Tuesday, November 19, 2013

SUAMI AKU USTAZ

                                                 
Dah lama tak update blog..dah berhabuk dan bersawang blog aku ni..sepanjang cuti sem,,banyak masa aku habiskn dengan melayan novel dan menonton tv.BORING..itu lah yang aku lalui setiap hari..

Tetiba fon berbunyi..ada text masuk..text dari Mr S,,tanya aku suka novel tak..Dah tentu le aku suka..suka sangat..kalau bab melayan novel ni boleh lupa semua perkara..kekadang sampai tak masuk dapur dan tak makan..KEKENYANGAN kerana melayan novel..

Aku keluar ambil Damia balik dari sekolah..sampai rumah tengok fon,,ada text dari Mr S..suruh aku tunggu dia kat depan rumah..Alamak kredit habis,,lupa nak topup..guna fon lagi satu untuk balas text dia..Lama jugak aku tunggu dia sampai hujan turun tapi bayang dia pun tak nampak..

Hujan turun dengan lebatnya..baru dia sampai..call aku suruh pergi kat kereta dia..Hujan lebat,,dah lah aku tertinggal payung kat kereta..aku suruh masuk dalam tak nak..Dia panggil aku masuk kat dalam kereta dia..nak tak nak aku ikutkan je..Dia tersengih dan start membebel dan mengenakan aku..Hish tak boleh jadi ni,,sakit pulak hati kita..

Dia wish birthday kat aku..Aik..birthday aku bulan depan lah..Nampaknya awal sebulan dia wish birthday aku,,siap bagi hadiah sekali..Thank You So Much..Sembang punya sembang sampai bab dia mengimbau kenangan masa sekolah dulu..tentang aku selalu selit atau sadung kaki dia..(Sebenarnya aku pun tak tau apa perkataan yang tepat nak di gunakan untuk itu)..Uda yang memperkenalkan aku dengan aktiviti tu..

Aku terdiam..INGAT lagi dengan apa yang pernah aku buat kat dia walaupun dah 2 tahun berlalu..Aku ingat dia dah LUPA..Aku pandang muka dia sekilas..(tak boleh pandang lama-lama nanti dia perasan..kang mula la..keluar ayat PERASANnya)..Terlintas di fikiran aku.."NAKAL jugak aku masa sekolah dulu"..boleh BULI senior..Tapi dengan senior yang sorang ni je,,dengan yang lain tak..Aku baik dengan dia orang dan pemalu..Hi hi hi...

Tapi dengan senior yang sorang ni..Macam-macam aku boleh buat..Yang BESTnya tak pernah pulak dia MARAH aku..Sampai sekarang..dia tetap macam dulu..tak pernah MARAH..Banyak kenangan dengan dia kat pusat sumber yang adakalanya kalau di ingatkan kembali..ada yang MELUCUKAN,,tak kurang yang buat aku GERAM dan SAKIT HATI..apa pun kenangan tu antara yang terindah ketika di zaman persekolahan yang tak mungkin akan berulang kembali..

Aku cerita dengan Mr S tentang MAK CIK anak Pak ***** yang bengang dengan aku..Ni yang best dengan Mr S ni dia seorang pendengar yang baik..dia dengar setiap apa yang aku cakap dan apa yang aku cerita walaupun pun dengan muka selamba dan tak de perasaan..yang boleh buat aku bengang dan kena penumbuk..

Yess..dia kena penumbuk aku..dah lama tak kena..Yang paling tak boleh tahan dan buat aku tergelak bila dia beritau..tentang LENGAN dia yang kononnya dia dah boleh di kategorikan ABANG SADO..Actually aku tak nampak lengan dia sebab dia pakai baju lengan panjang..Apa-apa je lah Pian..Yang pasti perut aku sakit sebab banyak ketawa dan gelak..

Dok tak dok rupanya dekat sejam jugak aku dok menyembang dengan dia..Lepas dia balik aku buka hadiah yang dia bagi..NOVEL..memang dah lama aku cari novel ni baru bercadang nak beli tapi akhirnya ada orang bagi kat aku..Terima kasih..




Taraa..Ni la hadiah yang aku dapat tu..




SUAMI AKU USTAZ

Novel yang menarik..berkisar tentang Lisa ketika di tingkatan 5..tetiba teringat pulak kisah aku semasa di tingkatan 5 bersama pemberi novel ni..Best cerita novel ni,,banyak memberi input yang berguna..Seronoknya jadi Lisa dapat seorang suami yang baik bertanggungjawab dan banyak membimbing ke jalan yang di redhai Allah dan tak pernah marah malah sering menasihati tapi suka menyakat namun begitu menjadi pendorong kepada Lisa untuk berjaya di dunia dan di akhirat..

Alangkah seronoknya kalau aku jugak dapat suami macam tu..tak perlu menjadi Al Hafiz  seperti Ustaz Hafiz dalam novel ni..tapi cukup sekadar boleh memahami aku dan menerima aku seadanya diri aku dan boleh menerima segala kekurangan dan kelemahan aku dan membimbing aku ke jalan Allah..Lisa dan Ustaz Hafiz bernikah tanpa bercinta..yang lebih tepat lagi bercinta selepas nikah..tapi mereka saling mengenali sejak kecil di sebabkan mereka sepupu dan Ustaz Hafiz dah lama menyukai Lisa tapi tak pernah meluahkan perasaannya kecuali dengn sikapnya yang suka mengusik dan menyakat..

Suka mengusik dan kuat menyakat..kedua-dua sikap ni ada kat pemberi novel ni iaitu MR S..Aku boleh bayangkan bagaimana sakitnya hati Lisa bila kena usik dan kena sakat sebab aku dah lalui semua tu dari mula aku kenal dia sampai sekarang..Watak Lisa ni banyak persamaan dengan aku..kasar,,degil..suka main-main dan tak pernah serius..macam kena je dengan batang hidung aku..Okay aku mengaku watak Lisa memang banyak persamaan dengan aku cuma satu,,aku bukan macam Lisa yang suka keluar MELEPAK malam-malam..Itu bukan sikap aku..

Seriously aku nak jadi macam Lisa..berjaya dalam pelajaran,
punya seorang suami yang membimbing dan menjadi pendorong 
kejayaan..Lisa berubah kearah kebaikan atas bimbingan dan 
jugak dorongan suaminya..

Harapan aku..moga aku jugak boleh berubah sepertimana Lisa dan di pertemukan dengan seseorang yang boleh menjadi pembimbing dan pendorong aku untuk berjaya di dunia dan juga akhirat..

Terima kasih buat MR S yang menghadiahkan aku novel ni..In Sha Allah aku akan ambil pengajaran yang berguna dari novel ni untuk aku jadikan panduan dalam menjalani liku-liku kehidupan..Doakan yang terbaik untuk aku..




No comments:

Post a Comment