selalu ada terutama tika aku tengah BUNTU memikirkan apa yang bakal aku lalui seperti saat dan tika ini dan sememangnya aku dah hampir menitiskan air mata..Terima kasih kerana menjadi seorang PENDENGAR yang setia..Lega,,bila dapat berbicara dengan Mr S..Keprihatinan anda amat di HARGAI..

Sempat mengusik aku katanya "Bagus belajar duduk tempat orang,,ni asyik berkepit dengan mak je"..Salah tu,,kat kolej mana ada mak..Lagi satu..kita solat subuh awal tau,,bukan subuh gajah..

Lain kali kalau nak kejutkan orang solat subuh tu awal sikit,,bukannya dah SUBUH GAJAH..MR S,, whatsapp aku pagi ni tanya tak de kelas ke..Jadual baru,,hari Jumaat memang tak de kelas,,sempat jugak mengusik..Katanya pastikan dapat mertua angkat..Fuyooo,,Biar betul,,SERAM meyh..Aku cakap kat dia..NANAK..aku nak mak dan ayah angkat je..Ni nak beritau mentua angkat nak yang dekat je,,tak nak yang duduk jauh..hihi,,BOLEH TOLONG CARIKAN TAK???..

Pada mulanya aku kena pergi area Beruas,,last minute kat Tg Tualang,,tak excited langsung..Tempat yang tersangat FAMILIAR..jalan yang aku lalui setiap kali nak balik rumah opah..

Bertolak pukul 12 lebih tengahari,,pakcik bas tinggalkan kami kat tepi jalan,,berhadapan dengan masjid,,sementara nak tunggu usai solat Jumaat dan berkumpul di masjid untuk penyerahan anak angkat..

First time jumpa mak dan abah angkat,,aku rasa seram..Tengok muka abah angkat aku yang serius..Ya Allah permudahkanlah segalanya,,Mak dan abah angkat aku agak berusia jika di bandingkan dengan parents aku..Keluarga angkat aku tanya nak panggil aku apa??..dan dekat rumah parents aku panggil apa??.."Panggil Along je jawab aku".

Mengikut keluarga angkat aku balik ke rumah dia orang kat Kg Batu Tujuh,,Jalan Tg Tualang menghala ke Seri Iskandar..lebih kurang 6 batu lebih dari rumah opah aku..

Suasana kampung,,tenang..abah dan mak angkat aku penoreh getah..Aku teruja sikit bila dia orang nak bawa aku pergi menoreh getah..Tanya aku tau menoreh tak??..Aku jawab aku tak tau..Sememangnya aku tak pernah tengok orang menoreh..Pokok getah aku pernah tengoklah..

Malam pergi Terminal Bas Aman Jaya ambil anak perempuan bongsu dia orang balik dari Politeknik Pulau Pinang.Sempat pergi Mydin..balik rumah makan malam..Line Maxis teruk kat sini..Dahlah fon aku dua -dua pakai nombor maxis,,pening kepala..

Keesokan paginya,,aku ada aktiviti dan kena pakai t-shirt IM4U,,t-shirt tu berkedut,,aku minta iron kat mak..Rupanya iron akak bawa pergi Poli,,mak kata nanti dia pinjam..Terasa macam bersalah pulak..kerana menyusahkan mak angkat aku..

Pergi bersama mak dan abah angkat aku ke dewan Kg Tersusun Batu 6 Jln Tg Tualang,,Agak MENGECEWAKAN bila program MDAB tidak mendapat sambutan dari kalangan remaja di situ..

Tawaran melanjutkan pelajaran di pandang sepi tapi tawaran temuduga kerja dari agensi lain mendapat sambutan..Kat sini aku nak sentuh sikit tentang sikap,,cara pemikiran remaja melayu yang hanya berpuas hati belajar setakat SPM..Kemudian bekerja..

Alangkah ruginya pada anda yang punya sikap begitu terutama sekali remaja lelaki yang bakal menjadi KETUA KELUARGA pada satu hari nanti..Aku bukan nak menghina,,tapi hanya memberi pandangan.. Cuba fikir dengan berbekalkan gaji setakat SPM,,macamana nak menanggung keluarga terutama sekali dengan kos hidup yang makin meningkat..cuba RENUNGKAN..

Tanpa ilmu kita tidak akan mampu bersaing di pasaran kerja yang memerlukan kelulusan yang tinggi dan skill yang hebat bagi menjana pendapatan yang lumayan..

Tanpa ilmu jugak kita akan terus ketinggalan..Hanya ILMU mampu merubah masa depan dan menjanjikan masa depan yang cemerlang dan kehidupan yang selesa..

Aku rasa jika program MDAB di buka penyertaannya dikalangan remaja asing,,UiTM akan di monopoli oleh mereka dan pelajar melayu hanya boleh di bilang dengan jari..Oleh itu remaja melayu akan terus ketinggalan..Akan terus menjadi pekerja kepada majikan berbangsa asing..Bangsa asing kaya raya,,bangsa Melayu hanya menjadi ???..FIKIRKANLAH..

Betapa ruginya remaja melayu,,ubahlah corak dan cara pemikiran anda semuanya..REBUTlah peluang yang tawarkan..Tuntut lah ilmu agar anda punya skill untuk bersaing di dalam bidang pekerjaan ataupun perniagaan..Jadilah bangsa yang punya daya saing yang tinggi..

Bangga dengan UiTM Seri Iskandar yang berjaya mencipta rekod di Malaysia Book Of Record..Aku bangga menjadi Student UiTM SI,,dan terlibat sama dalam program ni.

Ribuaan terima kasih di ucapkan pada Datuk Radzi Manan yang menaja program bersama keluarga angkat di Gua Tempurung..

Jutaan terima kasih buat mak dan abah angkat aku yang sudi menerima aku menjadi anak angkat,,membawa aku berjalan-jalan..Sempat jugak ke Desa Sentral melawat opah aku,,betapa gembiranya opah..riuh bersembang..Opah tinggal sorang so bila aku datang dah tentu la dia gembira..

Aku di bawa oleh mak dan abah angkat aku pergi kenduri..Tetiba jadi perhatian dah macam RETIS la pulak..Malu..ramai saudara mara datang berkenalan termasuk yang lelaki sampai panjang tengkuk memerhati naik segan aku yang memakai jubah hitam dan bertudung coklat kemerahan..Hmm,, GANGSTER cute..kan MR S,,mesti lah jadi perhatian..

Tapi tak dapat MAK MENTUA angkat la..ini mesti MR S tak ikhlas mendoakan aku hari tu..Mak angkat aku sempat suruh aku posing..ambil gambar aku nak tunjuk kat anak lelaki dia yang kerja kat Shah Alam..

Seriously,,aku gembira dan berpuashati dengan layanan dari keluarga angkat aku..Terasa macam aku menyusahkan dia org pulak..Aku di bekalkan dengan buah rambutan dan buah limau bali..

Pengalaman berbeza tinggal dengan keluarga angkat akan aku kenang selamanya..Selama ni aku seringkali di ingatkan agar bersyukur dengan apa yang telah Allah berikan,,jangan bandingkan diri kita dengan orang yang LEBIH tapi bandingkan diri kita dengan orang yang KURANG,,maka kita akan lebih BERSYUKUR dengan apa yang kita ada..Segalanya BENAR..

Alhamdulillah,,Syukur kepada Mu ya Allah kerana mempermudahkan segalanya..Dan dengan izin Allah segalanya berjalan lancar,,cuma aku tak berpeluang mengutip pengalaman menoreh getah..In Shaa Allah..jika masa dan waktu mengizinkan aku akan datang kembali ke sini..Doa aku agar mak dan abah di berikan Allah kesihatan yang baik dan di permudahkan segala urusan di dunia jugak di akhirat nanti..






















No comments:

Post a Comment